Posts

Saya, catur dan MSSD Pasir Gudang

Image
Pada tahun ini sekali lagi saya dipelawa oleh Pengerusi Teknik Catur Pasir Gudang untuk berada dalam Kontinjen MSSD untuk ke MSSJ yang dilangsung di Daerah Segamat. Sebenarnya saya mahu berehat pada tahun ini.Tapi memandangkan Cikgu Zul (PT Catur) meminta juga saya pergi, saya akur. Pertama kali saya menyertai pasukan Catur Pasir Gudang Pada 2012 ketika itu Kejohanan MSSJ diadakan di Mersing. Terima kasih pada Cikgu Zul kerana sentiasa memberi saya peluang. Melalui peluang itu, saya mendapat pengalaman tentang teknik latihan serta dapat berkenalan dengan guru-guru hebat catur serta jurulatih profesional sekitar Johor Bahru. Aksi gaya bebas dilakukan oleh pegawai dan pemain kontinjen ketika meraikan kejayaan merangkul johan keseluruhan untuk dua tahun berturut-turut KRONOLOGI 9 - 11 Julai 2018 Latihan Pusat telah diadakan selama tiga hari di SK Taman Daya, Johor Bahru. Latihan ini bertujuan untuk membuat persiapan akhir seperti melengkapkan dokumen-dokumen kejoh...

GE14 - Dari kaca mata rakyat kecil

Image
Assalamualaikum semua, PRU14 baru sahaja selesai dan kira-kira 9.30 malam tadi (10 Mei 2018) Tun Dr. Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7. Saya agak terkejut dengan kekalahan teruk BN di semua negeri kecuali di Perlis, Sabah, Pahang dan Sarawak tetapi menerima keputusan yang telah dibuat rakyat ini. Bagi saya mungkin inilah masanya bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa bukan hanya BN yang mampu dan pandai memerintah. Selepas ini Pakatan Harapan bukan lagi dalam posisi pengkritik dasar kerajaan tetapi sebaliknya sebagai pihak yang menjawab kritikan seperti mana yang mereka lakukan terhadap pemerintahan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Saya singgah di Masjid Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Rusila Marang dalam perjalanan pulang dari Pasir Gudang ke  Kota Bharu. Penulisan saya pada kali ini, ingin mengutarakan pandangan saya faktor mengapa Kerajaan Barisan Nasional tumbang pada PRU14. 1. Pelaksanaan GST Ini adalah faktor ut...

GARIS MASA

Image
Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kerana sudi berkongsi gambar-gambar lama bagi membolehkan saya mengenang kembali kenangan indah lalu. Sayangnya saya tidak mempunyai gambar sekitar tahun 1975 hingga 1983. TAHUN 1984 Saya (bertanda) bersama rakan sekelas Tahun 3A2 SK Paya Bunga, Kuala Terengganu TAHUN 1986 Saya (bertanda) bersama rakan sekelas Tahun 5A2 SK Paya Bunga, Kuala Terengganu TAHUN 1986   Bergambar di tepi Pantai Pandak Chendering, Kuala Terengganu ketika mengikuti rombongan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Saya masih ingat emak memberi saya $1.00 (dulu nilai bukan RM tapi $) sebagai bekalan untuk lawatan ini. Saya membeli nasi kuning berharga 30 sen untuk dimakan masa lawatan itu. Pada masa ini, saya tinggal di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu. TAHUN 1987   Saya (bertanda) ketika dalam tahun enam (Kelas 6A2). Al-fatihah buat Almarhumah Cikgu Napisah, semoga rohnya dicucuri rahmat. TAHUN...