HUD & SIBLINGS TOUR BAHAGIAN 4 : KEENAKAN BURGER DI AJAK BURGER BANDAR MAHARANI

AZHAR FOOD - BANDAR MAHARANI (86 KM)

BATU PAHAT, 3 FEBRUARI 2019 - Cuaca pada hari ini sangat panas. Panas terasa seawal jam 9.00 pagi di Taman Negara Tanjung Piai hinggalah semasa kami memasuki Pasar Karat Rengit dan Azhar Food. Pedihnya seperti menyiat-nyiat kulit.

Tugu Mahkota Muar di Bulatan Sulaiman menandakan imej Muar sebagai Bandar Diraja

Gambar dari dalam kereta Tugu Batu Pahat dalam pusat bandar

Saya bergerak dari Azhar Food melintasi ke Bandar Batu Pahat untuk ke Bandar Maharani, Muar. Ini pertama kali melalui jalan persekutuan Batu Pahat - Muar. Jadi saya tidak boleh meramalkan apa yang berlaku ketika memandu. Saya memandu dengan berhati-hati dan santai. Di pertengahan jalan perut pula terasa lapar. Nak makan di Muar jaraknya masih jauh. Oleh itu saya memperlahankan lagi kenderaan untuk meninjau-ninjau kedai makan.

Makan tengah hari di sebuah warung kecil yang menyediakan menu asam pedas di Kampung Bagan Laut, Batu Pahat

Biasa makanan popular di Daerah Batu Pahat ialah beriani gam, asam pedas dan mi racun. Saya lebih berminat dengan asam pedas kerana saya tidak menggemari mi racun. Untuk makan nasi beriani saya sudah muak kerana sudah makan pada pagi itu di Kukup. Oleh itu keutamaan saya mencari warung yang menyediakan menu asam pedas. Ketika melalui Kampung Bagan Laut terdapat sebuah warung kecil di kiri kanan jalan. Kami berhenti makan tengah hari di situ. Pada waktu itu jam menunjukkan sudah 3.10 petang. Kami memesan menu asam pedas ikan siakap (2 ketul), 1 pinggan sayur kubis goreng, nasi kosong (4 pinggan) dan 2 gelas teh o ais. Harga keseluruhan makanan ini RM28.00.

Menikmati asam pedas ikan siakap potong ketika di Kampung Bagan Laut. Rasanya ok. Cuma saya rasa perlu tambah masin untuk rasa yang lebih enak

Saya sempat bertanyakan kepada Kakak pemilik warung tentang Kampung Parit Jawa kerana di situ tempat popular Daerah Muar bagi 'Food Hunter'. Saya dimaklumkan jaraknya sudah tidak jauh dan setengah jam lagi saya mungkin sampai di kampung tersebut.

Selesai makanan dan membayar harganya, kami meneruskan semula perjalanan. Saya suka melihat rumah-rumah dan kawasan di sepanjang jalan ini yang bersih dan terjaga. Tiada kelihatan sampah sarap di halaman rumah mahu pun di tepi-tepi jalan. Sepanjang jalan juga ditanam pokok-pokok bunga kertas.

Tiba di Kampung Parit Jawa yang terkenal dengan masakan Asam Pedas Muar

Cuaca yang panas tadi makin mendung dan sekali sekala hujan turun. Kami tiba di Kampung Parit Jawa pada jam 3.54 minit petang. Di Kampung ini terdapat sebuah medan makan yang menjual asam pedas. Ia terletak berhampiran dengan jeti nelayan. Saya bertanyakan seorang uncle Cina yang menjual buah-buahan tentang waktu operasi medan selera terbabit. Uncle tersebut menyatakan pada waktu malam.

Medan Selera Asam Pedas di Parit Jawa yang beroperasi pada waktu malam. Kami tidak datang pun untuk makan di sini kerana sudah makan asam pedas di Bagan Laut pada tengah hari.

Selepas meninjau-ninjau kawasan jeti, kami bergerak ke Bandar Maharani untuk mencari-cari tempat menginap. Saya sebenarnya lebih suka mencari hotel secara walk-in berbanding tempahan melalui online kerana kita tidak akan terikat dengan waktu dan tempat. Kita akan lebih bebas bergerak. Jika hotel sudah penuh, kita masih boleh bergerak ke kawasan atau bandar seterusnya untuk menginap.


Hotel tempat kami menginap terletak di Jalan Ibrahim tidak jauh dari Bulatan Tugu Mahkota cuma perlu ambil exit yang kedua bulatan tersebut

Saya mengelilingi dalam Bandar Muar untuk mencari hotel yang masih ada bilik untuk diinap. Akhirnya jumpa juga bilik hotel yang masih kosong iaitu di Elite Hotel. Kedudukan hotel ini tidak jauh dari Bulatan Sulaiman ( Tugu Mahkota). Saya memilih bilik hotel yang mempunyai 1 katil saiz permaisuri dan 1 katil saiz bujang. Bilik ini berharga RM115.00/malam. Saiz bilik ini agak luas dan boleh menampung ramai penghuni jika membawa tilam toto.

Katil saiz permaisuri Hotel Elite, Muar

Katil saiz bujang Hotel Elite, Muar

Pada malamnya perut terasa lapar. Rancangan sebelum datang ke sini untuk makan asam pedas Parit Jawa tidak jadi kerana sudah makan asam pedas pada makan tengah hari tadi. Nak makan Mi Bandung Muar tidak boleh kerana isteri berpantang makanan seafood. Ini disebabkan oleh Hud Naufal yang masih menyusu itu menginap ekzema. Kalau ibunya makan mi bandung yang mengandungi udang tu, keesokan Hud mesti rasa gatal-gatal dan naik kudis.

Ajak Burger di Parit Amal yang menjual pelbagai jenis burger dan western. Harganya pun berpatutan

Isteri membuat carian google apa menu yang best di kawasan sekitar Bandar Maharani ini. Kami dapati satu warung yang menjual makanan western dan pelbagai jenis burger terletak di jalan menuju Parit Jawa yang kami lalu pada siangnya. Warung itu bernama Ajak Burger di Parit Amal. Kedudukannya kira-kira 5.8 km dari Elite Hotel tempat kami menginap.

Burger yang ditempah isteri dan Ismah

Burger yang dimakan anakanda Wafiy

Set Oblong ayam yang dipesan oleh saya dan Aimy

Kami menempah tiga jenis burger di Ajak Burger. 2 pakej sudah tersedia dengan air coke manakala pakej oblong yang saya order tiada minuman disediakan jadi saya memesan jus apple. Jumlah keseluruhan harga dikenakan sebanyak RM32.40. Bagi saya nilai burger di sini berbaloi dan rasanya pun sedap.

Selesai makan, kami pulang ke hotel untuk rehat dan tidur sambil menonton Final Anugerah Juara Lagu 2019.

Ada sambungannnya....

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN BEST DI TERENGGANU : NASI LEMAK BAWAH RUMAH (NASI LEMOK WOMOH)

KEM KAIZEN, GUNUNG PULAI, PONTIAN JOHOR

CARA PENJAGAAN IRON PHILIPS STEAM AGAR LEBIH TAHAN LAMA