HUD & SIBGLINGS TOUR BAHAGIAN 3 : MEMBELI KEREPEK DI AZHAR FOOD MANUFACTURING RENGIT

PASAR KARAT RENGIT - AZHAR FOOD (3 KM)


RENGIT, 3 FEBRUARI 2019 - Lebih kurang pada pukul 1.30 tengah hari kami bergerak keluar untuk meneruskan perjalanan ke bandar Muar. Tidak jauh dari pasar karat ini terdapat sebuah gudang yang menjual pelbagai jenis kerepek dan jajan tradisional yang terkenal di daerah ini dan Johor Bahru iaitu Azhar Food.

Kaum Tionghua turut datang ke Azhar Food untuk membeli kerepek dan jajan sebagai persiapan menyambut Tahun Baharu Cina

Sebenarnya tidak susah untuk mencari gudang ini kerana kedudukannya betul-betul di tepi jalan utama Pontian-Batu Pahat. Saya sebenarnya Sudah beberapa kali datang ke sini untuk membeli kerepek dan kuih tradisional terutamanya pada musim perayaan Hari Raya Puasa. Walaupun kedudukannya agak jauh dari Pasir Gudang tetapi tarikan kedai ini dari segi harga dan pelbagai jenis kerepek dan kuih tradisional yang sukar didapati menjadikan pembelian di sini sangat berbaloi.

Kedudukan Gudang Azhar Food di Rengit

Pelanggan diberi pilihan untuk merasa terlebih dahulu kerepek-kerepek yang dijual

Hud Naufal pun dah pandai memilih barang-barang sendiri

Pelbagai jenis kerepek dan jajan tradisional lain

Kerepek ubi dan pisang

Pelanggan boleh membeli kerepek dalam bentuk bundle 5kg yang dijual pada harga borong

Apa yang anakanda dua tu buat di situ

Cikedis tempatan turut dijual dan menjadi pilihan utama pengunjung Azhar Food

Dodol turut dijual di Azhar Food

Kuih tradisional lain

Kerepek apa ntah tapi macam berperisa udang

Mungkin ini diperbuat daripada beras

Di sudut lain

Isteri membuat bayaran di kaunter

Saya berhenti di sini selama setengah jam iaitu dari pukul satu setengah hingga pukul 2 petang. Beberapa jenis kerepek telah kami beli sambil itu juga saya menggunakan ruang ini untuk menunaikan solat Zohor. Azhar food menyediakan sebuah musalla dan tandas yang agak selesa buat para pelanggannya.

Selfie dulu sepukul

Lebih kurang jam 2 petang kami bergerak semula ke destinasi target iaitu Bandar Maharani, Muar.

Bersambung......

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN BEST DI TERENGGANU : NASI LEMAK BAWAH RUMAH (NASI LEMOK WOMOH)

KEM KAIZEN, GUNUNG PULAI, PONTIAN JOHOR

CARA PENJAGAAN IRON PHILIPS STEAM AGAR LEBIH TAHAN LAMA