TRIP KE KARNIVAL BUKU KARNIVAL JUALAN GUDANG KARANGKRAF 2019 DI KARANGKRAF MALL SEKSYEN 15, SHAH ALAM.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Dalam entri terbaru ini saya akan menceritakan tentang trip ke Karangkraf, S15 Shah Alam.

25.7.2019 (Khamis, 5.00 Petang)

Beberapa hari yang lepas isteri ada mengajar saya untuk ke karnival buku karangkraf yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga Ogos 2019. Isteri saya merupakan 'hantu' novel. Memang setiap tahun akan spend ratusan ringgit untuk membeli novel.

Saya meninjau buku-buku seram tulisan Ramli Awang Mursyid. Menurut isteri, harganya tidak turun begitu banyak walaupun terbitannya sudah lama. 

Dalam karnival jualan buku ini, harga  novel serendah RM1.00 ditawarkan buat para pengunjung. Ini menarik perhatian isteri saya dan kakaknya untuk datang ke sini. Kalau diikutkan jarak antara Kota Masai dan Seksyen 15 SA lebih 350 km, rasa tidak berpadanan jika hanya datang semata-mata untuk membeli novel atau buku. Kos petrol dan tol sahaja pun boleh mencapai RM300.00. Itu belum dikira makan dan lain-lain lagi.


Mengisi Petrol RM50.00 dan menopap touch n go sebanyak RM50.00 juga di Caltex Hentian Jejantas Ayer Keroh, Melaka.7

Kami memulakan perjalanan dari Kota Masai pada jam 5.00 petang, 25 Julai 2019. Manakala kakak ipar bertolak dari Kota Bharu pada jam lebih kurang pukul 8.00 pagi. Perjalanan pada hari itu agak perlahan kerana kenderaan agak banyak di highway plus dari Simpang Kulai hingga ke Senawang. Dalam perjalanan itu, kami singgah di dua hentian iaitu Tangkak dan Ayer Keroh untuk mengisi minyak dan makan.


Singgah makan di Restoran Kampong Kitchen RNR Jejantas Ayer Keroh

Kemudian meneruskan perjalanan ke tempat penginapan di Wisma Transit Kuala Lumpur di Jalan Buku Lima, Kementah. Rumah transit ini dikhaskan untuk para pegawai angkatan tentera (biras saya seorang askar darat). Saya sampai di situ pada jam 10.30 malam. Bilik di rumah transit ini bagaikan sebuah apartment. Ia mengandungi dua bilik. Tetapi kebetulan hari itu aircond rosak. Mujur juga pada petang hujan turun agak lebat. Jadi ia dapat menurunkan suhu bilik dan saya tidur pun agak nyenyak kerana kesejukan.


Rumah Transit Kuala Lumpur (Warga ATM) dari luar. Tidak boleh ambil dari dalam kerana kawasan larangan bergambar.

Jalan Buku Lima


26.7.2019 (Jumaat, 7.00 pagi)

Saya bangun pada jam 5.00 pagi dan solat Isyak kerana semalam terlalu letih lalu tidur sebaik masuk bilik. Selepas semua siap jam 7.00 pagi, kami bersarapan di kafeteria secara percuma. Saya mengambil sarapan nasi goreng, telur rebus dan teh panas.


Sesak pada jam 8.30 pagi di Jalan Buku Lima, Kementah (kawasan tentera darat Malaysia) berhampiran Wisma Transit Kuala Lumpur

Lebih kurang pukul 8.30 pagi, kami bertolak. Kedudukan Jalan Buku Lima dan Seksyen 15 kira-kira 35 kilometer. Perjalanan waktu pagi agak perlahan kerana kebanyak jalan di Kuala Lumpur dan Shah Alam sesak dengan kenderaan orang pergi kerja. Jam 9.40 pagi, kami sampai di perkarangan Karangkraf Mall.

ISTERI KUAT MEMBORONG NOVEL

Pesta jualan buku bermula jam 10.00 pagi. Isteri bagaikan berpinar bijik mata setelah melihat novel-novel dilelong dengan harga murah. Mengikut kiraan saya, dia membeli novel hampir 100 naskhah dengan 35 buah daripadanya berharga RM1.00. Selain novel, dia membeli juga 2 jilid al-Quran besar RM70.00 setiap satu.


Tiba di Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam pada jam 9.40 pagi


Ruang bergambar di Karangkraf Mall sebelum Karnival jualan buku bermula


Memang benar berpuluh-puluh judul novel terbitan Karangkraf dijual pada harga RM1.00


Pelbagai jenis novel dijual dengan harga menjunam seperti RM1.00, RM3.00, RM5.00 (5 buah RM20.00),ada yang diskaun dari 30% hingga 80%.


Aimy juga sibuk memilih buku-buku


Buku berwarna hitam adalah karya Seram Ramlee Awang Mursyid yang masih utuh harga. Hanya diskaun 30% sahaja. Isteri membeli lebih kurang 10 buah karya beliau


Selain novel, majalah dan buku kerja sekolah turut dijual pada harga borong

Saya hanya membeli buku kerja sekolah BM Tahun 4 dan 5 sebagai rujukan pdpc (pengajaran dalam kelas) untuk kegunaan saya dan Cikgu Khairul Hafifi


Isteri memborong 5 bakul novel

Isteri dah siap membayar l 6 plastik novel kurang RM500.00 

Hud menari-nari mendengar lagu Didi and Friends ketika berada di pentas interaktif

Keluarga saya bersama keluarga ipar duai dan ibu mertua bergambar di ruangan buku kanak-kanak

Pada jam 11.30 pagi, kami bergerak ke beberapa tempat seperti Persiaran Tasik Seksyen 14, Kompleks PKNS dan KLCC. Bahagian ini akan saya sambung esok sebab saya dah letih dan mengantuk. Lagi pun saya perlu bangkit awal untuk bertolak semula ke Pasir Gudang pada 4.00 pagi... Sabtu 27 Julai jam 8.00 pagi, saya ada kursus kat sekolah. Saya harap sempat sampai...

Oklah...selamat malam...selamat beristirahat

Sekian.....

Ada sambungannya.....






Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN BEST DI TERENGGANU : NASI LEMAK BAWAH RUMAH (NASI LEMOK WOMOH)

KEM KAIZEN, GUNUNG PULAI, PONTIAN JOHOR

CARA PENJAGAAN IRON PHILIPS STEAM AGAR LEBIH TAHAN LAMA