Posts

HUD & SIBLINGS TOUR BAHAGIAN 11 : SEHARI DI PULAU PANGKOR

Image
SUNGAI PINANG BESAR - PANTAI PASIR BOGAK (6 KM) Sepupu saya yang masih usia kanak-kanak bermain dengan anak-anak saya ketika berkelah di Pantai Pasir Bogak MELAWAT KILANG SATE IKAN  PULAU PANGKOR, 6 FEBRUARI 2019 - Ketika Maksu masak masakan tengah hari, kami mengambil peluang untuk berjalan-jalan tempat yang menjadi tumpuan pelancong luar di sekitar Pulau Pangkor. Tempat yang pertama kami lawat ialah kilang Sate Ikan Eng Sang Kampung Sungai Pinang Kecil. Di sini terdapat pelbagai produk hasilan laut dijual. Ada barang yang pemilik buat di kilang sendiri dan ada yang dibeli dari pengusaha tempatan. Isteri membeli beberapa jenis barang untuk dibawa pulang. Selain kami terdapat ramai pelancong datang ke sini kerana perkhidmatan van pelancong memasukkan tempat ini sebagai pakej dalam perkhidmatan mereka. Bagi pelancong Melayu dan beragama Islam lebih selesa membeli belah di Kilang Paksu Lie yang turut menghasilkan sendiri produknya. Kilang Paksu Lie terletak tidak jauh dari...

HUD & SIBLINGS TOUR BAHAGIAN 10 : TAMBANG FERI KE PULAU PANGKOR

Image
JETI LUMUT - JETI PANGKOR (10 KM) LUMUT, 6 FEBRUARI 2019 - Saya bangun jam 6.00 pagi, rasa panas badan bila isteri menutup aircond bilik. Badan sedikit segar bila dapat tidur dan berehat di bilik. Anak-anak masih tidur di bawah berlapikkan tilam kerana bilik ini hanya mempunyai 1 katil. Saya mandi kemudian solat subuh atas katil. Bila selesai saya turun ke bawah untuk melihat suasana pagi di Pekan Lumut. Sekitar pukul lapan pagi saya naik semula ke bilik kemudian meminta isteri dan anak-anak bersiap untuk ke Pulau Pangkor. Tiga syarikat feri beroperasi. Beli mana-mana tiket dan boleh naik mana-mana feri. Tiga syarikat ini sudah berkompromi soal penumpang dan tiket Berjalan kaki dari hotel ke jeti feri yang terletak kira-kira 500 meter Pukul 8.50 minit pagi, kami bergerak ke Jeti Lumut dengan berjalan kaki. Kereta saya biarkan di situ cuma saya membeli tiket parking selama dua hari berharga RM6.00. Jika saya letak kereta di kawasan milik swasta bayaran yang dikenakan seba...

HUD & SIBLINGS TOUR BAHAGIAN 9 : MALAM PESTA DI LUMUT

Image
LUMUT - MANJUNG (6 KM) LUMUT, 5 FEBRUARI 2019 - Perkara pertama yang dilakukan ketika mula-mula tiba di Lumut lelah mencari bilik hotel. Sememangnya saya tidak suka membuat tempahan hotel lebih awal lebih-lebih lagi secara dalam talian. Ini kerana bagi saya sesuatu yang dirancang lebih awal amat sukar dilaksanakan. Saya takut sekiranya membuat tempahan awal saya tidak dapat pergi ke tempat tersebut. Di hujung jalan Pekan Lumut terdapat beberapa Hotel beroperasi. Mujur bilik di Hotel Happy 92 masih terdapat 1 bilik kosong. Pemandangan senja di Pesisiran Lumut Bilik di hotel tersebut hanya mempunyai satu katil bersaiz king dan berharga RM 108 satu malam. Tidak seperti hotel yang telah saya sewa hotel ini tidak menyediakan berus gigi. Sabun pun digunakan secara pukal dalam bilik mandi. Tapi Okeylah hanya hotel ini yang masih mempunyai bilik yang kosong. Benarnya Masih ada banyak hotel terutamanya di Bandar Manjung tapi oleh kerana hotel ini dekat dengan Jeti Lumut ia memudahk...