TEMPAT MENARIK DI KEDAH : PANTAI MERDEKA
OLEH : AMIZAM BIN MOHAMED
Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Begitulah bait-bait senikata lagu 'Cinta Pantai Merdeka' yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Jimbara suatu masa dahulu. Dalam senikata lagu itu juga ada memasukkan nama tempat Tanjung Dawai dan juga Gunung Jerai. Sebenar dua tempat ini boleh kita lihat bila mana kita berada di Pantai Merdeka, Kuala Muda, Kedah.
Mereka baru pertama kali datang ke Pantai Merdeka |
Pada 14.12.2019, saya berkesempatan datang melawat tempat ini lanjutan dari lawatan-lawatan saya ke negeri Kedah dan Perlis sehari sebelum itu. Selepas singgah solat di Masjid UUM, jam 3.30 petang kami beransur gerak untuk ke Lumut, Perak. Dalam benak fikiran saya, alang-alang dah berada di Kedah alangkah bagusnya seberapa banyak tempat menarik. Namun masa agak mencemburui kami kerana saya telahpun membuat tempahan awal Hotel Lumut Suites sejak 3 minggu sebelum itu. Mengikut googles maps pun masa yang diambil untuk sampai adalah 5 jam. Bermakna jam 8.30 malam baru sampai jika saya memandu tanpa henti.
Kami sampai di Pantai Merdeka pada jam 5.25 petang |
Memandu menggunakan lebuhraya PLUS, perjalanan kami agak lancar namun setelah exit di Kota Kuala Muda barulah jalan agak sesak kerana pada waktu itu mungkin ramai yang baru pulang kerja . Jalan Pekan Kota Kuala Muda ke Pantai Merdeka pula agak sempit walaupun itu merupakan jalan dua hala. Jarak antara Pekan Kota Kuala Muda ke Pantai Merdeka kira-kira 8 kilometer dan hanya boleh dilalui melalui jalan itu dan jalan itu berakhir di Pantai Merdeka.
Laut di Pantai Merdeka agak tenang. Jelas juga kelihatan Tanjung Dawai dan Gunung Jerai di seberang sana |
Kami sampai di Pantai Merdeka pada Jam 5.25 petang. Pada masa itu sudah terdapat ramai orang yang telah berkunjung di situ. Pengunjung tidak perlu begitu risau dengan ruang parking kerana di situ terdapat tempat letak kereta yang luas dengan bayaran RM1.00.
Pertama kali saya datang ke Pantai Merdeka pada tahun 2001 sewaktu mengikuti Kelab Kenu UUM melakukan aktiviti perkhemahan dan kenu di Pesisiran Pantai Merdeka. Seronok juga pada waktu itu dapat berkayak di pantai dan bermalam dalam khemah. Pada waktu malam akan ada aktiviti bbq kerang bakar. Kerang boleh didapati dengan mudah dan murah di Pasar Kuala Muda. Seingat saya pada waktu itu harga seguni kerang hanyalah RM8.00.
Tapi itu dulu. Kedatangan pada kali ini untuk melihat semula suasana dan rupa pantai ini setelah 18 tahun berlalu. Datang bersama isteri dan empat anak untuk 'melakar' potret bersama. Pantai Merdeka begitu meriah dengan kehadiran ramai pelawat. Di pantai ini terdapat gerai-gerai jualan di bawah kanopi. Saya tidak pasti sama ada ia tapak jualan kekal ataupun pada masa itu sedang dianjurkan karnival jualan. Terdapat juga tapak perkhemahan di pantai ini. Saya tidak pasti samada pelawat boleh menyewakannya atau tidak.
Aimy dan Hud si anak kecil saya pula merengek-rengek mahu naik karosil Car yang ada di situ. Mungkin belum rasa puas bermain karosil di Menara Alor Setar pada petang semalamnya menyebabkan mereka mahu main lagi di sini. Saya hanya beritahu mereka tidak boleh. Saya sebenarnya sudah kekurangan bajet maklumlah masa itukan pertengahan bulan. Lagipun banyak duit telah saya habiskan sewaktu di Alor Setar dan Perlis. Esok mahu pergi Pangkor lagi sudah tentu perlu keluarkan duit lagi.
Kami terlebih dahulu melihat suasana pantai. Airnya agak tenang pada masa itu. Cuaca pun baik sehingga jelas kelihatan Gunung Jerai yang tinggi itu serta Tanjung Dawai di seberang sana. Kami turun dari benteng untuk berjalan-jalan di gigi air. Ramai juga pengunjung yang turut berbuat demikian. Pada masa yang sama sempat juga kami mengambil gambar sekeping dua sebagai tatapan satu masa nanti. Anak-anak pula merayu pada saya untuk mandi manda tapi saya tidak benarkan kerana masa agak suntuk. Kami tidak boleh berada lama di situ. Lagi pun hari sudah lewat petang.
Oleh kerana perut agak lapar pada petang itu, kami perlu makan terlebih dahulu sebelum bertolak ke Lumut. Di Pantai Merdeka memang terdapat satu medan selera yang menjual pelbagai jenis makanan panas dan laksa. Saya memesan laksa penang manakala anak dan isteri memesan nasi goreng paprik dan pataya.
Jam menunjukkan sudah 6.30 petang. Selesai sahaja makan dan membuat bayaran, bingkas kami beredar meninggalkan Pantai Merdeka dengan sedikit catitan kenangan.
Wafiy dan Aimy bermain di gigi air |

Melakar potret bersama di Pantai Merdeka |
Tapi itu dulu. Kedatangan pada kali ini untuk melihat semula suasana dan rupa pantai ini setelah 18 tahun berlalu. Datang bersama isteri dan empat anak untuk 'melakar' potret bersama. Pantai Merdeka begitu meriah dengan kehadiran ramai pelawat. Di pantai ini terdapat gerai-gerai jualan di bawah kanopi. Saya tidak pasti sama ada ia tapak jualan kekal ataupun pada masa itu sedang dianjurkan karnival jualan. Terdapat juga tapak perkhemahan di pantai ini. Saya tidak pasti samada pelawat boleh menyewakannya atau tidak.
Suasana di benteng Pantai Merdeka |
Aimy dan Hud si anak kecil saya pula merengek-rengek mahu naik karosil Car yang ada di situ. Mungkin belum rasa puas bermain karosil di Menara Alor Setar pada petang semalamnya menyebabkan mereka mahu main lagi di sini. Saya hanya beritahu mereka tidak boleh. Saya sebenarnya sudah kekurangan bajet maklumlah masa itukan pertengahan bulan. Lagipun banyak duit telah saya habiskan sewaktu di Alor Setar dan Perlis. Esok mahu pergi Pangkor lagi sudah tentu perlu keluarkan duit lagi.
Gerai-gerai jualan terdapat di Pantai Merdeka seolah-olah satu karnival sedang berlangsung |
Kami terlebih dahulu melihat suasana pantai. Airnya agak tenang pada masa itu. Cuaca pun baik sehingga jelas kelihatan Gunung Jerai yang tinggi itu serta Tanjung Dawai di seberang sana. Kami turun dari benteng untuk berjalan-jalan di gigi air. Ramai juga pengunjung yang turut berbuat demikian. Pada masa yang sama sempat juga kami mengambil gambar sekeping dua sebagai tatapan satu masa nanti. Anak-anak pula merayu pada saya untuk mandi manda tapi saya tidak benarkan kerana masa agak suntuk. Kami tidak boleh berada lama di situ. Lagi pun hari sudah lewat petang.
Banyak ragam terutamanya Hud dan Aimy |
Kegembiraan adalah satu nikmat dalam kehidupan berkeluarga |
Oleh kerana perut agak lapar pada petang itu, kami perlu makan terlebih dahulu sebelum bertolak ke Lumut. Di Pantai Merdeka memang terdapat satu medan selera yang menjual pelbagai jenis makanan panas dan laksa. Saya memesan laksa penang manakala anak dan isteri memesan nasi goreng paprik dan pataya.
Makan laksa penang di Pantai Merdeka tapi kurang power |
Bolehlah rasanya |
Jam menunjukkan sudah 6.30 petang. Selesai sahaja makan dan membuat bayaran, bingkas kami beredar meninggalkan Pantai Merdeka dengan sedikit catitan kenangan.
Comments
Post a Comment