PEMBURU ASAM PEDAS JOHOR

Assalamualaikum warahmatullahi dan selamat sejahtera buat semua pengunjung blog saya. Pada kali ini saya ingin menulis tentang makanan kegemaran saya iaitu asam pedas Johor. Sebelum datang ke Johor saya tidak mengetahui rasa sebenar asam pedas. Saya sangka masakan yang selama ini arwah ibu masak merupakan asam pedas rupanya menu tersebut hanyalah singgang pedas dan asam rebus. Patutlah sewaktu kecil dahulu ayah saya mengatakan masakan yang dimasak oleh arwah ibu bukanlah asam pedas sebenar. Menurut ayah asam pedas menggunakan asam jawa dan daun kesum manakala singgang pedas bahannya adalah asam keping dan serai. Asam rebus pula cara pembuatannya hampir sama dengan laksa Penang cuma isi ikan tidak dimasukkan ke dalam kuah. Bagaimana ayah saya mengetahui rasa asam pedas Johor? Sebenarnya pada pertengahan tahun 80-an ayah bekerja dengan seorang tokey buah-buahan di Pasar Payang yang dikenali sebagai Awang Poksu. Ayah menjadi driver lori kepada Awang Poksu dan sering ke Johor untuk m...