DERU ANGIN DI PANTAI PANDAK
Oleh : Amizam bin Mohamed
PANTAI PANDAK BAGAIKAN KAMPUNG SENDIRI
PANTAI PANDAK BAGAIKAN KAMPUNG SENDIRI
Assalamualaikum...selamat malam semua. Malam ini masa saya habiskan dengan menskrol semula gambar-gambar yang ada dalam google photo sejak dari tahun 2013. Sayangnya tidak semua gambar-gambar yang pernah saya rakam tersimpan dalam drive percuma ini kerana adakalanya gambar-gambar yang pernah diambil tidak disimpan secara automatik atau mungkin tersimpan dalam google yang lain ID.
Pemandangan Pantai Pandak sekitar tahun 2009 |
Batuan di Pantai Pandak menjadi tempat pilihan bagi para pengunjung untuk berkelah di pantai ini. Kini kawasan ini telah di pagar bagi memberi laluan kepada projek pembangunan |
Pantai Pandak berada dalam Chendering Pantai iaitu sebuah mukim dalam Daerah Kuala Terengganu. Kedudukannya dari Bandar Kuala Terengganu kira-kira 10 kilometer. Jika mahu ke sini mestilah mengambil jalan sebelah kiri di Simpang Empat Chendering iaitu jalan masuk ke LKIM Chendering. Sebelum tiba di Kompleks LKIM terdapat sebuah jalan kecil di sebelah kiri menuju ke Pantai Pandak.
PERISTIWA RUMAH HANYUT DI KAMPUNG TANJUNG TELUK
Seperti mana yang diceritakan sebelumnya yang saya menetap di sini pada bulan Disember 1986. Sebenarnya keluarga saya sebelum itu menetap di Kampung Tanjung Teluk yang terletak di Bandar Kuala Terengganu (sekarang kampung itu terletak di laluan drawbridge bahagian Kuala Terengganu). Pada bulan Oktober 1986 sebaik sahaja tamat sesi persekolahan, Terengganu dilanda banjir besar. Air dari hulu sungai Terengganu naik secara mendadak serta berarus deras. Air sungai yang deras itu telah menyebabkan banyak rumah di Kampung Tanjung Teluk telah roboh dan hanyut ke Laut China Selatan. Ia berlaku pada waktu pagi sekitar jam 9.00 hingga 10.00 pagi. Saya dan penduduk kampung menyaksikan dengan mata sendiri bagaimana kuasa alam memusnahkan petempatan kami menyebabkan beratus keluarga kehilangan tempat tinggal.
Kejadian itu sememangnya sudah dijangka memandangkan pada waktu itu loji hidroletrik kenyir baru sahaja beroperasi serta pada waktu itu adalah musim tengkujuh. Keluarga saya serta penduduk kampung menetap sementara di bangunan terbengkalai Kompleks Medan Selera Tanjung (sekarang menjadi Pasaraya Hock Kee Seng Tanjung). Semalaman kami bermalam di situ sebelum pihak berkuasa negeri datang menyelamatkan dengan memindahkan kami ke pusat bantuan sementara di Sekolah Agama Khairiyah, Gong Kapas. Hampir sebulan juga kami dan mangsa yang lain tinggal di situ.
DIPINDAHKAN KE RUMAH PANJANG SEMENTARA DI PANDAI PANDAK
Kerajaan Negeri Terengganu pada waktu itu telah mendirikan lebih kurang 12 blok rumah panjang (Blok A hingga L) yang mana setiap blok mempunyai 10 buah rumah berukuran 20 x 20 kaki. Rumah itu mempunyai sebuah bilik tidur dan sebuah bilik mandi. Ia dibuat menggunakan papan dan beratapkan zink. Rumah ini didirikan di atas tanah milik Tuanku Sultan Terengganu di Pantai Pandak. Keluarga saya memperoleh rumah di rumah ketiga dalam Blok A setelah undian dilakukan. Ini bermakna rumah panjang dihuni oleh hampir 120 keluarga yang menjadi mangsa rumah hanyut tersebut.
Kawasan budak-budak bermain bola sepak itu merupakan tapak kawasan rumah panjang tempat saya tinggal satu masa dahulu |
Tapak rumah panjang tempat saya tinggal dan bermain sewaktu kecil |
PERMULAAN HIDUP BARU
Boleh dikatakan secara rasminya saya dan keluarga tinggal di Pantai Pandak pada tahun 1987. Bermulanya kehidupan baru di sebuah kampung agak asing bagi saya dan keluarga. Memang sejak kecil lagi keluarga saya hidup berpindah-randah bermula dengan Tinggal di Kampung Buluh, Setiu. Kemudian Kuantan selama beberapa tahun dan kemudian pulang semula ke Kampung Fikri. Setahun selepas itu pindah pula ke Kampung Tanjung Teluk. Pada tahun 1986 tinggal pula di kampung Pantai Pandak
Memang seronok mandi manda di Pantai Pandak tetapi harus berhati-hati kerana lautnya telah 'menelan' ramai orang. (Gambar tahun 2010) |
Pantai Pandak merupakan sebuah perkampungan nelayan kerana rata-rata penduduknya bekerja sebagai nelayan dan juga menjalankan aktiviti berasaskan sumber laut daripada hasil nelayan seperti membuat keropok dan juga belacan. Namun begitu terdapat juga aktiviti ekonomi lain seperti menganyam tikar mengkuang dan juga mencanting batik.
Apabila rumah panjang wujud menjadikan demografi Pantai Pandak menjadi 3 kampung atau kumpulan dengan penduduk asal mengelarkan kami sebagai orang rumah panjang.
MEMBESAR DI PANTAI PANDAK
Pantai Pandak mempunyai bentuk muka bumi yang menarik dan sesuai bagi kanak-kanak lelaki yang suka akan aktiviti lasak. Di kampung ini terdapat pantai berpasir putih yang landai dan panjang. Di situ juga terdapat 2 Bukit yang bercantum yang tidak berapa tinggi. Bahagian dalam kampung pula terdapat baroh (paya) yang agak luas dan mempunyai banyak ikan di dalamnya.
Zaman kanak-kanak saya banyak saya habiskan bermain di kawasan-kawasan. yang saya sebutkan tadi. Saya masih ingat beberapa kali saya dan rakan-rakan memanjat Bukit untuk ke puncak serta pelabuhan perikanan yang terletak di belakang bukit tersebut. Di pinggir bukit yang mengadap laut pemandangannya sungguh cantik. Untuk ke situ perlu memanjat Bukit terlebih dahulu.
Aktiviti lain yang saya suka adalah pergi ke baroh kerana ingin menangkap ikan sekilau menggunakan bakul. Ikan sekilau biasanya suka tinggal di dalam lubang buluh yang terapung di atas air. Ada juga yang suka tinggal di dalam pelepah buluh. Dalam kelapa yang ditebuk tupai juga menjadi tempat pembiakannya. Tetapi paling saya suka tangkap ikan sekilau di bawah pokok Nibong kerana mudah didapati dalam pelepah Nibong.
Saya juga suka bermain Perahu di dalam baruh. Perahu diperbuat daripada papan plywood yang dibuat bersama kawan-kawan yang lain. Kami akan menjelajah segenap kawasan Paya menggunakan perahu yang kami buat. Pernah sekali sewaktu bermain perahu seekor ular tedung senduk tiba-tiba mengembangkan kepalanya nasib baik kami sempat cabut.
Dalam bilik mandi akan bersusun ikan sekilau yang saya letak di dalam botol sos cili. Ayah dan arwah emak sering memarahi saya kerana suka pergi ke baruh tanpa mengulangkaji pelajaran. Saya suatu kecil suka juga memelihara ayam jantan kerana hobi melagakan ayam tersebut. Perkara inilah paling arwah mak marah saya kerana menganggap saya menganiaya binatang.
JADUAL AKTIVITI HARIAN SEWAKTU CUTI SEKOLAH DI PANTAI PANDAK ZAMAN KANAK-KANAK
## aktiviti tak cuti sekolah pun hampir sama kerana sudah menjadi rutin
BERSEKOLAH DI BANDAR
Walaupun di Chendering terdapat sekolah rendah yang berhampiran tetapi saya tidak bersekolah di situ sebaliknya mengekalkan pelajar di Sekolah lama iaitu di SK Paya Bunga yang terletak di bandar. Ini kerana pada waktu pada waktu Sekolah Kebangsaan Chendering mengambil peperiksaan penilaian tahap lima sedangkan Sekolah Kebangsaan Paya Bunga terlibat dengan projek rintis UPSR kali pertama negara.
Jadi saya sentiasa berulang-alik dari Pantai Pandak ke sekolah di bandar yang jauhnya kira-kira 10 km. Waktu pergi sekolah ayah akan hantar kerana ayah berniaga di Pasar Payang. Manakala waktu pulang saya akan pulang menaiki bas sama ada bas Marang ataupun bas Rhu Muda. Tambang pada waktu itu sebanyak 30 sen.
Zaman sekolah menengah pula saya bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman kerana Chendering tidak mempunyai sekolah menengah. Saya ingat saya sepanjang jalan dari Kampung Rhu Muda hingga ke Chendering tidak terdapat Sekolah Menengah kecuali sekolah arab di Bandar Marang. Jadi ramai budak-budak dari kawasan tersebut hingga Kuala Ibai bersekolah sama ada sekolah menengah Sultan Sulaiman ataupun Sekolah Menengah Seri Budiman, Batu Buruk.
KENANGAN DI PANTAI PANDAK
Sepanjang saya menetap di Pantai Pandak dari tahun 1986 hingga tahun 1997 banyak kenangan suka duka telah saya lalui :-
PANTAI PANDAK KINI
Saya tidak mengetahui perkembangan terkini Pantai Pantai. Tapi sejak 2-3 tahun kebelakangan, saya melihat satu projek yang agak besar seperti sebuah Hotel didirikan di kawasan tersebut. Dari jauh saya melihat beberapa kerosakan atau pemusnahan ciri-ciri asli pantai tersebut terutamanya di kawasan batuan.
Sedih saya apabila melihat pembangunan tersebut. Saya yakin dan pasti projek tersebut membuatkan kawasan pantai menjadi lebih eksklusif tanpa boleh dimasuki percuma oleh para pengunjung seperti waktu yang lalu.
Saya melihat petempatan penduduk di kawasan ini juga semakin berkurang. Hari ini mungkin kerana kerajaan sudah mengambil balik tanah tanah miliknya yang diduduki oleh penduduk. Ramai penduduk di situ telah berpindah ke plat rumah sukan dan Taman Permint Permai. Terdapat juga penduduk yang menerima tanah pemberian kerajaan di tempat lain. Sebab itu saya merasai kawasan ini tidak semeriah dahulu.
Sekian......wasalam
Wafiy ketika berusia 2 tahun sewaktu saya membawanya ke Pantai Pandak |
Apabila rumah panjang wujud menjadikan demografi Pantai Pandak menjadi 3 kampung atau kumpulan dengan penduduk asal mengelarkan kami sebagai orang rumah panjang.
MEMBESAR DI PANTAI PANDAK
Pantai Pandak mempunyai bentuk muka bumi yang menarik dan sesuai bagi kanak-kanak lelaki yang suka akan aktiviti lasak. Di kampung ini terdapat pantai berpasir putih yang landai dan panjang. Di situ juga terdapat 2 Bukit yang bercantum yang tidak berapa tinggi. Bahagian dalam kampung pula terdapat baroh (paya) yang agak luas dan mempunyai banyak ikan di dalamnya.
Di celah batuan itu memang menjadi kawasan mainan saya sejak kecil. Gambar itu ketika saya membawa along mandi sewaktu berusia dua tahun. Kini along berusia 11 tahun. |
Rumah almarhumah Maksu Haji, guru mengaji quran saya sewaktu kecil di Pantai Pandak. Di lambur rumah itulah tempat saya mengaji pada setiap pagi ataupun petang (gambar 2017) |
Aktiviti lain yang saya suka adalah pergi ke baroh kerana ingin menangkap ikan sekilau menggunakan bakul. Ikan sekilau biasanya suka tinggal di dalam lubang buluh yang terapung di atas air. Ada juga yang suka tinggal di dalam pelepah buluh. Dalam kelapa yang ditebuk tupai juga menjadi tempat pembiakannya. Tetapi paling saya suka tangkap ikan sekilau di bawah pokok Nibong kerana mudah didapati dalam pelepah Nibong.
Di sebalik pokok buluh sana terdapat baroh (paya) tempat saya selalu mengail ikan puyu serta menangkap ikan sekilau. Adakala saya bermain perahu plywood untuk menjelajah segenap baroh |
Pokok katang-katang yang hidup meliar di Pantai Pandak. Sewaktu kecil saya mengambil buahnya untuk dijadikan peluru senapang kayu untuk bermain perang-perang dengan rakan-rakan |
JADUAL AKTIVITI HARIAN SEWAKTU CUTI SEKOLAH DI PANTAI PANDAK ZAMAN KANAK-KANAK
- 8.00 pagi - pergi baruh tangkap ikan sekilau
- 9.00 pagi - mandi laut di kawasan batu
- 10.00 pagi - panjat bukit pergi ke pelabuhan
- 11.00 pagi - mancing ikan di kawasan batu atau pelabuhan
- 12.00 tengah hari - balik rumah makan nasik
- 2.00 petang - mengaji di rumah arwah Moksu Haji
- 4.00 petang - tengok cerita ksatria baja hitam atau gaban
- 5.00 petang - main bola sepak pantai / sepak takraw
- 6.00 petang - mandi laut
- 7.00 malam - lapor diri kat rumah
- 8.00 malam - main tooje (kejar-kejar) dengan kawan-kawan
- 9.00 malam - balik makan dan tidur.
## aktiviti tak cuti sekolah pun hampir sama kerana sudah menjadi rutin
BERSEKOLAH DI BANDAR
Walaupun di Chendering terdapat sekolah rendah yang berhampiran tetapi saya tidak bersekolah di situ sebaliknya mengekalkan pelajar di Sekolah lama iaitu di SK Paya Bunga yang terletak di bandar. Ini kerana pada waktu pada waktu Sekolah Kebangsaan Chendering mengambil peperiksaan penilaian tahap lima sedangkan Sekolah Kebangsaan Paya Bunga terlibat dengan projek rintis UPSR kali pertama negara.
Simpang Empat Chendering merupakan tempat saya menunggu dan turun bas untuk pergi dan pulang dari sekolah |
Zaman sekolah menengah pula saya bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman kerana Chendering tidak mempunyai sekolah menengah. Saya ingat saya sepanjang jalan dari Kampung Rhu Muda hingga ke Chendering tidak terdapat Sekolah Menengah kecuali sekolah arab di Bandar Marang. Jadi ramai budak-budak dari kawasan tersebut hingga Kuala Ibai bersekolah sama ada sekolah menengah Sultan Sulaiman ataupun Sekolah Menengah Seri Budiman, Batu Buruk.
KENANGAN DI PANTAI PANDAK
Sepanjang saya menetap di Pantai Pandak dari tahun 1986 hingga tahun 1997 banyak kenangan suka duka telah saya lalui :-
- Kenangan Bersama rakan rakan sepermainan. Sejak berpindah dari situ Saya kehilangan rakan sepermainan kerana kebanyakan daripada mereka sudah berpindah ataupun bekerja di negeri lain.
- Saya juga tidak boleh lupa apabila menyaksikan sekumpulan pelarian Vietnam mendarat di Pantai Pandak menggunakan sebuah bot kecil. Di dalam bot itu dipenuhi dengan perempuan dan kanak-kanak yang lari dari keadaan sengsara di negara mereka.
- Adakala saya rindukan bunyi gegaran bumbung sewaktu ribut musim tengkujuh melanda di kawasan pantai. Sesungguhnya masyarakat pantai tidak pernah merasa takut dilanda ribut malahan mereka bertambah lena sewaktu tidur.
- Pernah sekali saya menyaksikan angin puting beliung berputar lalu menerbangkan atap atap zink di beberapa blok rumah panjang.
- Saya juga tidak boleh lupa pada setiap hari saya termenung di bawah pokok jambu laut yang mengadap pantai. Saya suka termenung di situ meratapi nasib selepas habis STPM.
- Saya juga rindukan suasana riuh rendah pada waktu malam di rumah panjang kerana penduduk di situ memang ramai terutamanya rakan rakan sebaya saya.
- Saya juga tidak pernah lupa akan kejadian kejadian lemas yang berlaku yang banyak meragut nyawa pengunjung luar. Pernah sekali empat pelajar dari Kusza meninggal dunia kerana lemas ketika mandi di kawasan batuan.
- Saya juga tidak pernah akan sesi penggambaran filem yang diarahkan oleh S Shamsuddin iaitu filem Sepi Itu Indah yang mengambil latar Pantai Pandak. Saya melihat sendiri proses penggambaran serta Arahan yang diberikan oleh pelakon lagenda S Shamsuddin tersebut
Jiwa akan tenang setiap kali duduk dibuaian sambil mata merenung laut yang terbentang luas |
PANTAI PANDAK KINI
Saya tidak mengetahui perkembangan terkini Pantai Pantai. Tapi sejak 2-3 tahun kebelakangan, saya melihat satu projek yang agak besar seperti sebuah Hotel didirikan di kawasan tersebut. Dari jauh saya melihat beberapa kerosakan atau pemusnahan ciri-ciri asli pantai tersebut terutamanya di kawasan batuan.
Kini terdapat tiga warung yang menjual ICT di Pantai Pandak. Dahulu tiada kedai atau warung makan di Pantai Pandak |
Sedih saya apabila melihat pembangunan tersebut. Saya yakin dan pasti projek tersebut membuatkan kawasan pantai menjadi lebih eksklusif tanpa boleh dimasuki percuma oleh para pengunjung seperti waktu yang lalu.
Saya melihat petempatan penduduk di kawasan ini juga semakin berkurang. Hari ini mungkin kerana kerajaan sudah mengambil balik tanah tanah miliknya yang diduduki oleh penduduk. Ramai penduduk di situ telah berpindah ke plat rumah sukan dan Taman Permint Permai. Terdapat juga penduduk yang menerima tanah pemberian kerajaan di tempat lain. Sebab itu saya merasai kawasan ini tidak semeriah dahulu.
Rasa ingin kembali ke masa lalu melalui hari-hari di Pantai Pandak |
Sekian......wasalam
Comments
Post a Comment