TEMPAT MENARIK DI KUANTAN : PANTAI BATU HITAM, BASERAH

KUANTAN, SEPTEMBER 2020 - Jika anda datang melancong ke Bandaraya Kuantan, salah satu tempat yang boleh anda abadikan kenangan adalah berfoto di Pantai Batu Hitam, Baserah. Pantai ini agak lain daripada pantai-pantai yang selalu kita kunjungi kerana terdapatnya tiga hamparan batu-batu kecil berwarna hitam.



Terdapat tiga hamparan batu berwarna hitam di Pantai Batu Hitam, Baserah, Kuantan, Pahang


Hamparan ini kelihatan dari jauh seperti hamparan sebidang tikar atau karpet di atas pasir pantai. Di celah-celah batuan terdapat hidupan pesisir pantai seperti pelbagai spisis ikan kecil, ketam batu dan umang-umang atau siput.

Batu-batu hitam yang mengunjur hingga ke laut menjadi habitat hidupan pesisir pantai yang bersaiz kecil


Pantulan cahaya warna hitam batu-batu itu membias hingga mengelapkan wajah saya



anak-anak bermain di atas batuan

Kebetulan hari ini (25 September 2020) saya datang, keadaan air laut tidak begitu cantik kerana ia agak keruh. Pengalaman saya yang agak lama tinggal di rumah tepi pantai, keadaan itu merupakan tanda-tanda awal bermulanya musim tengkujuh di pantai timur. Namun ombak pantai masih lagi kecil dan masih boleh kalau nak mandi pantai. 


Air laut di Pantai Batu Hitam hari itu agak keruh. Kalau ikut pengalaman saya yang pernah berumah di tepi pantai, itu merupakan tanda-tanda awal musim tengkujuh nak datang. Namun ombaknya masih kecil dan nampak selamat kalau ingin mandi-manda


Terkenang pula zaman kanak-kanak yang selalu bermain di pantai tak mengira musim bah atau tidak


Selalunya pantai nampak cantik kebiruan dan air laut tenang dengan ombak kecil adalah sekitar bulan Mac hingga Ogos. Jadi kedatangan saya bersama keluarga ke pantai ini hanyalah cuma mahu meninjau-ninjau kawasan Pantai Batu Hitam setelah membaca mengenainya melalui karangan blogger yang pernah berkunjung ke sini.

Pada pemerhatian saya, Pantai Batu Hitam merupakan tempat yang menjadi pilihan penduduk Kuantan dan kawasan sekitar untuk berkelah. Sewaktu kami datang, terdapat beberapa buah keluarga berkelah dengan membawa makanan yang dimasak sendiri. Kedudukannya yang berada betul-betul di tepi jalan besar memudahkan akses pengunjung ke pantai itu. Kenderaan juga boleh masuk dan park di tempat yang masih kosong.

 

Pantai Batu Hitam yang landai dan memanjang

 
Keunikan Pantai Batu Hitam kerana adanya tiga hamparan besar batu-batu yang berwarna kehitaman


Kelihatan dari jauh hamparan batu hitam


Bahagian darat Pantai Batu Hitam


Jika kita tidak membawa bekalan makanan, kita masih boleh makan di warung-warung dan kedai-kedai makan yang beroperasi di situ (saya terlupa nak ambil gambar). Oleh kerana perut masih kenyang kerana masih batu makan di Kampung Selamat, saya langsung tiada rasa keinginan untuk mencuba makanan yang dijual di Pantai Batu Hitam ini. 


Air laut yang terperangkap di daratan membentuk mini lagun. Bangunan yang beratap merah merupakan lot-lot kedai makan di pantai ini



Datang ke Kuantan dengan kereta kecil ini


Oklah setakat ini sahaja omongan saya pada kali ini. Tak banyak idea untuk saya sampaikan. Lagipun saya sedang bergelut menahan kesakitan gigi sejak semalam....sekian...

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN BEST DI TERENGGANU : NASI LEMAK BAWAH RUMAH (NASI LEMOK WOMOH)

CARA PENJAGAAN IRON PHILIPS STEAM AGAR LEBIH TAHAN LAMA

KEM KAIZEN, GUNUNG PULAI, PONTIAN JOHOR