TEMPAT MENARIK DI TEMERLOH, PAHANG : MANDI-MANDA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat para pengunjung blog saya sekalian.

Kali ini saya ingin membawakan cerita tentang pengalaman berkelah di Kubang Gajah Waterpark, Temerloh. Ia merupakan sambungan cerita pengalaman menjamu selera di Selera Patin Bangau.


Pertama kali kami datang ke Kubang Gajah Water Park pada 25 Januari 2020


Setelah selesai makan di Restoran Selera Patin Bangau, kami bergerak menuju ke Pusat Bandar Temerloh untuk cari hotel untuk diinap. Survey melalui Agoda dan OYO menunjukkan semua bilik telah pun penuh. Mana taknya, hari itu kan (25.1.2020) merupakan cuti umum Tahun Baru Cina. Saya cuba pula pergi secara walk-in kalau-kalau masih terdapat bilik yang kosong. Namun 5-6 hotel yang kami pergi semuanya penuh. Jadi dari situ dah boleh buat konklusi yang semua bilik hotel di Temerloh telah full house. Perancangan saya seterusnya ialah berpatah balik ke Kuantan kerana sudah tentu masih banyak bilik kosong.


Menjamu selera di Selera Patin Bangau terlebih dahulu iaitu kira-kira 5 km dari Kubang Gajah Water Park

Tapi sebelum balik, kami mahu singgah untuk mandi-manda dahulu di Kubang Gajah Waterpark yang terletak di pinggir Bandar Temerloh. Memang dalam perancangan saya sejak dari semalam semasa di Kuantan untuk membawa anak-anak berkelah di Kubang Gajah Waterpark setelah melihat bayaran masuk ke Gambang Waterpark agak tinggi. Rasa kerugian pula nak bayar lebih-lebih. Fee di Kubang Gajah Waterpark 3 kali ganda lebih murah. Sekurang-kurangnya saya dapat berjimat sebanyak RM150.00. Nanti duit tersebut boleh saya gunakan untuk membeli bateri kereta Nissan yang kong sewaktu mahu bertolak semalam (24 Januari 2020).


Pintu masuk Kubang Gajah Water Park, Temerloh, Pahang


Jam pada waktu itu menunjukkan sudah pukul 2.45 petang. Agak ramai juga orang datang berkunjung pada hari itu di Kubang Gajah Waterpark walaupun hari sudah memasuki petang. Saya memakir kereta agak jauh dari pintu masuk. Dengan perut yang kekenyangan setelah makan nasi lauk patin tempoyak, saya 6 beranak berjalan malas di bawah matahari terik menuju ke pintu masuk. Saya membeli tiket bayaran masuk di Kaunter. Fee masuk yang dicaj adalah RM12.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak-kanak. Jadi saya membayar RM64.00 untuk 6 orang ahli keluarga iaitu 2 dewasa dan 4 kanak-kanak.

Beratur menunggu giliran membeli tiket masuk


Dipakaikan gelang pas masuk


Ya memanglah tiketnya murah dari Gambang waterpark kerana perbezaan dari segi kemudahan yang disediakan. Tapi itu sudah memadai untuk anak-anak saya yang hanya mahu mandi-manda sahaja. Kalau ada permainan lain contohnya seperti papan gelungsur tinggi memang taknya mereka main kerana takut. 

Sewaktu masuk, kami dipakaikan gelang pass masuk. Sebelum mandi kami solat dahulu dalam surau yang disediakan dalam taman tema air itu.


Gelang pas dewasa yang berwarna biru

Sebaik sahaja masuk, anak kecil saya iaitu Hud teruja dengan playground di pintu masuk taman. Jadi kenalah layan dia dulu main permainan dalam tu.


Hud mahu bermain di sangkar bola terlebih dahulu


Playground yang di hadapan pintu keluar Kubang Gajah Water Park


Permainan lain di kawasan playground


Walaupun sewaktu kami masuk ke water park cuaca di luar panas terik kerana baru jam 3.00 petang, tetapi bila berada dalam tema itu, suasananya tidak begitu panas kerana hampir keseluruhan kawasan itu 'dipayungi' dengan lembaran kain seperti jaring halus berwarna hijau kebiruan.

Hud seronok mandi-manda bersama abangnya Wafie


Di kolam dewasa tetapi airnya tidaklah terlalu dalam


Aimy bermain buaian di Kolam C


Kolam mini boat


Warna kebiruan di langit Kubang Gajah Water Park hasil biasan matahari yang menembusi kain kanopi biru kehijauan


Antara kemudahan yang disediakan di taman tema ini

Jadi tidak menjadi masalah untuk kami anak beranak menghabiskan masa untuk mandi manda dan berkelah pada hari itu. Lebih kurang pukul 5.30 petang, kami bersiap untuk keluar dari Kubang Gajah Water Park. Tambahan pula sebelum masuk ke dalam taman itu, adik ipar menghubungi saya melalui telefon supaya datang ke rumahnya kerana ada kenduri majlis kesyukuran.  Selepas itu kena patah balik semula ke Kuantan memandangkan hotel sekitar Temerloh semuanya telah penuh.


Bergambar solo sebelum meninggalkan Kubang Gajah Water Park


BERKUNJUNG SEMULA PADA OGOS 2020

Lebih kurang 7 bulan kemudian, kami melakukan 'repeat' semula ke Temerloh untuk makan patin masak tempoyak di Selera Patin Bangau. Rasa tak puas makan-makan di situ bulan Januari lalu. Bertolak dari rumah di Taman Kota Masai jam 7.30 pagi, kami bertolak menuju ke Kuantan melalui jalan Kota Tinggi - Mersing - Rompin - Pekan seterusnya memasuki Jalan Gambang. Kemudian masuk ke highway LPT 1 menuju ke Temerloh. 

Rombongan kami sewaktu kali kedua datang ke Kubang Gajah Water Park pada bulan Ogos 2020


Kami tiba di Temerloh jam 2.30 petang dan terus ke Selera Patin Bangau untuk makan tengah hari. Kali ini rombongan kami agak ramai kerana turut disertai oleh kakak dan adik ipar. Tetapi mereka melalui jalan Gua Musang - Lipis kerana mereka tinggal di Kelantan. Kami hanya bertemu di bandar Temerloh. Selesai sahaja makan, pada jam 3.15 petang kami bergegas ke Kubang Gajah Water Park.

Isteri di hadapan taman tema ini


Gambar kenangan


Kedatangan kali kedua ke sini lebih menyeronokkan anak-anak kerana boleh mandi-manda dengan sepupu-sepapat mereka. Bayaran masuk tetap sama seperti dahulu iaitu RM12.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun dan ada bayaran tambahan lain jika mahu menggunakan perkhidmatan lain seperti sewa wakaf dan pelampung. Saya sendiri tak pasti berapakah kadar sewa wakaf dan pelampung itu. 


Hud dengan berani bermain gelongsor air


Hud dan Mimi


Hud dalam pondok-pondok


Isteri dan anak saudara Maryam


Gaya ala Titanic di bawah cucuran air

Terdapat tiga kawasan mandi yang terdapat di Kubang Gajah Water Park ini. Pertama, kawasan orang dewasa yang kedalaman airnya lebih kurang 5 kaki. Kedua, kawasan kanak-kanak di bahagian atas. Di kawasan ini terdapat beberapa gelongsor dan permainan playground. Bahagian tiga pula adalah bagi mereka yang mahu mengguna pelampung dan mini boat.

Pada hari itu lama lah juga kami tunggu anak-anak dan sepupu-sepupu mereka puas mandi. Kalau tak silap dalam pukul 6.30 petang baru mereka naik ke atas dan salin pakaian. Lebih kurang tiga jam kami berada dalam tu. Perut pun dah lapar balik. Pakaian yang basah kami asingkan dan letakkan dalam satu bag. Malam nanti selepas check-in hotel, ingat nak basuh di dobi layan diri. Kalau dibiarkan basah dalam kereta nanti bau hapak.

Hotel 75 OYO di dalam bandar Temerloh tempat kami inap


Kali ini kedatangan kami ke Temerloh lebih bersedia. Saya telah booking 2 bilik hotel lebih awal melalui aps OYO. Jadi taklah bersusah payah nak patah balik ke Kuantan bila bilik dah penuh. Harga bilik pun tidaklah mahal, cuma berharga RM99.00 untuk bilik yang mempunyai dua katil bersaiz queen. Bilik pun besar dan luas serta selesa.

SEKIAN......... TERIMA KASIH KERANA MEMBACA





Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN BEST DI TERENGGANU : NASI LEMAK BAWAH RUMAH (NASI LEMOK WOMOH)

CARA PENJAGAAN IRON PHILIPS STEAM AGAR LEBIH TAHAN LAMA

KEM KAIZEN, GUNUNG PULAI, PONTIAN JOHOR