TEMPAT MAKAN BEST DI TERENGGANU : MAKAN LAKSA DI WARUNG LAKSA BESENG, KAMPUNG KESOM, MANIR TERENGGANU
Oleh : Amizam bin Mohamed
CUTI DEEPAVALI 2019 KIAN BERAKHIR
Cuti sempena Deepavali kian berakhir. Saya seperti biasa jika cuti yang diperuntukan sebegini akan mengambil peluang untuk berkunjung ke mana-mana tempat di kawasan semenanjung. Jika tidak melancong ke negeri lain, saya akan pulang ke rumah di Kampung Marak, Kota Bharu.

Laksa Kuah Merah / Laksa Kuah Masak / Laksa Terengganu yang dijual di LAKSA BESENG CIK ROS |
Cuti kali ini (25 - 29 Oktober 2019) saya dan isteri membuat keputusan untuk pulang sahaja ke Kota Bharu. Setelah tiga hari berada di sana. Tibalah masa untuk pulang semula ke Pasir Gudang.
BERTOLAK KE KUALA TERENGGANU
Walaupun cuti masih berbaki dua hari (28 Oktober 2019), namun saya mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Terengganu pada hari itu. Sejak malam lagi saya sudah memberitahu isteri untuk pulang pada waktu pagi kerana banyak tempat yang mahu dituju. Pagi itu, kami bertolak jam 9.30 pagi melalui jalan Jelawat - Tok Bali seterus sampai ke Kuala Besut.
Timeline saya pada hari itu. Yang ada sudu garfu itu sewaktu saya singgah di LAKSA BESENG CIK ROS |
Dalam perjalanan perut agak lapar kerana santapan nasi goreng pagi tadi sudah habis dihadam menjadi tenaga. Anak-anak lagilah sebab mereka tak jamah apa makanan pun. Pada kebiasaannya, kami akan singgah di Kota Putera Besut untuk makan di warung-warung di situ. Saya suka makan disitu sebab harganya pun murah jika dibandingkan dengan tempat lain.
Saya beritahu pada isteri mahu singgah kedai makan kawan di Manir. Isteri kenal kawan saya tu sebab dulu kami pernah memasang sistem audio baharu di kedainya di Permatang Badak, Kuantan. Waktu itu, radio kereta grand livina rosak ketika pulang bercuti hari raya.
Saya beritahu isteri warung kawan saya itu hanya menjual laksa. Oleh kerana waktu itu hampir masuk ke tengah hari, perut kami semua agak lapar. Ketika separuh perjalanan di Kampung Saujana, Setiu saya singgah di sebuah gerai menjual air kelapa. Saya membeli 3 batang keropok rebus berharga RM4.50 sebagai alas perut perjalanan kami. Kami dan anak-anak makan begitu sahaja keropok rebus itu.
Ketika melalui Pantai Rhu Sepuloh juga, kami mengabaikan nafsu untuk menikmati kesegaran makanan celup tepung yang banyak dijual di kawasan itu. Ini semata-mata kerana target sebenar untuk makan di warung rakan di Manir yang menggunakan label Laksa Beseng Cik Ros itu. Namun ketika di Pantai Merang, perut saya tak tahan juga. Saya singgah di sebuah gerai. Saya beli keropok goreng RM5.00. Makanlah kami anak beranak dalam kereta sementara saya memandu menuju ke Kuala Terengganu. Jarak ketika itu lebih kurang 35 km ke Kuala Terengganu.
Kami di Warung LAKSA BESENG CIK ROS |
Jam 12.15 tengah hari, saya sampai di Bulatan Batu Enam. Jarak dari bulatan ini ke warung Laksa Beseng kira-kira 13 km. Oleh kerana saya pun tak berapa mahir jalan Kampung Manir, saya on kan google maps. Warung Laksa Beseng pun sudah di daftar dalam google maps. Jadi tidak susah bagi mereka yang tidak tahu jalan untuk pergi ke Laksa Beseng.
Saya sampai di depan LAKSA BESENG CIK ROS Kg. Kesom, Manir jam 12.50 tengah hari |
Untuk ke Warung Laksa Beseng, kita akan melalui kawasan perkampungan. Terdapat banyak rumah di kiri dan kanan jalan. Ternyata di sini merupakan kawasan penduduk padat. Patutlah rakan saya tu buka kedai dalam kampung kerana pelanggan dalam kawasan ini sahaja sudah boleh menampung operasi perniagaan.
LAKSA BESENG CIK ROS beroperasi jam 12.00 tengah hari - 6.00 petang setiap hari. Kecuali hari Jumaat kot...sebab biasa hari Jumaat orang Terengganu cuti |
Lebih kurang pukul 12.50 tengah hari, kami sampai di hadapan kedai Laksa Beseng. Saya memberikan hon kepada rakan saya yang kebetulan sibuk menguruskan kerja-kerja bagi persiapan warung dibuka pada jam 12.00 tengah hari.
RASA AKOK YANG SEDAP DAN LAKSA YANG ENAK SERTA ABC YANG SUPERB
Dia agak terkejut dengan ketibaan saya kerana saya tidak beritahu awal yang saya ingin berkunjung ke warungnya. Setelah bersalaman dan berpelukan, Shahid nama kawan saya tadi menghulur sebekas akok yang di dalamnya ada 4 biji. Katanya sebagai menyambut kehadiran saya. Rasa akoknya sangat lembut kerana banyak telur dan rasanya kurang manis. Ia berwarna kekuningan. Semestinya ia akok versi Terengganu. Berbeza dengan akok Kelantan yang warna lebih perang gelap.
Seterusnya Shahid yang juga owner warung bersama isterinya mengambil order. Saya memesan 2 laksa penang, 1 laksa kuah putih tanpa ulam dan 1 laksa kuah merah atau juga dipanggil laksa kuah masak (laksa Terengganu). Semasa saya datang kuah laksa penang masih lagi dalam proses dimasak. Yang ada cuma laksa kuah putih dan laksa kuah masak.
Shahid juga mempelawa saya mencuba 1 Tong ABC untuk kami berenam. Jadi minuman saya sekeluarga pada hari itu hanyalah ABC itu sahaja. Rasa rasa itupun kami tak mampu nak habiskan.
Sepuluh minit kemudian, laksa kuah putih dan laksa kuah merah sampai ke meja kami. Laksa kuah putih tanpa ulam dan lada belacan untuk anak kecil saya. Manakala saya ingin mencuba laksa kuah merah kerana ia menjadi salah satu makanan 'feveret' kalau pulang ke Terengganu. Laksa kuah merah yang paling sedap pernah saya makan di Pasar Payang tahun 80-an. Laksa itu dijual oleh ibu rakan sekelas SK Paya Bunga, Zulkifli Botak. Sampai sekarang saya tak boleh lupa kelazatan laksa kuah merah mak Zulkifli Botak tu. Biasanya jika saya mahu makan laksa ini, saya akan singgah di Warung Pok Jeng yang terletak berdekatan Hotel Permai Park Inn.
Laksa kuah merah / masak berbeza dengan laksa lain kerana kuahnya dimasak menggunakan rempah khas. Kemudian dimakan bersama ulam dan lada belacan sama seperti cara makan laksa kuah putih atau laksam.
Dari laksa kuah masak di Laksa Beseng ini boleh dikategorikan sebagai sedap dan saya menyukainya. Laksa kuah lemak / putih juga begitu. Jika saya datang lagi ke sini pada masa akan datang pasti akan repeat order lagi laksa kuah merah ini.
Manakala laksa penang pula, saya tak merasainya tetapi melihat pada cara dua anak saya makan, ia nampak menyelerakan. Kedua-dua anak saya turut menyukainya. Cuma mereka makan tidak habis kerana laksa terlalu banyak. Laksa besen ini kalau diletak dalam pinggan biasa, boleh dapat dua pinggan. Biasanya sepinggan laksa penang saya makan di tempat lain berharga RM5.00 - RM5.50.
Rasa pedas laksa hilang apabila dapat menyedut ABC Tong Kruk-krak special di Laksa Beseng. Ternyata pemilik warung ini tidak lokek membubuh segala jenis bahan dalam ABC ini termasuk aiskrim. Keenam-enam kami tak henti-henti bergilir-gilir menyedut ABC satu Tong ini.
Menurut sahabat baik saya ini, pelanggan tidak perlu membayar harga ABC Tong ini jika mampu menghabiskannya seorang diri. Bagi saya dan keluarga lagikan berenam pun tak mampu habiskan (terlalu banyak) inikan pula nak habiskan seorang diri. Kawan saya itu beritahu setakat ini hanya seorang sahaja pelanggan (wanita) yang berjaya habiskan ABC Tong seorang diri.
HARGA MURAH
Walaupun Shahid ini sahabat saya, saya meminta beliau mengira pada harga sebenar. Sebesen laksa penang dan laksa kuah merah berharga RM4.00. Manakala laksa kuah putih / lemak berharga RM3.50. Saya rasa harga ini agak murah kerana kandungan laksa yang banyak serta diletaknya sebiji telur (laksa penang)
Sepertimana yang saya maklumkan, kandungan laksa besen ini seperti kita makan 2 pinggan. Kalau ditempat lain, sudah tentu nilai ysng perlu dibayar sebanyak RM10.00.
Jadi untuk 4 besen laksa yang kami makan berharga RM15.50. Harga ABC Tong pula berharga RM7.00. Manakala 4 krping akok pula kawan saya memberi percuma. Sepatutnya berharga RM2.00. Jadi jumlah keseluruhan saya makan berharga RM22.50. Sahabat saya menolak mengambil harga tersebut sebaliknya meminta saya membayar RM20.00. Bagi saya RM22.50 tu pun dah cukup murah.
JEMPUTLAH DATANG PASTI TAK RUGI
Jika anda kebetulan berada di Kawasan Manir atau kebetulan menggunakan Jalan Manir - Kuala Berang bolehlah singgah di sini. Kedudukan warung ini adalah di Kampung Kesom betul-betul di tepi jalan besar. Cari jer dalam google maps pasti akan keluar lokasi Laksa Beseng tu.
Selepas kekenyangan makan laksa, saya meminta untuk bergerak. ABC Tong yang tak habis, Shahid telah bungkuskan. Dapat satu cawan besar. Dapatlah jadi bekalan ketika kami singgah di tempat lain pula....
Semoga perniagaan sahabat saya ini terus berkembang dan sukses......
Sekian wassalam....
Shahid (tuan kedai) menyambut kami dengan juadah akok Terengganu |
Seterusnya Shahid yang juga owner warung bersama isterinya mengambil order. Saya memesan 2 laksa penang, 1 laksa kuah putih tanpa ulam dan 1 laksa kuah merah atau juga dipanggil laksa kuah masak (laksa Terengganu). Semasa saya datang kuah laksa penang masih lagi dalam proses dimasak. Yang ada cuma laksa kuah putih dan laksa kuah masak.
Isteri melihat pekerja LAKSA BESENG CIK ROS menyediakan laksa yang di tempah kami. |
Shahid juga mempelawa saya mencuba 1 Tong ABC untuk kami berenam. Jadi minuman saya sekeluarga pada hari itu hanyalah ABC itu sahaja. Rasa rasa itupun kami tak mampu nak habiskan.
Sepuluh minit kemudian, laksa kuah putih dan laksa kuah merah sampai ke meja kami. Laksa kuah putih tanpa ulam dan lada belacan untuk anak kecil saya. Manakala saya ingin mencuba laksa kuah merah kerana ia menjadi salah satu makanan 'feveret' kalau pulang ke Terengganu. Laksa kuah merah yang paling sedap pernah saya makan di Pasar Payang tahun 80-an. Laksa itu dijual oleh ibu rakan sekelas SK Paya Bunga, Zulkifli Botak. Sampai sekarang saya tak boleh lupa kelazatan laksa kuah merah mak Zulkifli Botak tu. Biasanya jika saya mahu makan laksa ini, saya akan singgah di Warung Pok Jeng yang terletak berdekatan Hotel Permai Park Inn.
Laksa Kuah Merah dan laksa kuah putih kosong untuk anak kecil saya Hud Naufal |
Laksa kuah merah / masak berbeza dengan laksa lain kerana kuahnya dimasak menggunakan rempah khas. Kemudian dimakan bersama ulam dan lada belacan sama seperti cara makan laksa kuah putih atau laksam.
Dari laksa kuah masak di Laksa Beseng ini boleh dikategorikan sebagai sedap dan saya menyukainya. Laksa kuah lemak / putih juga begitu. Jika saya datang lagi ke sini pada masa akan datang pasti akan repeat order lagi laksa kuah merah ini.
Laksa penang untuk Wafiy dan Ismah di LAKSA BESENG CIK ROS |
Manakala laksa penang pula, saya tak merasainya tetapi melihat pada cara dua anak saya makan, ia nampak menyelerakan. Kedua-dua anak saya turut menyukainya. Cuma mereka makan tidak habis kerana laksa terlalu banyak. Laksa besen ini kalau diletak dalam pinggan biasa, boleh dapat dua pinggan. Biasanya sepinggan laksa penang saya makan di tempat lain berharga RM5.00 - RM5.50.
Wafiy menikmati laksa penang |
Isteri dan Ismah |
Rasa pedas laksa hilang apabila dapat menyedut ABC Tong Kruk-krak special di Laksa Beseng. Ternyata pemilik warung ini tidak lokek membubuh segala jenis bahan dalam ABC ini termasuk aiskrim. Keenam-enam kami tak henti-henti bergilir-gilir menyedut ABC satu Tong ini.
ABC Tong RM7.00. Jika mampu habiskan sorang diri anda tidak perlu membayarnya |
Menurut sahabat baik saya ini, pelanggan tidak perlu membayar harga ABC Tong ini jika mampu menghabiskannya seorang diri. Bagi saya dan keluarga lagikan berenam pun tak mampu habiskan (terlalu banyak) inikan pula nak habiskan seorang diri. Kawan saya itu beritahu setakat ini hanya seorang sahaja pelanggan (wanita) yang berjaya habiskan ABC Tong seorang diri.
HARGA MURAH
Walaupun Shahid ini sahabat saya, saya meminta beliau mengira pada harga sebenar. Sebesen laksa penang dan laksa kuah merah berharga RM4.00. Manakala laksa kuah putih / lemak berharga RM3.50. Saya rasa harga ini agak murah kerana kandungan laksa yang banyak serta diletaknya sebiji telur (laksa penang)
Harga makanan yang kami makan RM22.50. Bagi meraikan sahabat, Shahid hanya mengambil RM20.00 |
Sepertimana yang saya maklumkan, kandungan laksa besen ini seperti kita makan 2 pinggan. Kalau ditempat lain, sudah tentu nilai ysng perlu dibayar sebanyak RM10.00.
Jadi untuk 4 besen laksa yang kami makan berharga RM15.50. Harga ABC Tong pula berharga RM7.00. Manakala 4 krping akok pula kawan saya memberi percuma. Sepatutnya berharga RM2.00. Jadi jumlah keseluruhan saya makan berharga RM22.50. Sahabat saya menolak mengambil harga tersebut sebaliknya meminta saya membayar RM20.00. Bagi saya RM22.50 tu pun dah cukup murah.
JEMPUTLAH DATANG PASTI TAK RUGI
Jika anda kebetulan berada di Kawasan Manir atau kebetulan menggunakan Jalan Manir - Kuala Berang bolehlah singgah di sini. Kedudukan warung ini adalah di Kampung Kesom betul-betul di tepi jalan besar. Cari jer dalam google maps pasti akan keluar lokasi Laksa Beseng tu.
Sahabat saya, Syed Infinity (akaun FB) mengusahakan perniagaan laksa dengan isterinya menggunakan jenama LAKSA BESENG CIK ROS |
Selepas kekenyangan makan laksa, saya meminta untuk bergerak. ABC Tong yang tak habis, Shahid telah bungkuskan. Dapat satu cawan besar. Dapatlah jadi bekalan ketika kami singgah di tempat lain pula....
Semoga perniagaan sahabat saya ini terus berkembang dan sukses......
Sekian wassalam....
Comments
Post a Comment