Posts

SEKALI PUKUL LAPAN MATI

Image
  SEKALI PUKUL LAPAN MATI (Cerita Kanak-kanak) Oleh : Amizam bin Mohamed Di sebuah kampung kecil, hiduplah seorang pemuda kurus bernama Mamat. Orang kampung mengenalinya sebagai seorang pemalas yang suka berangan-angan dan tidak pernah serius dalam apa pun, kecuali satu perkara — makan. Walaupun tubuhnya kurus kering, Mamat memiliki selera makan yang luar biasa. Dari pagi hingga ke malam, dia lebih gemar duduk di bawah rumah panggungnya sambil mengunyah apa sahaja yang ada, berkhayal tentang dunia di luar kampungnya. Pada suatu hari yang panas, Mamat sedang menikmati nasi di atas pinggan, ketika tiba-tiba sekumpulan lalat datang mengganggu. Terasa terganggu, Mamat yang biasanya malas tiba-tiba menghayunkan tangannya dengan penuh tenaga. Sekali tampar, lapan ekor lalat mati terkapar di pinggannya. Mamat terkejut melihat kejadian itu. Tidak disangkanya, dengan sekali pukulan, dia mampu menewaskan lapan ekor lalat sekaligus! Terinspirasi oleh 'kehebatannya', dia segera membuat seh

Che Muda Tanduk

Image
  CHE MUDA TANDUK Oleh : Amizam bin Mohamed Kampung Tanjung, Kuala Terengganu, sebuah perkampungan di pinggir muara Sungai Terengganu, di mana masa seolah-olah berjalan perlahan. Di sinilah Che Muda, seorang lelaki berusia lima puluhan, menghabiskan hidupnya. Orang kampung menganggap Che Muda gila, tetapi hakikatnya, dia hanyalah seorang manusia yang hidup dengan caranya sendiri. Penampilannya yang kusut masai, dengan pakaian lama dan rambut tak terurus, sering mengundang pandangan sinis. Namun bagi Che Muda, pandangan orang tidak penting. Apa yang penting adalah terus hidup, meskipun dalam ketidaksempurnaan. Setiap hari, Che Muda akan berjalan kaki dari rumahnya di Kampung Tanjung ke Pasar Payang. Jaraknya tidak jauh, hanya sekitar dua hingga tiga kilometer, tetapi perjalanan itu baginya lebih daripada sekadar rutin harian. Di pasar itu, dia bekerja mengangkat barang-barang untuk peniaga dan pembeli, satu pekerjaan yang mungkin dianggap remeh oleh sesetengah orang. Namun bagi Che Muda

Bunian di Loji Air

Image
  BUNIAN DI LOJI AIR Oleh : Amizam bin Mohamed Tahun 2012, aku ditugaskan sebagai penyelaras kokurikulum di sekolah rendah. Salah satu aktiviti yang aku anjurkan adalah perkhemahan tahun 5 di loji rawatan air Johor Bahru. Seramai 75 orang murid terlibat dalam perkhemahan ini, dan semuanya bersemangat. Namun, siapa sangka, perjalanan ini akan membawa kami ke pengalaman yang menakutkan. Hari perkhemahan tiba, tetapi cuaca tidak mengizinkan. Hujan lebat membasahi tapak khemah, menjadikan kawasan tersebut menjadi sungai kecil. Murid-murid tidak dapat tidur di dalam khemah dan terpaksa tidur di dalam dewan. Walaupun hujan mencurah-curah, kami cuba menghiburkan diri dengan aktiviti berkumpulan. Namun, suasana mula berubah. Aku mendengar bisikan halus yang datang dari kegelapan luar dewan "Siapa yang bercakap itu?" tanyaku kepada seorang guru lain, tetapi dia hanya menggelengkan kepala. Malam itu, beberapa kejadian misteri berlaku. Murid-murid melaporkan melihat bayangan yang melint

Si Gadis Tangan Panjang

Image
  SI GADIS TANGAN PANJANG Oleh : Amizam Mohamed Di salah satu Pusat Pengajian Tinggi di Utara tanah air , ada satu kisah dongeng yang jarang dibicarakan, tetapi dikatakan berlaku di salah satu kolej kediaman pelajar. Sara, seorang mahasiswi yang baru mendaftar dan sedikit lewat, mendapatkan bilik di tingkat atas, aras 4. Bilik itu kelihatan sepi dan berdebu, seperti tiada penghuni sebelumnya. Namun, dia tidak peduli dan mula menyusun barang-barangnya. Pada malam pertama, ketika mentari terbenam, tiba-tiba ada ketukan lembut di pintu. Sara, yang merasa sedikit kesepian, membuka pintu dan bertemu dengan Aisha, seorang mahasiswi semester tiga. Aisha baru tiba dari kampung dan kelihatan mesra. Mereka berbual, dan Sara merasakan kelegaan kerana mempunyai rakan. Keesokan harinya, Sara bangun dan mendapati Aisha sudah tiada. Dia beranggapan Aisha pergi ke kuliah awal. Malam itu, ketika dia pulang dari kelas, Aisha muncul di hadapan bilik, seperti biasa. "Saya baru keluar dari perpustakaa

Pembalasan Awang Hitam

Image
PEMBALASAN AWANG HITAM (Cerita Jenaka Rakyat) oleh : Amizam Mohamed Di sebuah kampung kecil yang damai, seorang lelaki bernama Awang sering diejek kerana warna kulitnya yang gelap. Kanak-kanak dan orang kampung tidak pernah berhenti memanggilnya dengan gelaran "Awang Hitam," seolah-olah itu satu bentuk hiburan bagi mereka. Setiap kali dia lalu di hadapan mereka, ejekan berderai keluar dari mulut orang-orang kampung. "Awang Hitam! Awang Hitam!" laung seorang budak lelaki sambil tertawa. Muka Awang Hitam merah padam. Namun dia terus menahan perasaan marah yang berkocak di dalam dadanya. Hari demi hari, ejekan yang diterimanya semakin menusuk hati. Sehinggalah pada satu hari, Awang Hitam tekad untuk meninggalkan kampung tersebut dan menuntut ilmu, berharap suatu hari nanti dia akan membalas dendam. Setelah berkelana selama bertahun-tahun, Awang Hitam menemui seorang Maha Guru yang hebat. Dia belajar ilmu yang luar biasa di bawah bimbingan guru tersebut. Setelah tamat m

Solo Ride Terengganu : Wawa Tour : Dari Pangkal ke Hujung (Part 1)

Image
Assalamualaikum w.b.t agak lama juga saya tak update entri terbaharu. Hari ini terbuka pintu hati untuk menukilkan kisah pengembaraan solo bermotosikal semalam. Grid Permulaan Wawa Tour : Dari Pangkal ke Hujung Semalam saya telah melakukan solo ride menggunakan motosikal lama iaitu Honda cub C70 keluaran 1978 dengan nombor pendaftaran WA8529. Pengembaraan bermotosikal secara solo ini saya namakan sebagai  Wawa Tour : Dari pangkal ke hujung . Mengapa Wawa? Siapa Wawa tu? Sebenarnya Wawa ialah motosikal yang saya gunakan untuk jelajah kali ini sempena mengambil nombor pendaftaran motosikal tersebut yang bermula dengan huruf WA. Jadi saya namakan motosikal ini dengan nama Wawa. Apa pula dari pangkal ke hujung tu? Sebenarnya dalam jelajah kali ini, penjelajahan bermula dari pintu masuk negeri Terengganu melalui pintu gerbang Terengganu di Kuala Besut iaitu bahagian utara Terengganu. Manakala pengakhiran jelajah ini berakhir di pintu keluar iaitu pintu gerbang Terengganu di Chukai Kemaman i

MELAWAT MUZIUM TERENGGANU

Image
Pada 18 Julai 2022,  Saya telah mengikuti Lawatan Sambil Belajar Panitia Sejarah ke tempat bersejarah sekitar Kuala Terennganu, Kuala Berang dan Dungun. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Muzium Terengganu, Memorial Batu Bersurat Kampung Buloh Kuala Berang, Pengkalan Gawi dan Pulau Rama-Rama Tasik Tasik Kenyir serta Muzium Bukit Besi, Dungun. Bas yang digunakan semasa Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Terengganu Panitia Sejarah Gambar sewaktu dalam bas Cikgu Che Wan Azlan memberi penerangan kepada murid-murid yang menyertai lawatan sewaktu dalam bas. Rombongan lawatan ini disertai oleh 40 murid Tahun 6 SK Kijal dan diiringi oleh 4 orang guru pengiring. Bas bertolak pada pukul 7.45 pagi dan dijangka tiba di Muzium Terengganu pada jam 10.30 pagi. Bersama Cikgu Suzina dan Cikgu Salina yang turut menjadi guru pengiring Sebaik tiba di luar perkarangan Muzium Terengganu, saya dan peserta rombongan yang lain bersarapan ringan terlebih dahulu iaitu sandwich sardin. Kami makan di sebuah wak