PERTAMA KALI BERMALAM DI MELAKA

BERMALAM DI KOTA LAKSAMANA

KOTA LAKSAMANA, MELAKA, 15 FEBRUARI 2018 - Dalam perjalanan ke Bandar Melaka, saya dan isteri memandang ke kiri dan kanan jalan kalau ada ternampak bangunan hotel yang boleh kami inap. Setibanya di Kota Laksamana, kami ternampak hotel di sebelah kiri jalan. Kelihatan terdapat dua buah hotel yang berdekatan antara satu sama lain. Mula-mula saya bertanya bilik di Hotel 707. Receiptionist memberitahu masih terdapat 1 bilik kosong yang mempunyai tiga katil bujang. Harga yang ditawarkan untuk bilik ini ialah RM179.00 bagi satu malam. Saya bertanyakan isteri adakah mahu menginap di situ. Isteri meminta saya mencari hotel yang lebih murah.

Kemudian saya bertanyakan hotel di sebelah bangunan sana. Receiptionist hotel itu menyatanya masih terdapat 1 bilik deluxe yang kosong. Bilik ini mengandungi 1 katil bersaiz king dan satu bersaiz bujang. Harga yang ditawarkan kepada saya sebanyak RM158.00, RM21.00 lebih murah dari hotel sebelah. Saya bertanyakan isteri adakah dia mahu menginap di sini. Isteri masih meminta saya mencari hotel lain yang mungkin lagi murah. Walaubagaimana pun saya sudah letih dan tidak terdaya meneruskan pemanduan. Saya membuat keputusan untuk menginap sahaja di situ. Ssya membayar RM158.00 untuk bilik tersebut tetapi receiptionist meminta RM100.00 lagi sebagai deposit. Jadi saya perlu membayar sebanyak RM258.00 kepada pihak hotel.

Saya berehat seketika bagi melepas lelah yang terkumpul sejak pagi. Perut pun sudah lapar dan mula berkeroncong. Bingkas saya meminta isteri dan anak-anak mandi dan bersiap untuk keluar makan. Saya turut mandi serta mengerjakan solat. Selepas itu, kami turun dari hotel dan pada masa itu kelihatan ramai pelanggan dari kaum cina mula mendaftar masuk ke hotel itu. Barangkali mereka mungkin dari Singapura yang mengambil peluang sempena cuti tahun baru untuk melancong ke Melaka. Saya berkeinginan untuk merasai masakan makanan laut mengikut citarasa Melaka. Jadi saya bergerak semula ke Pantai Klebang untuk mencari kedai yang menyediakan makanan laut.

MAKAN MALAM DI KOTA LAKSAMANA 

Sesampainya saya di sana, saya dapati banyak kedai makan dan warung sekitar Pantai Klebang mula menutup perniagaan mereka. Barangkali operasi niaga di kawasan ini hanya sehingga 7.00 -7.30 malam. Jadi dengan perasaan hampa saya kembali semula ke jalan menuju Hotel Asiatic. Di sebelah kanan jalan yang di jauh dari hotel, terdapat sebuah restoran yang menyediakan makanan laut. Saya segera pergi mendapatkan restoran itu. Kami memesan makanan berdasarkan pakej yang disediakan dalam menu agar tidak melebihi bajet. Jadi kami memilih pakej RM49.00 iaitu seekor siakap tiga rasa, tonyam, kailan ikan masin, telur dadar berserta 2 pinggan nasi putih dan dua gelas air orange sunqick sejuk. Kami juga memesan menu tambahan Chicken Chop berharga RM10.00. Setelah makanan sampai, kami menjamu selera hingga perut kenyang. Kemudian kami pulang ke hotel untuk beristirahat.

Bersambung.....

Kos yang dibelanjakan : 

Bilik Deluxe RM158.00 + Deposit bilik RM100.00 + Makan malam RM59.00 = RM317.00

Hotel Asiatic, Jalan Kota Laksamana tempat penulis dan famili menginap.

Keadaan katil dan bilik deluxe Asiatic Hotel . Penulis memberikan penarafan lima bintang untuk bilik ini sesuai dengan harganya.

Pemandangan sebelah kiri bilik hotel yang disewa

Alatan kebersihan diri yang disediakan pengurusan Hotel Asiatic untuk para penyewa bilik

Suasana malam yang terakam di perkarangan hotel dari bilik penginapan
.
Famili bergambar di luar bilik hotel

Kenangan di hadapan bangunan Hotel Asiatic

Makanan dipesan anak lelaki penulis

Makanan pakej RM49.00 yang dipesan penulis untuk makan malam. Rasa makanan agak ok tapi bukan paling sedap.

Bergambar kenangan di Lobi Hotel Asiatic, Kota Laksamana ketika mendaftar keluar.

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN BEST DI TERENGGANU : NASI LEMAK BAWAH RUMAH (NASI LEMOK WOMOH)

KEM KAIZEN, GUNUNG PULAI, PONTIAN JOHOR

CARA PENJAGAAN IRON PHILIPS STEAM AGAR LEBIH TAHAN LAMA