BACHOK, 17 MAC 2019 - Assalamualaikum salam sejahtera buat para pengunjung sekelian. Sempena cuti bencana pencemaran Pasir Gudang saya mengambil kesempatan untuk pulang ke Kota Bharu walaupun tidak pasti berapa lama cuti yang diberikan.
|
Pantai Irama Bachok pada waktu pagi |
Untuk entri kali ini saya akan ceritakan tentang Pantai Irama Bachok. Pantai ini sebenarnya agak sinonim dengan saya Kerana saya pernah menetap di kampung Beris Kubur Besar yang terletak kira-kira 4 km dari pantai ini. Saya menetap di situ pada tahun 2006 hingga 2007 sewaktu bekerja di Naza bikes Kota Bharu. Waktu itu saya menyewa rumah milik Ayah Wan di Pengkalan Baru iaitu salah sebuah lokaliti di Beris Kubur Besar.
|
Saya pernah menetap di Beris Kubur Besar pada tahun 2006 - 2007 sewaktu bekerja dengan Naza Bikes Cawangan Kota Bharu. Ketika itu saya masih bujang |
Pantai Irama Bachok terletak betul-betul dalam Bandar Kecil Bachok. Kedudukannya kira-kira 20 km dari Bandar Kota Bharu. Jika anda datang ke Kota Bharu kemudian ingin rasa mandi manda di pantai Saya rasa Pantai Irama merupakan tempat yang paling sesuai. Tetapi anda harus berhati-hati kerana tempat ini juga sering berlakunya kejadian lemas terutamanya pada bulan November hingga Mac. Namun begitu pantai ini mempunyai pengawal pantai yang terdiri daripada anggota Jabatan Pertahanan Awam. Anggota-anggota ini sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. Mereka juga menjadi penasihat kepada pengunjung-pengunjung yang mandi laut. Biasanya anggota JPAM ini memerhati para pengunjung di atas menara kawalan terletak di tengah-tengah persisiran pantai
Terdapat pelbagai kemudahan tersedia di pantai ini antaranya warung warung dan gerai makanan gerai gerai makanan. Terdapat juga gerai yang menjual pakaian ataupun layang-layang. Pagi pengunjung yang mandi manda boleh membilas badan di tandas yang disediakan. Saya mendapati majlis daerah Bachok menyediakan tiga buah tandas di beberapa buah lokasi pantai ini.
|
Pintu masuk Pantai Irama Bachok |
|
Warung-warung yang terdapat di Pantai Irama
|
|
Terdapat tiga tempat warung-warung makanan beroperasi di Pantai Irama
|
Gerai-gerai menjual makanan di bawah pokok-pokok Rhu masih belum dibuka. Mungkin dibuka pada waktu petang hingga ke malam kerana berhampiran dengannya sedang diadakan funfair
|
Terdapat beberapa tandas awam berbayar disediakan oleh MD Bachok di Pantai Irama |
Sebagaimana yang saya ceritakan tadi terdapat warung-warung dan gerai gerai menjual makanan pelbagai pilihan makanan boleh anda nikmati. Antaranya seperti makanan laut yang digoreng celup tepung. Begitu juga dengan masakan panas yang dijual oleh beberapa warung. Di pantai ini juga terdapat sebuah KFC yang beroperasi. Jika anda mahu menikmati sate anda boleh datang juga ke sini tetapi tetapi warung warung yang menjual sate beroperasi pada jam 5 petang hingga tengah malam.
|
Port Sate di Pantai Irama yang mana kebanyakan warung menyediakan juadah kegemaran rakyat Malaysia itu. Tetapi saya syorkan hanya membeli sate ayam kerana sate daging ketulannya agak besar dan liat bila dimakan |
|
KFC di Pantai Irama seringkali menjadi pilihan penggemar jenama itu datang membeli dan makan di sini
|
Bagi pengunjung yang beragama Islam Anda tidak perlu risau untuk menunaikan solat kerana di seberang jalan berhampiran dengan warung-warung menjual sate terdapat Masjid Jamek Bachok. Namun begitu masih terdapat sebuah surau dalam kawasan Pantai Irama.
Comments
Post a Comment