TEMPAT MENARIK DI PERLIS : BERKUNJUNG KE ARKED NIAGA PADANG BESAR, PERLIS

OLEH : AMIZAM BIN MOHAMED


Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera buat para pembaca blog saya sekalian...


Post kali ini adalah yang ketiga yang saya karang sejak semalam. Apa yang saya coretkan sejak semalam adalah hasil dari pengalaman travel ke utara semenanjung pada bulam Disember 2019.


Pertama kali saya menjejakkan kaki di Padang Besar, Perlis Indera Kayangan

Untuk hari ini ia merupakan kesinambungan cerita selepas bersarapan di Warung Tepi Sawah, Kangar. Selesai sahaja bersarapan, kami bergerak ke Padang Besar untuk membeli - belah di Bazar Arked Niaga Padang Besar. Jarak antara Bandar Kangar dan Padang Besar dianggarkan kira-kira 33 kilometer. Sehari sebelum itu, rakan saya Awang telah membawakan kami ke Padang  Besar untuk makan daging bakar istimewa. Tapi bukan rezeki kami malam itu kerana menu itu telah habis. Pun begitu Awang telah membelanjakan kami makanan panas lain di warung yang sama.



Awang (dukung anak) telah membelanjakan kami pada malam sebelum itu di Restoran Mee Mee Padang Besar

Kali ini saya pergi sendiri ke Padang Besar berbekalkan pengalaman laluan yang ditunjuki oleh Awang semalam. Dari Kangar saya melalui jalan Empangan Timah Tasoh. Kira-kira 45 minit kemudian kami tiba di Padang Besar. Padang Besar merupakan pintu keluar dan masuk di sempadan Malaysia - Thailand. 



Bulatan di CIQ Imigresen Padang Besar

Di hujung lebuhraya ke Padang Besar terdapat satu roundabout. Exit 1 dan exit 2 adalah untuk bagi mereka melalui pusat imigresen Malaysia untuk merentasi sempadan negara ke Thailand. Jadi untuk kita ke pusat perniagaan Padang Besar yang dikenali sebagai Arked Niaga Padang Besar kita perlulah mengambil exit ke-3 bulatan tersebut. Saya pun hampir memasuki lorong kedua. Kalau masuk jenuhlah nak berpatah balik kerana tidak membawa passport.



Tempat letak kereta MDPB

Tidak jauh dari bulatan ini sampailah kita di pusat perniagaan Padang Besar. Selain arked terdapat 2-3 lagi bangunan perniagaan di kawasan itu seperti Padang Besar Ware Mart tapi yang paling popular dan murah adalah Arked Niaga. Saya meletak kenderaan di kawasan letak kenderaan milik Majlis Daerah Padang Besar dengan bayaran RM3.00 sekali masuk.



Selain arked niaga terdapat juga Padang Ware Mart yang menjadi opsyen kepada pengunjung untuk membeli belah

Jarak antara tempat letak kereta dengan arked lebih kurang 100 meter. Jadi kami perlu berjalan kaki agak jauh juga. Sebenarnya ini merupakan kali pertama saya datang ke Padang Besar walaupun berpeluang untuk berbuat demikian semasa belajar di UUM dulu. Jarak dengan UUM hanya setengah jam perjalanan dengan kereta. 



Kompleks Arked Niaga Padang Besar

Bangunan arked niaga kelihatan seperti bangunan yang agak lama berbanding dengan bangunan-bangunan lain di sekitarnya. Ia seperti bangunan pasar yang mempunyai pintu masuk terbuka. Di dalamnya terdapat lot-lot kedai kecil yang menjual pelbagai jenis barang dari 3 negara iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia. Boleh kata hampir semua barang boleh kita dapati di sini yang dijual lebih murah daripada tempat lain.



Melawat lot-lot niaga

Isteri dan anak perempuan saya sempat membeli beg di salah satu lot kedai di luar bangunan arked. Walaupun diketahui beg tersebut bukannya barang original tapi tetap berkualiti dan berharga murah.



Memilih bag

Kemudian kami singgah di kedai kosmetik untuk membeli ubat kulit dan barang hiasan diri. Kemudian kami meneroka di segenap ruang arked dari tingkat bawah dan atas. Barang yang paling popular ialah jersi bola sepak pelbagai kelab dan negara. Ia dijual pada harga yang berlainan mengikut gred baju. Ada yang dijual semurah RM10.00 sehelai.



Singgah di kedai kosmetik



Sementara menunggu isteri memilih barang pekena colek buah


Kedai menjual jersey



Ismah melayan karenah Hud yang enggan berganjak dari tempat itu selagi kemahuannya tidak dituruti

Kebanyakan kedai di sini menjual pakaian-pakaian keluaran negara Thailand dan Indonesia. Oleh kerana membeli belah bukan matlamat utama kami melakukan travel jadi tidak banyak barang yang kami beli. Lagi pun barang-barang dalam kereta sudah penuh dan tidak banyak ruang yang tinggal untuk meletak barang.



Survey barang dan harganya



Ntah apa yang dibuatnya



Pandangan dari atas


Bila dah puas meronda seluruh bangunan arked kami turun ke bawah pergi ke bahagian menjual makanan. Sarapan yang kami ambil di Warung Tepi Sawah pagi tadi telah lama terhadam menyebabkan kami berasa lapar semula. Terdapat gerai yang menjual makanan gorengan berserta pencicah ala thai. Isteri membeli beberapa jenis untuk kami makan di meja yang disediakan di situ.



Makanan gorengan yang dijual di arked


Udang galah goreng



Kerang rebus


Isteri membeli sosej berperisa



Makan di meja berdekatan

Selepas kenyang menghabiskan makanan yang dibeli kami beransur pulang. Tapi sebelum itu sempat membeli cadar tebal bersaiz queen yang dijual pada harga RM100.00 untuk 3 unit. Saya membelinya untuk dijadikan hadiah kepada 2 orang sepupu perempuan saya yang berkahwin pada keesokan harinya.


Membeli cadar toto untuk dijadikan hadiah kepada dua sepupu perempuan. Yang istimewanya cadar toto itu hanya terdapat di Padang Besar sahaja. Saya telah mencarinya di Rantau Panjang tapi tiada yang jenis itu.



Bergambar kenangan sebelum meninggalkan bumi Perlis


Oklah sampai di sini sahaja nukilan saya pada kali ini. Kalau berkesempatan saya menulis cerita lain pula.

Sekian, wassalam......

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN BEST DI TERENGGANU : NASI LEMAK BAWAH RUMAH (NASI LEMOK WOMOH)

CARA PENJAGAAN IRON PHILIPS STEAM AGAR LEBIH TAHAN LAMA

KEM KAIZEN, GUNUNG PULAI, PONTIAN JOHOR