Posts

GE14 - Dari kaca mata rakyat kecil

Image
Assalamualaikum semua, PRU14 baru sahaja selesai dan kira-kira 9.30 malam tadi (10 Mei 2018) Tun Dr. Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7. Saya agak terkejut dengan kekalahan teruk BN di semua negeri kecuali di Perlis, Sabah, Pahang dan Sarawak tetapi menerima keputusan yang telah dibuat rakyat ini. Bagi saya mungkin inilah masanya bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa bukan hanya BN yang mampu dan pandai memerintah. Selepas ini Pakatan Harapan bukan lagi dalam posisi pengkritik dasar kerajaan tetapi sebaliknya sebagai pihak yang menjawab kritikan seperti mana yang mereka lakukan terhadap pemerintahan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Saya singgah di Masjid Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Rusila Marang dalam perjalanan pulang dari Pasir Gudang ke  Kota Bharu. Penulisan saya pada kali ini, ingin mengutarakan pandangan saya faktor mengapa Kerajaan Barisan Nasional tumbang pada PRU14. 1. Pelaksanaan GST Ini adalah faktor ut...

GARIS MASA

Image
Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kerana sudi berkongsi gambar-gambar lama bagi membolehkan saya mengenang kembali kenangan indah lalu. Sayangnya saya tidak mempunyai gambar sekitar tahun 1975 hingga 1983. TAHUN 1984 Saya (bertanda) bersama rakan sekelas Tahun 3A2 SK Paya Bunga, Kuala Terengganu TAHUN 1986 Saya (bertanda) bersama rakan sekelas Tahun 5A2 SK Paya Bunga, Kuala Terengganu TAHUN 1986   Bergambar di tepi Pantai Pandak Chendering, Kuala Terengganu ketika mengikuti rombongan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Saya masih ingat emak memberi saya $1.00 (dulu nilai bukan RM tapi $) sebagai bekalan untuk lawatan ini. Saya membeli nasi kuning berharga 30 sen untuk dimakan masa lawatan itu. Pada masa ini, saya tinggal di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu. TAHUN 1987   Saya (bertanda) ketika dalam tahun enam (Kelas 6A2). Al-fatihah buat Almarhumah Cikgu Napisah, semoga rohnya dicucuri rahmat. TAHUN...