BANDAR KUALA KRAI
Pada setiap tahun saya pasti berkunjung ke Bandar Kuala Krai, Kelantan memandangkan ihu mertua saya menetap di Chuchuh Puteri yang kedudukannya tidak jauh dari bandar kecil tersebut. Kedudukan Bandar Kuala Krai kira-kira 70km dari Kota Bharu dan sumber ekonomi Kuala Krai datangnya dari hasil industri sawit dan getah selain pusat pengeluaran utama bagi buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, dokong, manggis dan juga petai. Jika tuan-tuan memasuki bandar ini pun tuan-tuan pasti melihat replika buah manggis dan buah durian yang menjadi simbolik kegiatan ekonomi penduduk kawasan ini. Bandar Kuala Krai juga mendapat manfaat sebagai tempat persinggahan rakyat Kelantan dan pelancong luar yang ingin ke Kuala Lumpur atau pun ke Kota Bharu. Maka tidak hairanlah jika tuan-tuan dapati kemudahan yang terdapat di bandar ini hampir menyamai kemudahan yang terdapat di bandar besar lain.
|
Pemandangan Bandar Kuala Krai di jalan utama Kuala Krai - Gua Musang
|
|
Kawasan Belakang Bandar Kuala Krai yang terletak berhampiran Stesen Keretapi Kuala Krai
|
|
Stesen Bas Kuala Krai |
Comments
Post a Comment