HIKAYAT AWANG HITAM
Oleh : Amizam bin Mohamed Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera buat para pengunjung blog saya sekalian. PENGENALAN Hari ini saya akan menulis blog di luar konteks yang biasa saya lakukan. Pada kali ini saya akan olah semula cerita yang pernah saya dengar suatu kecil. Cerita ini diceritakan oleh kawan baik saya yang tinggal berhampiran dengan rumah sewaktu kecil dahulu. Nama kawan saya tersebut adalah Arshad. Saya sendiri pun sudah Begitu lama tidak berjumpa dengannya kerana sejak berumur 14 tahun lagi (1990) beliau telah berhijrah ke Klang dan bekerja di kilang Kayaba iaitu kilang membuat fork motosikal. Cerita ini bolehlah dikategorikan sebagai cerita rakyat yang disampaikan dari mulut ke mulut. Sebab itulah saya cuba mengolah kembali serya menokok tambah cerita yang saya dengar lebih 30 tahun yang lalu ini supaya ia tidak luput ditelan zaman. HIKAYAT AWANG HITAM Bab 1 : Akob dan Enab Alkisah tersebut kisah di zaman dahulu di s...