HUD & SIBLINGS TOUR BAHAGIAN 9 : MALAM PESTA DI LUMUT

LUMUT - MANJUNG (6 KM)

LUMUT, 5 FEBRUARI 2019 - Perkara pertama yang dilakukan ketika mula-mula tiba di Lumut lelah mencari bilik hotel. Sememangnya saya tidak suka membuat tempahan hotel lebih awal lebih-lebih lagi secara dalam talian. Ini kerana bagi saya sesuatu yang dirancang lebih awal amat sukar dilaksanakan. Saya takut sekiranya membuat tempahan awal saya tidak dapat pergi ke tempat tersebut. Di hujung jalan Pekan Lumut terdapat beberapa Hotel beroperasi. Mujur bilik di Hotel Happy 92 masih terdapat 1 bilik kosong.

Pemandangan senja di Pesisiran Lumut

Bilik di hotel tersebut hanya mempunyai satu katil bersaiz king dan berharga RM 108 satu malam. Tidak seperti hotel yang telah saya sewa hotel ini tidak menyediakan berus gigi. Sabun pun digunakan secara pukal dalam bilik mandi. Tapi Okeylah hanya hotel ini yang masih mempunyai bilik yang kosong. Benarnya Masih ada banyak hotel terutamanya di Bandar Manjung tapi oleh kerana hotel ini dekat dengan Jeti Lumut ia memudahkan saya untuk memarkir kereta ketika saya ke Pulau Pangkor nanti.

Bilik yang mempunyai hanya 1 katil bersaiz king di Hotel Happy 92 Lumut

Bilik hotel berharga RM108.00
satu malam

MENCUCI PAKAIAN DI DOBI LAYAN DIRI MANJUNG

Kalau diikutkan boleh sahaja saya bermalam di rumah bapa saudara di Pulau Pangkor oleh kerana stok pakaian bersih tinggal satu beg jadi saya perlu membersihkan pakaian yang digunakan terlebih dahulu. Oleh itu saya membuat keputusan untuk bermalam sahaja di Pekan Lumut lagipun sepanjang hidup saya belum pernah bermalam di pekan ini.

Hotel Happy 92 terletak 500 meter dari Jeti Feri Lumut

Selepas check in di dalam hotel perut pula terasa lapar. Di bawah hotel terdapat sebuah restoran yang menyajikan masakan pagi dan malam. Saya memesan menu istimewa restoran ini iaitu nasi goreng ikan rebus satu saya makan di situ dan satu lagi dibungkus untuk anak isteri. Harga yang dibayar saya untuk dua set nasi goreng ikan rebus itu bersama air teh o ais banyak RM23.00. Saya rasa harga satu pinggan atau bungkus nasi goreng berharga RM10.00. Tapi okeylah nasi goreng yang sedap dan ikan kembung rebus goreng rasa sangat segar.

Nasi goreng ikan rebus goreng berharga RM10.00 di Restoran Melayu bawah hotel tempat kami menginap

Jam 8.00 malam kami bergerak ke Manjung kerana hanya di situ sahaja terdapat beberapa dobi layan diri. Selepas siap pakaian dibasuh kami pulang semula ke Lumut.

Wafiy menjaga Hud sementara menunggu ibunya menguruskan pakaian yang dicuci

Kedai Dobi di Manjung tempat kami mencuci pakaian 

Kemudian singgah di kedai menjual ikan bilis berhampiran dengan Lumut Waterfront. Selepas survey harga di kedai tu kami pun pulang semula ke bilik hotel.

Isteri survey harga ikan bilis di Lumut sebelum kami membandingkan harga yang dijual di Pangkor

Harga ikan bilis mengikut gred dan jenis 

Ketika di bilik hotel isteri mengadu masih lapar, jadi saya turun semula seorang diri membeli makanan di Pasar Malam Pekan Lumut lebih kurang 100 meter dari tempat hotel kami menginap. Rupanya suasana pasar malam itu sungguh meriah. Ramai pengunjung tidak putus-putus tiba sehinggakan tiada ruang untuk meletak kereta. Mujur juga tadi masa saya masuk ada kenderaan mahu keluar di tempat sama saya letak masa pergi ke Manjung. Saya membeli kuetiaw goreng yang dipesan isteri kemudian meronda-ronda sekitar pasar malam tersebut. Terdapat persembahan yang disampaikan oleh satu buskers di pentas. Ramai orang mengerumuni kawasan tersebut untuk melayan lagu-lagu yang disampaikan. Lagu-lagu yang didendangkan mereka adalah lagu-lagu zaman rock kapak. Saya rasa sebab itu golongan tak kira usia sedang asyik menikmati persembahan kumpulan buskers tersebut. Saya tidak pasti sama ada pasar malam ini beroperasi setiap hari atau pun seminggu sekali.


Orang ramai yang berkunjung ke Pasar Malam Lumut seolah-olah pesta sedang diadakan (gambar kabur sebab saya offkan light

Satu buskers yang membuat persembahan di pentas

Para peniaga yang menjual aneka jenis makanan di Pasar Malam Lumut

Setelah puas meronda kawasan serta membeli makanan yang dipesan isteri, saya pulang semula ke bilik. Badan pun sudah penat kerana memandu dari Kuala Lumpur yang memakan masa 8 - 9 jam.

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN BEST DI TERENGGANU : NASI LEMAK BAWAH RUMAH (NASI LEMOK WOMOH)

KEM KAIZEN, GUNUNG PULAI, PONTIAN JOHOR

CARA PENJAGAAN IRON PHILIPS STEAM AGAR LEBIH TAHAN LAMA