HUD & SIBLINGS TOUR BAHAGIAN 2 : PASAR KARAT RENGIT
TANJUNG PIAI - RENGIT (68KM)
Lebih kurang pukul 12 tengah hari kami tiba di Pekan Rengit. Pekan rengit Batu Pahat ini terkenal dengan sebuah perkampungan Pasar Karat. Sebenarnya saya pernah ke sini pada tahun 2010. Pada waktu itu hanya along (Wafiy) yang ada yang lain masih belum wujud.
Di sini kita boleh melihat pelbagai jenis barang terpakai dijual seperti pakaian, basikal, perabut, alatan muzik, alatan sukan, alatan hiking dan camping boleh dikatakan semuanya ada. Kebanyakan barang datangnya dari Singapura ada juga datangnya dari Indonesia terutamanya perabot.
Walaupun niat asal hanyalah untuk melihat-lihat tapi bila masuk ke kedai ada saja barang yang menarik minat. Akhirnya beberapa barang turut dibeli. Kemudian pada jam 1.30 tengah hari, buah dari perkampungan barang terpakai ini menuju ke bandar Batu Pahat dan Muar.
Okeylah Setakat ni saja dulu Saya pun dah mengantuk badan letih letih kerana memandu hampir 300 kilometer pada hari ini.... esok ada sambungannya... terima kasih.
![]() |
Wafiy dan Ismah menunjukkan kekuatan mengangkat 'Giant Gun' di salah sebuah kedai barang terpakai di Rengit (Tanya tuan kedai harganya RM80 satu) |
TANJUNG PIAI, 3 FEBRUARI 2019 - Saya memandu kereta dengan perlahan dari Taman Negara Tanjung Piai menuju ke Pontian kecil seterusnya bergerak ke arah Batu Pahat. Saya memandu dengan gaya santai kerana ingin imbas kembali kenangan melalui kawasan ini pada tahun 2017. Pada tahun tersebut saya menjadi sebahagian dari pegawai catur MSSD Pasir Gudang kejohanan catur MSSJ yang diadakan di SMK Perhentian kecil, Pontian.
Saya sempat menunjukkan kepada isteri tempat menginap sebuah hotel Pontian kecil bersama Kontijen Pasir Gudang dahulu. Pernah juga kami ke Benut tu salah satu mukim dalam daerah Pontian ketika majlis hantar menantu bapa saudara isteri lebih kurang 4 tahun lepas.
![]() |
Berhenti di salah sebuah gerai menjual buah-buahan tempatan di Pontian kecil |
Sepanjang laluan ini kelihatan banyak gerai menjual buah-buahan tempatan seperti rambutan , duku, manggis dan durian. Saya berhenti di satu gerai untuk membeli rambutan dan manggis. Harganya agak mahal juga. Rambutan berharga 7 ringgit 1 kg manakala manggis berharga RM10 1 kilo.
Laluan ini juga saya menempuhi banyak lampu isyarat mungkin disebabkan oleh banyak persimpangan jalan hubungan kampung kampung Utama hampir kesemuanya disebut parit di hadapan nama.
Laluan ini juga saya menempuhi banyak lampu isyarat mungkin disebabkan oleh banyak persimpangan jalan hubungan kampung kampung Utama hampir kesemuanya disebut parit di hadapan nama.
![]() |
Bergambar di salah sebuah kedai di Pasar Karat Rengit |
Lebih kurang pukul 12 tengah hari kami tiba di Pekan Rengit. Pekan rengit Batu Pahat ini terkenal dengan sebuah perkampungan Pasar Karat. Sebenarnya saya pernah ke sini pada tahun 2010. Pada waktu itu hanya along (Wafiy) yang ada yang lain masih belum wujud.
![]() |
Isteri sempat membeli dua pasang kasut untuk anak-anak iaitu kasut Batman dan Mickey Mouse |
![]() |
Satu gambar poster yang menarik minat saya tapi tidak membelinya |
![]() |
Wafiy tersenyum kerana permintaan untuk membeli big gun diterima |
![]() |
Kasut Mickey Mouse keluaran Disney berharga RM20 |
Di sini kita boleh melihat pelbagai jenis barang terpakai dijual seperti pakaian, basikal, perabut, alatan muzik, alatan sukan, alatan hiking dan camping boleh dikatakan semuanya ada. Kebanyakan barang datangnya dari Singapura ada juga datangnya dari Indonesia terutamanya perabot.
![]() |
Intai dari luar |
![]() |
Salah sebuah kedai yang sempat kami masuk |
![]() |
Perkampungan barang terpakai |
![]() |
Basikal pelbagai jenis saiz turut dijual |
Walaupun niat asal hanyalah untuk melihat-lihat tapi bila masuk ke kedai ada saja barang yang menarik minat. Akhirnya beberapa barang turut dibeli. Kemudian pada jam 1.30 tengah hari, buah dari perkampungan barang terpakai ini menuju ke bandar Batu Pahat dan Muar.
Okeylah Setakat ni saja dulu Saya pun dah mengantuk badan letih letih kerana memandu hampir 300 kilometer pada hari ini.... esok ada sambungannya... terima kasih.
Comments
Post a Comment