AKTIVITI MENARIK DI KUALA TERENGGANU : MENAIKI BOT PENAMBANG KE SEBERANG TAKIR TERENGGANU

Jika anda berkunjung ke Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu, boleh mencuba menaiki bot penambang ke tanah daratan bertentangan dengan Pasar Payang tersebut atau dikenali dengan Kampung Seberang Takir. Bot penambang dari Pasar Payang ke Seberang Takir Di jalan belakang Pasar Payang tersebut terdapat sebuah jeti bot penambang. Bot penambang menjadi pengangkutan alternatif bagi penduduk Seberang Takir untuk ke bandar Kuala Terengganu. Harga tambang bagi penumpang yang menggunakan perkhidmatan bot ini adalah sebanyak RM1.00 bagi sehala. PERNAH MENJADI PENGANGKUTAN UTAMA PADA TAHUN 1970 - 80 AN Sebelum terbinanya Jambatan Sultan Mahmud yang menghubungkan Kuala Terengganu Selatan (Bandar) dan Kuala Terengganu Utara (Kuala Nerus), bot penambang menjadi pengangkutan utama bagi penduduk Seberang Takir dan Pulau Duyung untuk ke Bandar Kuala Terengganu khususnya Pasar Kedai Payang atas urusan jual beli mahupun bekerja. Pada masa itu, jalan darat agak jauh kira-kira 40 - 5...