PEKAN SU-NGAI KOLOK @ PEKAN GOLOK, NARATHIWAT, THAILAND
SUNGAI KOLOK THAILAND, 26 MAC 2019 - Pada cuti pertengahan penggal pertama persekolahan, saya dan keluarga tidak melepaskan peluang untuk ke Pekan Golok ataupun Pekan Kolok mengikut nama rasmi Thailand. Kedudukan Pekan Kolok ini dari rumah saya di Kampung Marak Mukim Banggu kira-kira 46 kilometer. Pun begitu untuk ke sana memakan masa 1 jam lebih atas faktor kesesakan dan urusan imgresen kedua-kedua negara.
Memarkir sementara kenderaan di hadapan Pasar Majlis Tempatan Sungai Kolok yang kedudukannya hanya 1-2 km dari Bandar Rantau Panjang |
Saya ke sana dengan berkonvoi tiga buah kereta. Tujuan bukannya apa hanyalah untuk makan-makan. Jika mahu membeli barang-barang hanyalah kakak ipar sulung yang mahu membeli periuk belanga, biskut tin dan tilam toto kerana harganya yang masih murah. Sebaliknya jika mahu membeli barang-barang lain sebaiknya kita lupakan kerana harganya lebih mahal berbanding di Malaysia atas faktor rendah nilai Ringgit Malaysia berbanding Bhat Thailand.
BERTOLAK KE PUSAT IMIGRESEN RANTAU PANJANG
Kami mulakan perjalanan dari rumah pada jam 9.00 pagi. Keadaan trafik pada pagi ini baik dan kenderaan bergerak dengan lancar mungkin kerana waktu masih awal. Cuaca pun agak baik seakan mendung mahu hujan tapi tak turun-turun airnya.
Berbekalkan wang RM130.00 ringgit dalam poket serta RM150.00 yang ada pada isteri kami bergerak tanpa menambah wang lain dari bank. Matlamat kami tidak mahu terlebih bajet dan tersasar dari tujuan asal iaitu hanya untuk makan-makan.
Singgah dahulu di Wan Sabariah untuk membeli dodol dan serunding daging |
SINGGAH DI PERUSAHAAN SERUNDING DAN DODOL WAN SABARIAH
Sebaik tiba di Bulatan Lemal yang menghubungkan Jalan Kota Bharu, Tanah Merah, Rantau Panjang dan Pasir Mas, isteri meminta berhenti di rumah serunding dan dodol yang jaraknya tidak jauh dari bulatan ini dan jalan menuju ke Rantau Panjang (lebih kurang 200 meter). Walaupun kerap kali ke Rantau Panjang tetapi inilah kali pertama kami singgah di sini. Selama ini kami hanya terpesona melihat rumah warna hijau pucuk pisang serta saduran keemasan dari dalam kereta.
Sekiranya anda pergi ke Rantau Panjang jangan lupa singgah di Rumah Wan Sabariah ini untuk membeli serunding dan dodol 'fresh' |
Sementara menunggu isteri membeli serunding dan dodol saya menjaga anak-anak |
Harga dodol mengikut jenis dan material yang digunakan dalam kandungan nutrisinya |
Pelbagai jenis serunding daging dan ayam yang dijual murah berbanding tempat lain kerana Wan Sabariah menyediakannya sendiri di rumahnya ini |
Isteri membuat bayaran di kaunter ketika membeli dodol dan serunding daging tempatan |
Di hadapan pintu masuk rumah Wan Sabariah yang kehijauan pucuk pisang serta warna saduran emas di bahagian ukiran lariknya |
Ruang memasak dodol dan serunding di Perusahaan Wan Sabariah |
Isteri membeli setengah kilo serunding daging tempatan berharga RM30.00 manakala RM10.00 untuk dodol. Selesai membeli apa yang patut kami bergerak semula ke Rantau Panjang pada jam 10.00 pagi yang jarak berbaki 12 kilometer.
Buku merah merupakan passport saya manakala buku biru adalah pas sempadan isteri dan anak-anak ketika mendaftar keluar di CIQ Rantau Panjang |
MELINTASI SEMPADAN NEGARA
Kami sampai di pintu keluar negara Rantau Panjang pada pukul 10.25 minit pagi. Urusan imigresen di CIQ Rantau Panjang menggunakan sistem drivethru manakala di CIQ Sungai Golok kita perlu turun dan mengecop pasport di kaunter dalam bangunan imigresen Thailand.
Pekan Golok terletak hanya 1
km dari Pekan Rantau Panjang. Sungai Golok menjadi pemisah antara dua kawasan negara berjiran ini. Demografi penduduk wilayah selatan Thailand ini sama seperti penduduk Pantai Timur Terengganu dan Kelantan yang mana 95% daripadanya merupakan kaum Melayu beragama Islam. Jadi tidak sukar untuk para pelancong mencari makanan halal di sini.
Ketika kami datang di sini Negara Thailand sedang berada dalam musim pilihan raya bagi memilih kerajaan baharu. Saya melihat tidak banyak poster-poster atau bendera parti-parti bertanding melainkan terdapat gegantung berwarna ungu di selang-seli dengan bendera Thailand. Menurut penjual di kedai sekitar Pekan Golok, pada masa sekarang ramai rakyat Thailand pulang mengundi. Jadi akan kita lihat ramai orang di pekan kerana kepulangan yang ramai ini.
BERJALAN-JALAN SEKITAR PEKAN GOLOK
Kami park kereta di hadapan Pasar Majlis Tempatan Sungai Kolok. Di Thailand tidak menjadi masalah untuk kita letak kereta di mana-mana ataupun di bahu jalan asalkan tidak menganggu lalu lintas. Di sini tiada polis yang mengawal dan tiada juga caj letak kereta dikenakan sebagaimana lazimnya PBT-PBT di Malaysia. Pihak yang mengawal di sini dan juga wilayah-wilayah selatan Thailand adalah Pasukan Tentera. Wilayah ini boleh dikatakan berada dalam darurat kerana di jalan-jalan tertentu askar Siam membuat kawalan di pos-pos didirikan. Di setiap pos tentera terdapat wajah-wajah suspek pemberontak yang di kehendaki oleh pihak berkuasa.
Tetapi anda tidak perlu risau jika ada keinginan untuk melancong di sini. Keadaan di sini masih terkawal. Aktiviti berjalan seperti biasa dan penduduk di sini melakukan kerja harian mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Perbatasan Malaysia - Thailand |

CIQ Thailand di Sungai Kolok |
Pegawai Imigresen Thailand menulis maklumat pelawat yang berkunjung ke negaranya |
Saya beratur di Kaunter CIQ Thailand untuk mengecop passport |
Ketika kami datang di sini Negara Thailand sedang berada dalam musim pilihan raya bagi memilih kerajaan baharu. Saya melihat tidak banyak poster-poster atau bendera parti-parti bertanding melainkan terdapat gegantung berwarna ungu di selang-seli dengan bendera Thailand. Menurut penjual di kedai sekitar Pekan Golok, pada masa sekarang ramai rakyat Thailand pulang mengundi. Jadi akan kita lihat ramai orang di pekan kerana kepulangan yang ramai ini.
Kenderaan konvoi kami dan saya bergerak menggunakan Perodua Axia |
BERJALAN-JALAN SEKITAR PEKAN GOLOK
Kami park kereta di hadapan Pasar Majlis Tempatan Sungai Kolok. Di Thailand tidak menjadi masalah untuk kita letak kereta di mana-mana ataupun di bahu jalan asalkan tidak menganggu lalu lintas. Di sini tiada polis yang mengawal dan tiada juga caj letak kereta dikenakan sebagaimana lazimnya PBT-PBT di Malaysia. Pihak yang mengawal di sini dan juga wilayah-wilayah selatan Thailand adalah Pasukan Tentera. Wilayah ini boleh dikatakan berada dalam darurat kerana di jalan-jalan tertentu askar Siam membuat kawalan di pos-pos didirikan. Di setiap pos tentera terdapat wajah-wajah suspek pemberontak yang di kehendaki oleh pihak berkuasa.
Salah satu jalan utama dalam Pekan Golok |
Teksi Thailand |
Pasar pagi Pekan Golok |
Aktiviti jual beli di Pasar Pagi Pekan Kolok |
Hud Naufal meragam tak mahu berjalan mungkin kerana kakinya sakit |
Aimy @ Mimi selalu enter frame setiap kali saya bergambar |
Jalan utama Pekan Sungai Golok |
Pasar Pekan Golok kawasan kain baju |
Tetapi anda tidak perlu risau jika ada keinginan untuk melancong di sini. Keadaan di sini masih terkawal. Aktiviti berjalan seperti biasa dan penduduk di sini melakukan kerja harian mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Hud menunggang replika gajah sambil ditemani oleh Wafiy dan Qayyum |
Kedai tuala, selimut dan tilam toto |
Kedai periuk belanga |
Kadar tukaran MYR - Bhat pada hari itu |
Jalan yang terletaknya kedai periuk belanga |
Kami pergi ke kedai borong menjual pelbagai jenis biskut dan jajan keluaran IKS Thailand. Isteri membeli biskut tin kecil manakala saya membeli biji gajus berharga RM13.20. Manakala kakak ipar sulung membeli 3 tin biskut besar. Kemudian kami pergi semula ke kereta untuk bergerak ke kedai menjual periuk dan selimut toto. Kakak ipar saya itu membeli 1 set lengkap periuk serta tilam toto bersaiz bujang berharga RM25.00. Set periuk bersaiz tadi berharga RM420.00.
MAKAN TENGAH HARI
Selesai membeli belah di Pekan Golok kami bergerak ke sebuah taman rekreasi berhadapan dengan Stadium Maharaj iaitu hanya seberang jalan besar Pasar Pekan Golok. Sebenarnya inilah tujuan kami datang ke Golok untuk makan warung-warung di sini. Saya check dalam google untuk menentukan nama tepat tempat ini. Tetapi google hanya menakrifkannnya sebagai unname road. Mungkin atas faktor keselamatan tempat ini tidak dinamakan.
Deretan warung tempat kami makan tengah hari |
Warung Ya Ya kedudukannya di bahagian tengah deretan kedai makan di situ |
Gambar dari taman rekreasi |
Colek sosej simple tapi sedap dimakan dengan sos pedas istimewa. Sos pink itu rasanya manis |
Sebenarnya saya dan isteri masih tidak dapat move on apa yang kami makan pada Disember lepas. Jadi kami order menu yang sama iaitu siakap stim limau, kerabu mangga, daging masak merah serta colek sosej. Lupa saya nak bagi tahu yang di sini terdapat dalam 10 buah warung makan dan kami memilih untuk makan di Warung Ya Ya.
Rasa kuah stim limau memang sedap. Rasa bawang putih serta masamnya limau nipis. Walaupun diletaknya penuh lada jarum dalam kuah tetapi tidaklah begitu pedas. Lepas makan isteri membayarnya dengan harga RM120.00 ini termasuk dengan 4 mangkuk mee cambo udang galah, 2 pinggan colek sosej serta 10 air minuman.
Mural berhampir pintu masuk CIQ Sungai Kolok tempat kami mengambil beberapa gambar kenangan |
Peserta rombongan kami yang lain |
Ismah dan Hud berlatarkan bunga kekwa |
Terdapat beberapa peniaga yang menjual barang kraf dan cenderamata |
CIQ Sungai Kolok |
Berhenti solat zohor dan urusan cop passport di CIQ Sungai Kolok pada jam 3.15 petang |
Perbatasan Thailand - Malaysia |
CIQ Rantau Panjang dari arah utara 3.30 petang |
Lepas siap makan, anak-anak dan sepupunya bermain di playground berdekatan. Tak lama kemudian kami bergambar seketika kemudian menuju semula ke pusat imigresen Sungai Kolok untuk pulang ke rumah.
Sekian....
**Entri terbaru saya nanti akan menceritakan tentang Lata Tembakah, Besut, Terengganu. Jangan segan-segan baca yer.
Assalam tuan,
ReplyDeleteDrive kereta masuk ke sebelah Thailand kena beli insurans Thai tak?
Tak perlu beli insurans kalau jalan2 kat pekan sg golok. Perlu beli insurans kalau pergi Narathiwat, Pattani or Hatyai..
DeleteNak beli insurans boleh juga...tapi saya tak beli sbb masuk sekejap jer dalam 4-5 jam
DeleteGeran dan pngesahan semua xperlu ya jika ke sungai kolok? Jika stay 1 mlm sama juga atau tak?
ReplyDeleteMasa masuk ke Sungai Golok, pihak sana tak mintak apa2 dokumen pub
Delete