CARA PENJAGAAN IRON PHILIPS STEAM AGAR LEBIH TAHAN LAMA
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat pembaca blog saya sekalian.
Pada kali ini saya akan membicarakan tentang tips penjagaan dan penggunaan iron steam Philips agar tidak cepat rosak. Tips ini saya peroleh daripada techician baikpulih barang-barang elektrik jenama Philips di Taman Johor Jaya.
Iron steam keluaran Philips baru dibaikpulih dengan kos RM380.00 |
Mungkin sudah ada yang tahu tentang cara penggunaannya ketika membeli iron ini. Akan tetapi sewaktu isteri membelinya dengan harga RM1300.00 pada tahun 2014, dia tidak dimaklumkan tentang cara penjagaan yang betul agar iron ini lebih tahan lama. Atau mungkin isteri saya terlepas pandang sewaktu demo diadakan.
IRON STEAM ROSAK
Sejak menggunakan iron steam Philips sejak lima tahun lalu, ia tidak pernah mengalami masalah atau kerosakan. Tapi kira-kira dua minggu yang lalu, iron ini mula menunjukkan tanda-tanda rosak. Apabila kita mensterika haba jadi kurang panas dan last sekali ia tidak dapat mengeluarkan wap. Saya lihat ia seperti tersumbat kerana air dalam tank langsung tidak luak (kurang).
Iron dihantar ke pusat servis Philips, HQ Electronics dan Service Center di Taman Johor Jaya |
Bebal juga rasa bila tak dapat guna iron steam ni. Ya lah dah lima tahun guna. Gosok baju jadi senang dan pantas. Bila guna semula iron 'tradisional', hasilnya tidak begitu kemas. Kedut-kedut yang heavy agak sudah nak hilang dan masih nampak kedutnya terutama jika menggosok kain licin dan nipis seperti baju batik.
Masa yang diambil menggosok juga lama. Biasa menggunakan iron steam cuma mengambil masa 10 - 15 minit untuk 4 - 5 pasang baju. Tapi bila menggunakan iron lama ia mengambil masa 30 - 40 minit untuk jumlah pakaian yang sama.
HANTAR REPAIR DI HQ ELECTRONICS SERVICE CENTER
Selepas cuti sempena perayaan Deepavali, saya dan isteri menghantar iron steam ini ke Pusat Servis Philips di Johor Jaya. Jarak dari rumas saya di Kota Masai kira-kira 23 minit. Ambil masa setengah jam juga untuk sampai di situ.
Pusat servis Philip di Johor. Semua barang elektrik jenama Philips yang rosak dihantar ke sini |
Mengikut staff situ, seorang perempuan Cina berumur 50-an, jika mengikut simptom kerosakan yang kami ceritakan, iron steam ini mungkin part yang rosak ialah steam pump. Satu masalah lagi tank air sudah penuh dengan kelodak. Jadi bahagian iron yang perlu ditukar adalah pump dan juga tank air. Jadi kos untuk tukar dan baikpulih iron ni sebanyak RM310.00. Dia bagi diskaun RM10.00 selepas isteri mintak kurang.
Front Staff di pusat servis ini. Rasa dia pemilik atau isteri pemilik premis ini |
Beberapa hari kemudian staff kedai ini call isteri cakap cable air juga rosak. Sebab bila suis plag di on kan, sistem elektrik menjadi blackout. Kos untuk tukar cable ini dicaj pula sebanyak RM80.00. Jumlah keseluruhan jadi RM380.00.
TIPS PENJAGAAN IRON STEAM
Staff perempuan tadi ada tiga langkah menggunakan steam ini.
Pertama, air dalam tank tidak perlu letak banyak. Cukup dengan hanya air itu melepasi sedikit sahaja paras minimum. Dia cakap kamu bukan nak gosok baju berbakul-bakul pun. Memadailah air dalam tank banyak itu sahaja. Saya pula biasa letak sampai level maksimum. Biar tahan seminggu dua air tu.
Air dalam tangki seterika wap ini memadai setakat melepasi paras minima sahaja |
Kedua, guna air bertapis untuk dimasukkan ke dalam tank. Ini kerana air tidak bertapis banyak mengandungi habuk ataupun kelodak. Ini boleh merosakkan part dalam sistem iron steam. Saya memang kerap menggunakan air tidak bertapis walaupun rumah saya mempunyai air bertapis. Sebenarnya saya pun dah tahu kena guna air bertapis. Tapi malas punya pasal sebab air bertapis ni keluar slow sangat.
Gunakan air bertapis bagi menjamin ketahanan part iron steam |
Tangki air seterika wap saya penuh dengan kelodak kerana air tidak dibuang begitu lama menyebab ia menjadi kotor |
Ketiga, dia maklumkan kepada kami. Selepas selesai menggunakan iron, kita perlu segera membuang baki air dalam tank. Ini kerana jika kita membiarkan sahaja air itu dalam tank, ia akan membentuk menjadi kelodak. Tambahan pula jika tak guna air bertapis, lagi cepatlah air menjadi kelodak. Kami pulak tak pernah membuang air dalam tank sejak kali pertama membelinya. Sebab itulah tank iron saya tu kotor dan penuh kelodak. Itu yang menyebabkan tank, steam pump dan cable air dan wap jadi rosak.
Buang air dalam tangki sebaik sahaja selesai menggosok pakaian. Biarkan ia kosong |
Sekian sahaja tips penjagaan iron steam Philips daripada saya. Semoga ia memberi manfaat buat pembaca artikel ini sekalian.
Terima kasih....wassalam....
Iron steam philips pecah bahagian atas pemegan dia dan cover plastik dia, bukan tangki air tapi masih boleh digunakan, dia pecah sebab jatuh boleh baiki tak
ReplyDeletetuan kena tipu je tu, sebenarnya solined vavle di patah, je modal dia hanya RM 1 sahaja.
ReplyDeletebuka slonined ti jarum valve dia buat dari plastik sebab tu dia patah, tukar guna rebet je, tapi bunyi bising sikit sebab dia besi.
ReplyDelete