PENGEMBARAAN HUD KE SERATA JOHOR 2021 : HARI PERTAMA; AZHAR FOOD RENGIT - MEE RACUN TULANG BATU PAHAT - DATARAN PENGGARAM
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Apa khabar pembaca blog saya sekalian. Agak lama juga saya tidak memuat naik cerita terbaru dalam blog saya ini. Entri terakhir saya sebelum ini ialah pada bulan September 2020 yang lepas tentang Pantai Batu Hitam. PENGENALAN Kali ini saya mahu ceritakan pengalaman travel ke hampir seluruh negeri Johor pada 28 hingga 31 Mac 2021 kecuali ada dua daerah yang saya tidak saya kunjungi iaitu Kulai dan Mersing. Ini Kerana dua daerah tersebut yang tidak termasuk dalam garisan jajaran perjalanan kami. Kami sudah mengembara di semua negeri di Semenanjung dengan bersama. Keseronokan datang bukan hanya disebabkan destinasi yang hendak dituju tetapi juga melalui pengalaman dan dugaan yang dilalui di sepanjang perjalanan itu.... Tajuk Kembara kali ini saya memilih Pengembaraan Hud ke Serata Johor 2021. Saya memilih tajuk ini kerana sempena nama anak saya yang paling kecil iaitu Hud. Sempena cuti pertengahan penggal pertama se...