TEMPAT MENARIK DI KUANTAN : PANTAI BATU HITAM, BASERAH

KUANTAN, SEPTEMBER 2020 - J ika anda datang melancong ke Bandaraya Kuantan, salah satu tempat yang boleh anda abadikan kenangan adalah berfoto di Pantai Batu Hitam, Baserah. Pantai ini agak lain daripada pantai-pantai yang selalu kita kunjungi kerana terdapatnya tiga hamparan batu-batu kecil berwarna hitam. Terdapat tiga hamparan batu berwarna hitam di Pantai Batu Hitam, Baserah, Kuantan, Pahang Hamparan ini kelihatan dari jauh seperti hamparan sebidang tikar atau karpet di atas pasir pantai. Di celah-celah batuan terdapat hidupan pesisir pantai seperti pelbagai spisis ikan kecil, ketam batu dan umang-umang atau siput. Batu-batu hitam yang mengunjur hingga ke laut menjadi habitat hidupan pesisir pantai yang bersaiz kecil Pantulan cahaya warna hitam batu-batu itu membias hingga mengelapkan wajah saya anak-anak bermain di atas batuan Kebetulan hari ini (25 September 2020) saya datang, keadaan air laut tidak begitu cantik kerana ia agak keruh. Pengalaman saya yang agak lama tinggal ...