PEMBURU ASAM PEDAS JOHOR
Assalamualaikum warahmatullahi dan selamat sejahtera buat semua pengunjung blog saya.
Pada kali ini saya ingin menulis tentang makanan kegemaran saya iaitu asam pedas Johor. Sebelum datang ke Johor saya tidak mengetahui rasa sebenar asam pedas. Saya sangka masakan yang selama ini arwah ibu masak merupakan asam pedas rupanya menu tersebut hanyalah singgang pedas dan asam rebus. Patutlah sewaktu kecil dahulu ayah saya mengatakan masakan yang dimasak oleh arwah ibu bukanlah asam pedas sebenar. Menurut ayah asam pedas menggunakan asam jawa dan daun kesum manakala singgang pedas bahannya adalah asam keping dan serai. Asam rebus pula cara pembuatannya hampir sama dengan laksa Penang cuma isi ikan tidak dimasukkan ke dalam kuah.
Bagaimana ayah saya mengetahui rasa asam pedas Johor? Sebenarnya pada pertengahan tahun 80-an ayah bekerja dengan seorang tokey buah-buahan di Pasar Payang yang dikenali sebagai Awang Poksu. Ayah menjadi driver lori kepada Awang Poksu dan sering ke Johor untuk membeli limau manis dan pisang. Pada ketika itulah beliau pernah makan asam pedas Johor.

Pada pendapat saya asam pedas merupakan makanan tradisi bagi penduduk pesisir pantai laut Selat Melaka dari Melaka hingga ke selatan Semenanjung Malaysia. Namun begitu di negeri-negeri lain masih terdapat asam pedas mengikut stail masing-masing. Sewaktu melakukan travel sekitar negeri-negeri Semenanjung Malaysia pernah juga saya merasai masakan asam pedas contohnya ketika saya ke Pulau Pinang pada tahun 2017, saya mencuba asam pedas ikan merah di sebuah food court di Kota Cornwallis. Rasanya Okey juga tetapi sedikit berbeza dengan rasa asam pedas Johor. Saya juga pernah merasa asam pedas Melaka. Rasanya pun agak berbeza mungkin kerana bahan digunakan sedikit berbeza. Melalui rujukan Internet menu asam pedas Melaka agak berbeza kerana memasukkan bahan seperti serbuk jintan, kunyit dan lada hitam sebagai perencah resepi. Sedangkan dalam asam pedas Johor tiada bahan tersebut. Tak tahulah mungkin saya kebetulan hanya resepi yang saya jumpa itu sahaja yang berbuat demikian manakala tukang masak lain tidak.
Kebanyakan orang Johor suka makan asam pedas ikan mayong iaitu sejenis ikan spesies dari ikan duri. Tapi saya tak suka ikan mayong kerana Memang saya tak suka mana-mana ikan jenis bermisai termasuklah ikan keli. Selain mayong orang Johor juga suka makan asam pedas ikan sembilang. Sejenis ikan bermisai juga lagilah Saya tak suka sebab baunya lagi hanyir dari ikan ikan lain.
![]() |
Asam Pedas Melaka ikan pari di food court Jalan Merdeka Dataran Pahlawan. Rasa asam pedas itu tidak mengecewakan dan harganya saya tak pasti (isteri yang bayar) |
![]() |
Food court di Jalan Merdeka, Dataran Pahlawan yang saya makan asam pedas terletak bersebelahan dengan bangunan berbumbung tradisional itu |
Pertama kali saya makan asam pedas Johor pada tahun 2009. Pada masa itu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai iaitu Encik Khir mengajak saya dan beberapa rakan lain makan di Restoran Haji Wahid yang terletak di Jalan Bacang 38. Tapi bukan cikgu Khir yang bayar sebaliknya tauke kantin Sekolah Kebangsaan Kota Masai iaitu Faris yang belanja kami semua.
Sejak pertama kali merasai keenakan asam pedas, saya mula 'ketagih' sehinggakan menjadi menu wajib santapan tengah hari paling tidak sekali seminggu jika berada di Pasir Gudang. Ketika bercuti di Kuala Terengganu atau Kota Bharu pada musim cuti sekolah tidaklah dapat merasainya kerana di kedua negeri tersebut tiada asam pedas dijual di kedai-kedai makan. Ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana asam pedas tidak popular di situ.
Boleh dikatakan saya dan isteri merupakan pemburu asam pedas di sekitar Pasir Gudang ataupun negeri Johor. Ada saja dengar cerita tempat asam pedas sedap Sudah pasti saya singgah ketika melalui kawasan tersebut. Disini saya Nyatakan beberapa warung yang pernah saya rasai masakan asam pedasnya Walaupun tak semua.
ASAM PEDAS WARUNG HAJI WAJID JALAN BACANG 38
Sebagaimana yang saya cakap pada perenggan di atas bahawa pertama kali saya makan asam pedas di Warung Haji Wahid Jalan bacang 38. Saya sering makan di warung ini sewaktu pulang bekerja Pada 1.30 tengah hari. Biasanya saya makan bersama rakan-rakan sekerja dan menu pilihan saya adalah asam pedas ikan merah potong. Asam pedas Haji Wahid ini memang sedap dan lazat rasanya agak berlainan dengan asam asam pedas yang saya makan di restoran lain. Perbezaan asam pedas di kedai Haji Wahid ini terletak pada sayur jeruk yang di potong halus dimasukkan ke dalam kuah asam pedas. Kuahnya agak cair jika dibandingkan dengan masakan asam pedas kedai lain tapi boleh dikatakan asam pedas Haji Wahid agak power. Harga biasa yang saya bayar untuk satu potong ikan merah asam pedas bersama nasi dan air laici sejuk dalam lingkungan RM13 atau RM14.
![]() |
Warung Haji Wahid Cawangan Kota Masai di Jalan Bacang 38 antara tempat pilihan jika saya mahu makan asam pedas di Kota Masai. |
ASAM PEDAS TANJUNG LANGSAT PASIR GUDANG
Tempat pilihan saya untuk makan asam pedas selain warung Haji Wahid adalah di Tanjung Langsat iaitu sebuah kampung terletak di pinggir Sungai Johor juga dalam daerah Pasir Gudang. Warung ini merupakan sebuah rumah rakit yang diperbuat daripada kayu. Terdapat tiga hingga empat jenis asam pedas mengikut ikan dan rasanya pun berbeza berdasarkan ikan yang digunakan. Untuk makan di sini anda tidak boleh mencampurkan kuah asam pedas yang ikannya berbeza kerana rasanya tidak sama. Biasanya jika saya ke warung ini saya akan memilih asam pedas ikan pari dan ikan Kaci. Kuahnya agak cair dan tiada bahan tambahan dalam seperti bendi dan sayur jeruk namun tetap sedap. Warung ini dibuka pada jam 11 pagi hingga 3 petang.
Sekarang di Tanjung Langsat terdapat sebuah restoran terapung yang baru siap dibina dan beroperasi terletak bersebelahan dengan warung asam pedas yang saya nyatakan di atas. Restoran terapung ini diperbuat daripada batu konkrit. Baru-baru ini saya sempat mencuba asam pedas di restoran terapung tersebut rasanya agak ok tapi bagi isteri rasanya agak kurang berbanding di warung sebelah. Saya mencuba asam pedas di restoran terapung ini kerana warung kayu di sebelah tidak buka pada hari tersebut. Restoran terapung ini dibuka pada jam 11 pagi hingga ke malam.
![]() |
Rumah terapung Tanjung Langsat di sebalik jeti ini menyediakan asam pedas sedap tapi sewaktu saya hendak makan ia tidak beroperasi. |
![]() |
Restoran terapung di sebelah Jeti Tanjung Langsat yang baru beroperasi turut menyediakan menu asam pedas. |
![]() |
Asam pedas ikan pari dan kaci Restoran Terapung Tanjung Langsat dihidangkan dalam claypot. Rasa dan harga ok ok sahaja mungkin sebab kurang panas. Kalau kuah dipanaskan mungkin lebih sedap rasanya. |
NOMI ASAM PEDAS CLAYPOT JALAN MANGGA 1
Saya pernah dua kali makan asam pedas di Restoran Nomi Asam Pedas Claypot yang terletak di Jalan Mangga 1, Taman Kota Masai. Tetapi restoran ini sudah di tutup dan tidak beroperasi lagi mungkin untuk cawangan ini. Bagi saya asam pedas di restoran ini agak sedap. Kuahnya pekat dan tekstur kuah yang halus kerana bahan-bahan perencah yang digunakan untuk membuat asam pedas ini dikisar begitu halus.
Lauk yang menjadi pilihan saya ketika mencuba asam pedas di sini adalah ikan merah. Harga asam pedas di sini termasuk nasi dan air yang disediakan secara pakej antara RM15 hingga RM17. Bergantung kepada bahagian potongan isi ikan yang kita mahu. Sedapnya asam pedas di sini terletak kepada kepekatan, kepanasan dan kepedasan kuahnya. Saya rasa dalam banyak-banyak asam pedas saya makan diwarung Nomi adalah yang paling pedas berbanding kedai makan lain.

Pekat, Panas dan Pedas memang puas hati menjamu selera asam pedas di Nomi Asam Pedas Claypot tapi sayangnya restoran itu sudah tidak beroperasi di Jalan Mangga 1 |
ASAM PEDAS MENYENGAT DI RESTORAN WAGON CAFE JALAN MANGGA 1
Pilihan lain jika saya mahu makan asam pedas di sekitar Kota Masai adalah di Restoran Wagon Cafe. Restoran ini nampak agak eksklusif kerana dekorasi dan sistem pengurusan restoran. Jika anda begitu lapar Saya rasa lebih baik anda ke restoran lain kerana penyediaan makanan di restoran ini agak lambat mungkin kerana ketelitian ketika memasak bagi menjamin kualiti masakan yang sedap. Bagi yang sabar menunggu ataupun sambil berbual-bual dengan pasangan ataupun rakan-rakan bolehlah mencuba asam pedas di restoran ini.
Rasa asam pedas di restoran ini agak sedap dan antara yang terbaik yang terdapat di sekitar Kota Masai dan Pasir Gudang. Harga bagi menu asam pedas ini bersama nasi lebih kurang RM17.00. Restoran ini dibuka pada jam 12 tengah hari hingga ke malam. Kedudukan restoran ini tidak jauh dari rumah saya iaitu di Jalan Mangga 1, Taman Kota Masai.
![]() |
Restoran Wagon Cafe Cawangan Kota Masai turut menyediakan menu asam pedas yang sedap. Gambar diambil pada waktu pagi yang mana Wagon Station masih belum dibuka. |
![]() |
Asam pedas ikan merah di Wagon Cafe dimasak dengan begitu teliti bagi menjamin kualiti rasanya |
ASAM PEDAS DI DEDAISY CAFE KAMPUNG PASIR PUTIH, PASIR GUDANG
Jika kita mahu rasa kelainan asam pedas dalam harganya murah berbanding tempat-tempat lain bolehlah berkunjung ke Dedaisy Cafe Pasir Gudang. Restoran ini terletak di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang. Ia beroperasi pada jam 11 pagi hingga ke malam.
Saya pernah sekali ke restoran ini bersama keluarga dan mengambil pakej RM50 untuk beberapa jenis lauk. Saya rasa pakej ini agak berbaloi berdasarkan menu yang disediakan iaitu seekor ikan siakap asam pedas, seekor ikan siakap goreng, satu hidangan sotong celup tepung dan udang celup tepung berserta nasi 4 pinggan.
Seperti yang saya katakan tadi Rasa asam pedasnya berbeza dengan asam pedas yang saya makan sebelum ini. Rasanya okey okey sahaja. Kelaziman asam pedas yang saya makan berwarna merah pekat tetapi asam pedas di restoran ini berwarna merah kekuning-kuningan. Mungkin salah satu rencah yang dimasukkan adalah kunyit.

Dedaisy Cafe Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang menawarkan menu asam pedas berserta lauk lain pada harga yang berpatutan |
![]() |
Pakej RM50.00 yang saya order tidak termasuk minuman. Menu Siakap asam pedas, siakap goreng, sotong celup tepung dan udang celup tepung di Dedaisy Cafe |
ASAM PEDAS KAMPUNG MELAYU MAJIDEE JOHOR BAHRU
Jangan sangka di Kampung Melayu Majidee Johor Bahru untuk makan-makan murtabak cheese dan ABC sahaja sebaliknya terdapat juga menu asam pedas yang menyelerakan. Saya dan family sudah dua kali singgah di sebuah food court di situ. Kebanyakan premis-premis makanan di Kampung Melayu Majidee menggunakan konsep food court yang mana terdapat beberapa port makan menjadi pilihan pelanggan untuk makan.
Terdapat sebuah food court yang tidak dinamakan yang terletak di Jalan Merdeka Kampung Melayu Majidee. Permis makanan ini yang binaannya masih berkayu papan dan beratapkan zink. Saya pun tak pasti mengapa ia tidak dinamakan jadi amat sukar untuk para pelanggan membuat testimoni serta mempromosikannya kepada rakan-rakan yang lain.
Ketika di situ saya memesan dua potong asam pedas ikan jenahak, sayur kailan ikan masin serta telur dadar kesemuanya berharga RM43. Dari segi rasa asam pedas ikan jenahak food court ini agak sedap dan memuaskan hati sesiapa yang makannya. Rasanya begitu cukup sekali dari segi masinnya, masamnya dan pedasnya. Tapi tak boleh selalu kes ini kerana kedudukannya yang agak jauh dari Pasir Gudang iaitu dalam lingkungan 30 hingga 40 kilometer.

Food court yang beratap zink di Jalan Merdeka Kampung Melayu Majidee tempat saya menikmati asam pedas ikan jenahak dan boleh tahan sedapnya |
![]() |
Asam pedas ikan jenahak Kampung Melayu Majidee rasa sempurna masinnya, masamnya, pedasnya dan pekatnya |
ASAM PEDAS TEPI JALAN KAMPUNG BAGAN LAUT, BATU PAHAT
Sewaktu saya dan keluarga melakukan ekspidisi travel pesisir pantai Johor hingga ke Perak pada cuti tahun baru Cina yang lalu saya sempat singgah di sebuah warung kecil di tepi jalan Kampung Bagan Laut Batu Pahat, Johor. Warung kecil ini tidak mempunyai nama tetapi yang saya ingat tuan punya seorang wanita dalam lingkungan awal 50-an pemilik dan tukang masak kedai tersebut.
Kampung Bagan Laut terletak pertengahan jalan antara Bandar Batu Pahat dan bandar Maharani, Muar. Apa yang boleh saya katakan ketika makan asam pedas di sini yang rasanya boleh tahan dan isi ikan siakapnya yang sangat segar. Ikan siakap nya pula adalah ikan siakap yang besar berdasarkan saiz potongan yang saya lihat dan ikan itu juga merupakan seekor ikan siakap laut bukan ikan siakap peliharaan yang biasa saya makan. Rasa isinya lebih manis berbanding ikan perliharaan mungkin atas faktor pemakanan.
Saya memesan dua potong ikan siakap asam pedas, sayur kubis goreng 3 pinggan nasi putih dan tiga gelas air teh o ais yang berharga RM28.00
Saya memesan dua potong ikan siakap asam pedas, sayur kubis goreng 3 pinggan nasi putih dan tiga gelas air teh o ais yang berharga RM28.00
![]() |
Warung kecil yang menyediakan asam pedas di Kampung Bagan Laut, Batu Pahat saya singgah sewaktu jelajah pesisir laut Johor hingga ke Perak pada Cuti Tahun Baru Cina yang lalu |
![]() |
Keistimewaan asam pedas Bagan Laut terletak pada kesegaran siakap lautnya. Tetapi tukang masak gagal dalam presentation makanan untuk menjadikan kelihatan menarik dan menyelerakan bila dilihat |
Sebagai kesimpulan boleh dikatakan saya dan isteri merupakan pemburu asampedas yang sedap di sekitar Johor dan tempat yang kami lawati. Sudah banyak saya rasa asam pedas di serata tempat dan pada saya asam pedas yang sedap banyak bergantung kepada kesegaran ikan yang disediakan. Seringkali saya kecewa bila memesan asam pedas ikan pari kerana ikan ini lah yang paling banyak tidak segar disediakan oleh tukang masak ataupun tuan punya kedai. Penyediaan ikan yang tidak segar menjejaskan rasa kuah asam pedas.
Bagi rasa asam pedas mengikut negeri pula Saya memilih asam pedas Johor sebagai asam pedas yang terbaik di Malaysia. Mungkin kerana terlalu kerap makan asam pedas Johor sebab itulah lidah dan tekak saya lebih merasakan asam pedas Johor style lebih enak.
Jika anda datang ke Johor Jangan lupa merasai sendiri kelazatan asam pedas selain dari makanan tradisional Johor yang lain seperti mee bandung, mi rebus dan juga Briyani gam.

Sekian....tamat cerita asam pedas
NOTA : PENULIS SENTIASA MEMURNIKAN AYAT DALAM ENTRI INI DARI SEMASA KE SEMASA SETELAH MENGESAN KESILAPAN EJAAN ATAU PUN AYAT. INI KERANA PENULIS MENGGUNAKAN VOICE TYPING KETIKA MENGHASILKANNYA. ADAKALA APPS TIDAK DAPAT MEMPROSES DENGAN BETUL APA YANG KITA TUTURKAN.
Comments
Post a Comment