Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Setelah sebulan saya memuatnaik entri yang lepas dalam blog ini, hari ini baru terdetik di hati saya untuk memuatnaik bicara baru dari pengalaman dan aktiviti yang saya lakukan bersama keluarga. Tujuan saya sekadar berkongsi info tentang sesuatu tempat menurut kacamata dan pandangan peribadi saya.
Pada hari cuti umum ataupun cuti hujung minggu, Para ibu bapa yang tinggal di sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang agak pening dan buntu dalam memikirkan tempat yang sesuai untuk membawa anak-anak menghabiskan waktu cuti. Yalah apa tidaknya di dua bandar ini tempat yang percuma dan berkos rendah untuk membawa anak-anak tidak banyak. Yang paling banyak ialah shopping complexs yang bertaburan di serata bandar tetapi dia menelan belanja yang agak banyak jika membawa anak-anak ke situ. Biasanya saya membelanjakan tidak kurang dari RM50.00 jika membawa anak-anak ke Shopping Centre. Tambahan pula sekarang di hujung bulan wangi dalam simpanan semakin berkurangan sementara menunggu gaji di bulan baru.
|
Di laluan masuk Hutan Bandar MBJB |
Sebenarnya di Johor Bahru dan kawasan sekitar masih terdapat tempat-tempat yang percuma dan berkos rendah. untuk itu saya cadangkan tempat yang sesuai untuk membawa anak-anak pada hari cuti ialah Hutan Bandar MBJB. Jarak Hutan Bandar dengan rumah saya di Taman Kota Masai Pasir Gudang ini kira-kira 35 kilometer melalui Lebuhraya Pasir Gudang yang memakan masa lebih kurang 45 minit jika pemandu dengan kereta. Walaupun jalan ini disebut sebagai lebuh raya Ia adalah laluan tidak bertol. Manakala kos minyak kereta Perodua Axia saya antara RM10.00 - RM12.00.
|
Saya berharap bila mereka (anak-anak) melihat kembali gambar ini bila dewasa nanti, mereka titipkan doa buat saya dan isteri tidak kiralah kami masih hidup ataupun sudah meninggal dunia
|
Kedudukan pusat rekreasi Hutan Bandar terletak di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru berhampiran dengan Jabatan Penerangan Johor dan tidak jauh dari Larkin Sentral membuatkan tempat ini menjadi pilihan popular penduduk Johor Bahru dan Pasir Gudang untuk berkelah di sini.
Jadi pada cuti perayaan Thaipusam 21 Januari 2019, saya telah membawa keluarga datang ke sini. Setelah isteri menyiapkan semua makanan yang disediakan sejak awal enam setengah pagi , kami kertolak dari Kota Masai pada jam 8.15 minit pagi dan tiba di di Hutan Bandar 35 minit kemudian. Saya ke sini melalui Lebuh Raya EDL yang menghubungkan Pasir Gudang - Johor Bahru. Kemudian saya exit di Pandan City dan masuk Jalan Yahya Awal menuju ke Larkin. Saya memilih laluan ini kerana risiko untuk terperangkap dalam kesesakan adalah lebih rendah berbanding melalui Lebuhraya Pasir Gudang.
KEISTIMEWAAN DAN KEMUDAHAN YANG TERDAPAT HUTAN BANDAR MBJB
1. Ruang Parkir Kereta Percuma
Kelebihan pusat rekreasi Hutan Bandar ini adalah mempunyai tempat kereta yang percuma dan boleh menampung hampir 50 buah kereta dalam satu-satu masa. Di samping itu pengunjung juga boleh meletakkan keretanya di bahu jalan di bahu jalan tanpa gangguan Perak polis trafik mahu pun pihak penguatkuasa MBJB. namun Pada hari ini saya telah memarkir kereta di tepi jalan.Di samping itu bagi pengunjung yang datang menggunakan basikal Disediakan juga ruang tempat letak basikal khas yang lebih selamat.
|
Ruang parkir kereta di Hutan Bandar boleh memuatkan kira-kira 50 buah kereta dalam satu-satu masa |
|
Tempat letak basikal dengan kemudahan mengunci tayar (kunci kena bawa sendiri) |
2. Lokasi yang Tidak Sesak
Walaupun kedudukan Hutan Bandar ini terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru namun kawasan ini tidak sesak dengan kenderaan yang lalu lalang. Jadi bagi pengunjung yang pertama kali datang tidak susah baginya mencari tempat ini. tambahan pula kita boleh membuat uturn dengan mudah jika mahu menukar arah pemanduan atau mencari tempat letak kereta yang sesuai. Seperti apa yang saya nyatakan pada awal tadi pengunjung boleh meletak kereta di bahu jalan kerana jalannya tidak sibuk serta selamat.
|
Pengunjung masih boleh memarkir kenderaan di bahagian luar dan di bahu jalan kerana laluan di sini tidak begitu sibuk dan yang penting tiada penguatkuasa MBJB dan Polis Trafik mengganggu |
|
Pintu Masuk Hutan Bandar menunjukkan keadaan tenang daripada kesesakan lalulintas |
3. Terdapat Playground untuk Kanak-kanak.
Kanak-kanak sememangnya aktif berlari dan bermain Begitu juga dengan anak saya samaada yang berumur 1 tahun ataupun yang berumur 11 tahun semuanya sama sahaja bila dikategorikan sebagai kanak-kanak. pantang jumpa playground mereka pasti akan meminta saya pergi ke situ. Kebanyakkan playground memang terdapat di mana-mana taman rekreasi.Namun apa yang istimewanya playground di sini adalah tempatnya redup dan terlindung dengan cahaya matahari. Ini kerana pokok-pokok yang besar dan tinggi di kawasan ini telah membentuk seolah-olah kanopi meneduhkan kawasan.
Playground yang disediakan juga mesra kanak-kanak kerana permukaan lantainya yang lembut dan selamat bagi kanak-kanak sekiranya terjatuh. terdapat beberapa jenis permainan yang disediakan oleh pihak pengurusan Pusat Rekreasi Hutan Bandar ini. Di playground ini jumpa terdapat banyak ruang rehat untuk ibu bapa yang memantau anak-anaknya bermain tanpa perlu berdiri.
|
Hud Naufal gemar bermain gelongsor |
|
Playground antara kemudahan yang menarik minat kanak-kanak yang aktif dan lincah |
|
Agak tinggi dan mencabar tapi masih selamat untuk kanak-kanak bermain. Namun kanak-kanak yang mahu bermain perlu memakai kasut kerana lebih selesa ketika memanjat |
|
Buaian sering menjadi rebutan kanak-kanak. Jadi untuk bermain perlu sabar menunggu giliran |
|
Ruang tempat duduk yang teduh dan redup berdekatan dengan playground membolehkan ibu bapa memantau anak-anaknya bermain |
4. Laluan Jogging yang Bagus
Di hutan Bandar ini juga amat sesuai bagi penggemar jogging sama ada secara individu ataupun kumpulan kerana mempunyai track yang bagus untuk berlari sambil menikmati keindahan alam sekeliling. Laluan untuk larian ini juga menarik kerana mempunyai kesemua darjah kesukaran yang boleh menguji daya ketahanan kita seperti kawasan pendakian, menuruni kecerunan bukit, laluan landai dan sebagainya.
|
Ruang pejalan kaki dan pelari cantik, kemas dan bersih |
|
Antara track yang disediakan untuk pejalan kaki dan pelari |
5. Kemudahan Tempat Exercise atau Bersukan dan Beriadah.
Pengunjung Hutan Bandar yang berminat melakukan aktiviti senaman atau outdoor workout boleh melakukannya disini kerana terdapat kemudahan disediakan untuk melakukan aktiviti sedemikian. Terdapat juga sebuah gelanggang bola keranjang. Namun gelanggang bola keranjang ini hanyalah separuh yang mempunyai satu jaring sahaja.
|
Kemudahan peralatan workout yang tersedia di pusat rekreasi ini |
|
Tempat workout dari posisi lain |
|
Laluan refleksologi bagi yang mahu melakukan senaman urutan kaki |
|
Aimy mencuba cabaran memasuki kawah |
|
Wafiy, Aimy dan Hud menunggang kepala biawak (replika) |
|
Aksi menunggang katak 'wong' oleh Ismah, Wafiy dan Aimy |
|
Hud memegang erat katak 'wong' takut tergelincir ketika katak ingin melompat |
Bagi yang meminati perkhemahan, di sini juga merupakan tempat yang sesuai untuk melakukannya. Terdapat tapak-tapak perkhemahan disediakan oleh pihak pengurusan pusat rekreasi ini. Pada mulanya saya bercadang untuk berkhemah juga tapi memandangkan ruang kereta yang sangat kecil saya tidak jadi melakukan aktiviti sedemikian.
|
Gambar yang diambil dua hari sebelum itu ketika datang membuat 'survey' |
Pengunjung boleh beristirahat di tempat rehat di sepanjang laluan. Banyak kerusi dan wakaf yang disediakan oleh pihak Pengurusan Hutan Bandar ini untuk para pengunjung. Turut terdapat adalah laluan refleksologi kaki menggunakan batuan kecil bersebelahan dengan kolam mandi. Hujung boleh merasai pengalaman berjalan tanpa menggunakan alas kaki di laluan ini serta mendapat faedah kesihatan melalui cara ‘urutan’ refleksologi ini.
|
Terdapat tiga wakaf sebegini terdapat di sini. Sementara menunggu anak mandi-manda, saya dan isteri berehat di sini sambil makan bekalan yang dibawa dari rumah. |
|
Keistimewaan Hutan Bandar berbanding taman rekreasi lain adalah ia menyediakan banyak ruang rehat untuk para pengunjung. Jadi semua akan merasai peluang untuk beristirahat di tempat yang disediakan |
6. Tandas
Di dalam Taman Rekreasi Hutan Bandar ini juga terdapat sebuah tandas percuma yang boleh digunakan oleh pengunjung untuk membuang air dan membilas badan selepas mandi kolam. Kebersihan tandas dalam tahap memuaskan dan ia bergantung kepada jumlah pengunjung pada hari tersebut. Jika menerima ramai pengunjung keadaan tandas ini agak kurang memuaskan.
|
Tandas yang disediakan boleh dikategorikan sebagai memuaskan |
7. Gerai dan Warung Makanan
Jika lapar atau tidak membawa makanan para pengunjung tidak perlu risau kerana di sini terdapat sebuah gerai jualan makanan dan minuman yang ringan-ringan berdekatan dengan playground. Manakala jika mahu makanan yang berat berat dan tradisional Johor boleh dibeli di bahagian luar pusat rekreasi ini.
|
Aimy suka membeli jagung manis di gerai dalam pusat rekreasi ini |
|
Deretan warung yang menyediakan makanan sarapan pagi dan tengah hari untuk para pengunjung |
8. Kolam Mandi-manda
Tidak lengkap apabila kita menyebuti perkelahan tanpa melakukan aktiviti mandi-manda. Kebiasaannya apabila sesuatu tempat disebut hutan sudah tentu terbayang di minda kita terdapat air terjun ataupun anak sungai yang mengalir. Di Pusat rekreasi hutan rimba ini tak dapat sungai dan kolam di beberapa tempat namun dia tidak sesuai untuk mandi manda kerana airnya keruh dan ia merupakan tempat pembiakan ikan dan kura-kura. Untuk menarik minat para pengunjung datang ke sini pihak pengurusan pusat rekreasi Hutan Bandar ini telah membina beberapa buah kolam mandi. Para pengunjung tidak perlu membayar kerana ia adalah PERCUMA. Saya pernah pergi ke beberapa tempat yang menyediakan kolam seperti ini mengenakan bayaran masuk antara RM5.00 hingga RM10.00 bagi setiap orang. Jadi saya terpaksa mengeluarkan antara RM30 hingga RM60 untuk ahli keluarga saya seramai enam orang itu.
|
Saya tidak tahu sama ada ia kolam semulajadi ataupun buatan tetapi airnya keruh dan berwarna coklat. Di dalamnya terdapat banyak kura-kura dan ikan yang jinak (kawasan larangan memancing) |
Jadi yang menjadi tarikan utama pusat rekreasi ini ialah kolam mandi. Boleh dikatakan setiap jam akan ada sahaja pengunjung baru yang datang. Boleh dikatakan menerima kunjungan yang tidak putus-putus. Kolam mandi ini jugalah yang menjadi tarikan saya untuk membawa anak-anak ke sini. Anak-anak juga ketika di rumah sentiasa mengingatkan saya jangan lupa membawa mereka ke sana kerana saya telah berjanji.
|
Tidak boleh membawa makanan dan memakai selipar atau kasut ketika masuk dalam kawasan kolam mandi |
|
Aimy, Ismah dan Along bersedia melakukan aksi terjun |
|
Kanak-kanak memang pantang jumpa air. Bila yang mandi memang susah nak naik |
|
Mereka bertiga memang obses akan air yang bertakung apatah lagi kolam seperti ini |
|
Aksi Hud atas replika anjing laut |
|
Aimy sedang memangku adiknya di bawah shower cendawan |
|
Hud terpegun akan air yang mengalir di tangga |
|
Cuba menghalang air dari terus memancut tetapi gagal |
|
Rilekslah......meminjam kata-kata DSN kepada lawan politiknya |
TIBA WAKTU UNTUK PULANG
Kami pulang pada pukul 12.30 minit tengah hari Setelah anak-anak saya puas mandi manda dan bermain di Pusat Rekreasi Hutan Bandar ini. Sebenarnya ini kali kedua saya datang sini setelah kali pertama selang sehari sebelum itu. Ternyata anak-anak saya berasa puas menghabiskan hari cuti di sini dan ia memberi opsyen juga kepada saya di masa akan datang untuk membawa anak-anak ke tempat yang mereka suka. Paling penting saya tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak.
Sekian...
Terima kasih kerana membaca dan berkunjung ke blog saya.
Thanks for sharing 🤗
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete