MELAWAT MUZIUM TERENGGANU

Pada 18 Julai 2022,  Saya telah mengikuti Lawatan Sambil Belajar Panitia Sejarah ke tempat bersejarah sekitar Kuala Terennganu, Kuala Berang dan Dungun. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Muzium Terengganu, Memorial Batu Bersurat Kampung Buloh Kuala Berang, Pengkalan Gawi dan Pulau Rama-Rama Tasik Tasik Kenyir serta Muzium Bukit Besi, Dungun.


Bas yang digunakan semasa Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Terengganu Panitia Sejarah


Gambar sewaktu dalam bas


Cikgu Che Wan Azlan memberi penerangan kepada murid-murid yang menyertai lawatan sewaktu dalam bas.

Rombongan lawatan ini disertai oleh 40 murid Tahun 6 SK Kijal dan diiringi oleh 4 orang guru pengiring. Bas bertolak pada pukul 7.45 pagi dan dijangka tiba di Muzium Terengganu pada jam 10.30 pagi.


Bersama Cikgu Suzina dan Cikgu Salina yang turut menjadi guru pengiring

Sebaik tiba di luar perkarangan Muzium Terengganu, saya dan peserta rombongan yang lain bersarapan ringan terlebih dahulu iaitu sandwich sardin. Kami makan di sebuah wakaf khas muzium bersebelahan dengan kedai yang menjual keropok.

Rehat dan makan sebentar di sebuah wakaf di hadapan Muzium Terengganu


MELAWAT MUZIUM TERENGGANU

Selesai makan, kami mula masuk ke halaman muzium. Kedatangan kami 'disambut' oleh dua perahu tradisional Terengganu iaitu Perahu Kolek dan Perahu Payang.


Kali terakhir menjejak kaki ke Muzium Terengganu ialah pada tahun 1996 iaitu sewaktu pertama kali muzium bangunan baharu ini dibuka


Sejarah dan Pengenalan Muzium Terengganu


Bergambar di tangga pintu masuk utama Muzium Terengganu

 
Murid-murid dah tak sabar nak masuk galeri muzium

Saya sebenarnya baru sekali masuk ke muzium ini, itupun pada tahun pertama muzium bangunan baharu ini dibuka iaitu pada tahun 1996. Pada masa itu barang-barang pameran tidak begitu banyak seperti sekarang. 

Muzium Terengganu yang kami lawat ini merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Tidak hairanlah jika ingin mengeksplorasi keseluruhan kawasan muzium merangkumi dalam dan luar bangunan, kita memerlukan stamina dan kaki yang sentiasa fit.

Masuk ke Galeri Muzium Terengganu

Untuk masuk ke dalam Galeri Muzium Terengganu memerlukan kita memanjat anak tangga yang agak banyak juga. Rekaan bangunan muzium kelihatan seperti sebuah istana lama yang besar dan tinggi. Ruang galeri yang mempamerkan barang-barang bersejarah negeri Terengganu dan negara ini berada di aras atas muzium. Bayaran masuk yang dikenakan ialah RM5.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak. 



'Jambatan' yang menghubungkan bangunan-bangunan lain muzium 


Lihatlah kolong muzium sahaja dah cukup tinggi


Kita perlu berjalan menaiki anak tangga yang banyak untuk masuk ke pintu utama galeri Muzium Terengganu


Di Pintu masuk galeri, staff muzium sempat berpesan agar saya tidak merakam video barang-barang pameran. Jadi saya hanya mengambil gambar sahaja sewaktu menjelajah ruang pameran.  

Ruang pameran pula dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti ruang tekstil, industri tembaga, senjata, ukiran kayu, Kesultanan Terengganu, Galeri Petronas, hidupan, seni budaya dan banyak lagi. 

1. Ruang Tekstil


Ruang Pameran Tekstil Muzium Terengganu


Sarang batik stamp yang digunakan oleh pengusaha batik cop di negeri ini 

Mesin tradisional menenun kain dan songket


Industri batik dikatakan sudah bertapak di negeri Terengganu sejak abad ke-18 lagi  

SUTERA TERENGGANU

Dahulu penghasilan sutera pernah menjadi industri penting di negeri Terengganu sehinggakan terdapat sebuah ladang yang menternak ulat sutera untuk dijadikan kain. 


Kepompong ulat sutera yang boleh diproses menjadi Kain Sutera

Mesin tradisional yang digunakan untuk memintal kepompong ulat sutera menjadi benang

Proses mewarna benang sutera

Benang yang sudah diwarna


2. Ruang Industri Tembaga

Industri penghasilan barangan tembaga juga menjadi perusahaan penting di negeri Terengganu. Tidak hairanlah banyak barang-barang yang digunakan dalam industri ini dipamerkan dalam Muzium Terengganu.

Sejarah industri tembaga di Terengganu

Sejarah dapur melebur tembaga

Dapur melebur tembaga

Barang-barang hasilan industri tembaga negeri Terengganu


3. Ruang Ukiran Kayu

Seni ukiran kayu sememangnya tidak asing dalam kehidupan masyarakat Nusantara termasuklah orang Melayu. keindahan seni ukir Melayu ini dapat kita lihat dalam galeri muzium ini. Turut tidak ketinggalan peralatan yang digunakan ketika membuat ukiran kayu.


Keindahan corak ukiran kayu Melayu Terengganu ini bermotifkan tumbuh tumbuhan

Info berkaitan sejarah ukiran kayu 

Peralatan yang digunakan dalam ukiran dan pertukangan kayu

Jenis-jenis ukiran serta kayu yang digunakan


 4. Ruangan Muzik dan Seni Budaya

Jika berkunjung ke Galeri Muzium Terengganu, kita dapat menyaksikan pelbagai jenis alatan muzik tradisional yang digunakan oleh masyarakat tempatan termasuklah peralatan yang digunakan dalam persembahan wayang kulit.

Gong banyak digunakan dalam persembahan kesenian dan kebudayaan orang Melayu

Dari kiri : Gendang ibu dan Gendang Anak

Alat muzik ini dipanggil sebagai Anak Umbang


Dari kiri : Rebab dan Rebana Dikir Pahang

Peralatan muzik dalam persembahan wayang kulit

Patung-patung watak wayang kulit di tempat Tok Dalang membuat persembahan

 
5. Ruang Pameran Senjata

Bukti sejarah kekuatan dan kegemilangan orang Melayu boleh kita lihat dan kaji melalui senjata yang digunakan terutamanya keris. Seni ukir dan bentuk melambangkan status pemilik. Terdapat juga info berkaitan cara pemakaian keris mengikut adat di sesebuah negeri.

Para pengkaji keris atau senjata boleh mendapatkan maklumat melalui info-info yang disediakan oleh pihak muzium 


Pelbagai jenis senjata yang namanya boleh kita rujuk pada info di bahagian bawah


Keris atau senjata apakah ni?


Sebenarnya ulu keris mempunyai pelbagai jenis nama dan bentuk 


Kita juga boleh mengetahui cara-cara pemakaian keris yang betul


Keris yang dipamerkan di ruang senjata


6. Ruangan Kraftangan Mengkuang

Salah satu bahagian yang menjadi ruang pameran di Muzium Terengganu adalah seni kraftangan berasaskan daun mengkuang iaitu tikar, tudung saji, beg dan bakul. Sudah menjadi tradisi masyarakat Terengganu satu masa dahulu menghasilkan barangan kraf daripada anyaman daun mengkuang. Daun mengkuang ini banyak tumbuh di sekitar negeri ini terutama di kawasan pantai dan paya. Hasil kraf terutamanya tikar dan tudung saji mengkuang biasanya akan dijual sama ada kepada penduduk setempat mahu pun kepada pelancong luar.


Hasil kraf berasaskan anyaman daun mengkuang turut dipamerkan di Muzium Terengganu


Tikar mengkuang saiz gergasi yang terdapat di muzium ini


Turut dipamerkan proses membuat tudung saji daripada tikar mengkuang


Sebenarnya tudung saji kat belakang tu agak besar


8. Ruangan Sejarah Terengganu

Di ruangan ini, ia memaparkan sumber sejarah berkaitan dengan Kesultanan Terengganu, sistem pentadbiran kerajaan, sistem pendidikan, perdagangan dan ekonomi negeri dari dahulu hingga kini. Dipaparkan juga sejarah tinggalan kolonial British dan barang tinggalan askar Jepun sewaktu Perang Dunia Ke-2. 

Saya berada di bahagian Pameran Diraja Kesultanan Terengganu



Info berkaitan dengan sejarah sistem pendidikan negeri Terengganu 


Alat sukat dan timbang yang digunakan dalam perniagaan. Gambar latar di belakang merupakan Bangunan Pasar Payang Era lama

Beca atau disebut sebagai 'teksi' oleh masyarakat Kuala Terengganu pernah menjadi pengangkutan awam terpenting era 70-an dan 80-an


Pedang panjang...... (saya rasa mungkin pedang DiRaja.. maaf tak sempat baca sebab sibuk ambil gambar) 


Tinggalan tentera Jepun yang pernah memerintah negara sekitar 1942-45


Maklumat berkaitan dengan sistem pentadbiran Negeri Terengganu Era Sultan Zainal Abidin III

9. Galeri Petroleum

Umumnya tahu, Terengganu merupakan sebuah negeri pengeluar gas dan petrolium di Semenanjung Malaysia. Jadi tak lengkap rasanya jika para pengunjung tidak melawat Galeri Petroleum untuk mengkaji sejarah perkembangan industri utama negara ini.

Saya di pintu masuk Galeri Petroleum


Kaunter depan pintu masuk


Barang yang dipamerkan dalam Galeri Petroleum


Replika pelantar minyak yang ada di dalam Galeri Petroleum



10. Ruang Alam dan Kehidupan

Bahagian ini agak terpencil dalam Muzium Terengganu kerana berada di bangunan lain. Namun bahagian ini tidak kurang menariknya seperti lain-lain bahagian muzium. Barang-barang yang dipamerkan pula adalah daripada tinggalan haiwan, tumbuhan, batuan dan sumber mineral yang terdapat di negeri Terengganu.

Rangka binatang


Fosil-fosil tinggalan haiwan yang dipamerkan


Pelbagai jenis tengkorak binatang


Rangka manusia turut menjadi bahan pameran


Tinggalan tumbuhan seperti akar-akar pokok dan bentuk daun yang diawet untuk dipamerkan di galeri ini.


Jenis-jenis serangga, unggas dan reptilia


Pelbagai jenis unggas yang telah diawet


KAMPUNG BUDAYA TERENGGANU

Selain ruang pameran dalam bangunan muzium, terdapat juga bahagian pameran luar seperti di Kawasan Perkampungan Budaya. Bayaran masuk RM1.00 dikenakan kepada pelawat yang masuk. Di Kampung Budaya Terengganu ini, kita boleh melihat dua buah kapal tradisional yang bernadikan kuasa angin iaitu menggunakan layar. Di situ juga terdapat sebuah rumah kayu tradisional yang dibina menggunakan teknik pasak. 


Pintu Gerbang Kampung Budaya Terengganu


Kapal layar tradisional Terengganu


Sebuah lagi kapal layar tradisional Terengganu di Kampung Budaya Terengganu


Rumah Tradisional Terengganu (Saya rasa pemilik asal daripada golongan bangsawan negeri)

Setelah dua jam menghabiskan masa meneroka segenap ruang pameran Muzium Terengganu. Kira-kira jam 12.30 tengah hari kami beredar menuju ke destinasi yang kedua iaitu Kenyir Elephant Consevation Village.

bersambung....

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN BEST DI TERENGGANU : NASI LEMAK BAWAH RUMAH (NASI LEMOK WOMOH)

KEM KAIZEN, GUNUNG PULAI, PONTIAN JOHOR

CARA PENJAGAAN IRON PHILIPS STEAM AGAR LEBIH TAHAN LAMA