SARAPAN DI ROTI CANAI KAYU ARANG

JALAN-JALAN CARI SARAPAN BAKAR BATU MELAKA, 16 FEBRUARI 2018 - Seawal jam 7.30 pagi, kami mendaftar keluar Hotel Asiatic untuk ke lokasi percutian seterusnya. Adik-adik receiptionist telah memberikan kami 5 bungkus nasi lemak ikan bilis sebagai sarapan pagi untuk kami. Apabila membuat permohonan untuk mendaftar keluar hotel, seorang kakitangan lelaki hotel telah pergi memeriksa bilik yang kami inap. Apabila berpuashati dengan keadaan bilik, adik receiptionist hotel memulangkan semula wang deposit RM100.00 yang dikenakan semalam. SARAPAN ROTI CANAI DAPUR ARANG Selepas semua urusan keluar hotel selesai, kami bergerak ke Warung Roti Canai Kayu Arang yang terletak di Kampung Bakar Batu, Bachang yang jauhnya kira-kira 6 km dari hotel kami menginap semalam. Oleh kerana tidak biasa dengan selok-belok jalan-jalan di Melaka, saya menggunakan panduan pemetaan google untuk memberi saya petunjuk ke lokasi tersebut. Ternyata google maps ini membawa saya melalui jalan-jalan taman ...