TEMPAT MAKAN BEST DI TEMERLOH, PAHANG : PATIN MASAK TEMPOYAK TERSEDAP DI SELERA PATIN BANGAU TEMERLOH

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat pembaca blog saya sekalian. Biarpun saya belum melengkapkan penulisan itinerary cuti sekolah Disember lepas atas faktor kesibukan sesi persekolahan 2020, saya akan menulis pengalaman makan tengah hari lauk ikan patin tempoyak Selera Patin Bangau Temerloh. Sambungan topik itenerary Disember 2019 itu akan saya Lengkapkan juga bila ada masa lapang. Bergambar di hadapan Selera Patin Bangau sebaik sahaja tiba di situ BERTOLAK KE KUANTAN Pada cuti umum sempena tahun baru Cina 2020 (24 Januari 2020), saya Tak pasti nak nak bawa keluarga pergi mana. Sebelum ini sudah 3 tahun berturut-turut setiap kali Tahun Baru Cina Kami sekeluarga akan pergi ke Melaka. Jadi pada tahun ini saya merancang untuk merubah haluan ke tempat lain. Terjadi pada hari Jumaat 24 Januari 2020, kami telah bertolak dari Kota Masai pada jam 4 petang. Kami sepatutnya bertolak lebih awal tetapi kenderaan utama kami mengalami masalah bateri kong. Saya cuba untu...