TEMPAT MAKAN BEST DI TEMERLOH, PAHANG : PATIN MASAK TEMPOYAK TERSEDAP DI SELERA PATIN BANGAU TEMERLOH

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat pembaca blog saya sekalian.

Biarpun saya belum melengkapkan penulisan itinerary cuti sekolah Disember lepas atas faktor kesibukan sesi persekolahan 2020, saya akan menulis pengalaman makan tengah hari lauk ikan patin tempoyak Selera Patin Bangau Temerloh. Sambungan topik itenerary Disember 2019 itu akan saya Lengkapkan juga bila ada masa lapang.


Bergambar di hadapan Selera Patin Bangau sebaik sahaja tiba di situ


BERTOLAK KE KUANTAN


Pada cuti umum sempena tahun baru Cina 2020 (24 Januari 2020), saya Tak pasti nak nak bawa keluarga pergi mana. Sebelum ini sudah 3 tahun berturut-turut setiap kali Tahun Baru Cina Kami sekeluarga akan pergi ke Melaka. Jadi pada tahun ini saya merancang untuk merubah haluan ke tempat lain. Terjadi pada hari Jumaat 24 Januari 2020, kami telah bertolak dari Kota Masai pada jam 4 petang. Kami sepatutnya bertolak lebih awal tetapi kenderaan utama kami mengalami masalah bateri kong. Saya cuba untuk membeli bateri Tapi pada saat itu banyak kedai bateri dan alat ganti kereta telah tutup. Nak tak nak saya menggunakan plan kedua iaitu menggunakan kereta kedua saya kecil iaitu Perodua Axia.



Terpaksa menggunakan kereta kedua kerana kereta pertama beteri kong. Kedai semua dah tutup kerana keesokkannya Tahun Baru Cina

Bertolak dari Kota Masai jam 4 petang dan tiba di Kuantan pada jam 10.15 malam. Sebelum itu pada jam 9 setengah malam itu tiba di Pekan, Pahang, membuat tempahan Hotel OYO Citilite Hotel, Kuantan. Malam itu kami tidur nyenyak setelah mengharung lebih 6 jam perjalanan.



Bermalam di Kuantan pada jam 10.30 malam

SINGGAH DI COWBOY JALAN KUANTAN - GAMBANG

Keesokan harinya (25 Januari 2020) kami check-out dari hotel 9.40 pagi dan bergerak melalui jalan Kuantan - Gambang. Sebaik sahaja melintasi flyover susur keluar Pekan saya berhenti di gedung Cowboy Jalan Kuantan - Gambang. Isteri saya mahu survey barang-barang yang boleh digunakan untuk menghias kelas. Kami tak boleh membeli barang terlalu banyak atau besar memandangkan kereta Axia kami mempunyai ruang yang terhad. Tambahan pula bonet kereta sudah penuh dengan beg-beg pakaian.



Checkout

Walaupun hanya sedikit barang yang dibeli, nak muatkannya dalam kereta menemui sedikit kepayahan. Terpaksalah barang-barang tertentu dialihkan ke tempat kaki dalam kereta. Manakala barang yang baru dibeli di Pasaraya Cowboy disumbat dalam bonet belakang. Selepas tu pada jam 11.40 pagi kami bertolak ke Temerloh. Di Stesen Minyak Petronas Taman Tas, saya topup sedikit petrol sebanyak RM20.00 sebelum menuju ke tol Gambang.



Singgah beli barang di Cowboy Taman Tas, Kuantan


Beli banyak-banyak tu nak sumbat mana?


Rumbu (membawa maksud melimpah)


MAKAN PATIN TERSEDAP  DAERAH TEMERLOH

Perjalanan dari Gambang ke Temerloh memakan masa lebih kurang 1 jam. Semasa dalam perjalanan itu, isteri sempat menelefon rakan sekerjanya yang berasal dari Raub bagi bertanyakan warung patin yang sedap di Temerloh. Hanya dua tempat sahaja yang disyorkan oleh rakannya itu iaitu Patin Bangau dan Patin Kancil. Jadi kami memilih Patin Bangau dalam pencarian dalam Google Maps (GM)




Selera Patin Bangau terletak di Kampung Bangau, Temerloh.
Ramai pelanggan datang berkonvoi dengan motosikal pada hari itu

Pukul 1.15 tengah hari, sampailah kami di hadapan Warung Patin Bangau. Bagaikan tak percaya juga bila GM membawakan kami memasuki jalan kampung dikelilingi pokok-pokok getah. Bila masuk lebih dalam barulah nampak ruang tepi jalan dipenuhi oleh kereta-kereta dan ratusan buah motosikal. Ternyata Warung Patin Bangau ni menjadi check point kepada mat-mat motor yang berkonvoi dari KL, Johor Bahru, N9 dan serata tempat diwaktu cuti umum.


Beratur panjang menunggu giliran



Kalau ada geng konvoi macam mereka best juga

Kaunter order. Waktu ni patin tempoyak belum masak lagi

Fatin dah sampai...eh silap..patin dah sampai
Ikan patin kalau dibiar pelanggan cedok sendiri boleh hancur isi ikan

Pada waktu kami datang, para pelanggan sudahpun beratur panjang menunggu giliran mengambil patin tempoyak yang diletak siap-siap dalam mangkuk. Warung Patin Bangau berkonsepkan layan diri, jadi para pelanggan perlu mengambil sendiri nasi dan lauk-lauk lain. Cuma patin tempoyak sahaja yang disediakan oleh pekerja warung dalam mangkuk. Satu mangkuk diletakkan sepotong ikan berharga RM15.00. Oleh kerana pelanggan terlalu ramai hari itu, kami terpaksa menunggu masakan patin tempoyak baru oleh tuan punya warung. Setengah jam juga menunggu patin tempoyak dimasak dalam periuk besar tu siap dihidang di kaunter.

RASA PATIN TEMPOYAK YANG ENAK

Saya memang tidak makan ikan patin dan lain-lain spesis ikan air tawar. Tapi oleh kerana kami datang ke Temerloh semata-mata untuk merasai kelazatan patin sangkar Sungai Pahang, saya buang sifat 'tak suka' tu. Saya mengambil 2 mangkuk patin untuk kami enam beranak makan. Kami ambil juga lauk-lauk lain seperti hati ayam goreng kacang dan telur masin.



Patin sangkar Sungai Pahang memang enak di buat masak tempoyak. Patin liar tak bolehlah nak rasa kerana harganya mahal


Lauk dah ada tapi nasik belum ambik....

Rasa kuah patin tempoyaknya memang lain dari yang biasa kita makan. Gabungan tempoyak durian yang memekatkan kuah. Rasa pedas, masin dab masamnya yang cukup menaikkan selera sesiapa yang makan. Ikan patin Sungai Pahang sememang tidak hanyir dan berbau tidak seperti patin kolam atau sangkar air mati. Saya yang tak makan ikan patin ni pun boleh makan dan rasa sedap apatah lagi orang yang menggemari patin seperti isteri saya. Sebab itulah Warung Patin Bangau ni terkenal oleh penggemar patin dari luar.



Dah boleh makan setelah setengah jam menunggu. Perut pun dah lapar. Yelah dah pukul 2.00 petang



Alhamdulillah atas nikmat rezeki yang dikurniakan olehNya.


Swafoto bersama
Lazat dan menyelerakan

Dari segi harga, saya rasa RM15.00 untuk semangkuk yang mengandungi sepotong patin adalah berpatutan dan berbaloi dengan rasa yang sedap. Cuma telur masinnya sebelah berharga RM1.50. Sebiji dah jadi RM3.00. Bagi saya harga itu agak mahal.. tapi dah rasa nak makankan mahal pun ambil jerlah... Di lain masa kalau kami datang semula ke warung ini memang kami merancang untuk bawa sendiri telur masin bagi menjimatkan kos. Dah dapat jimat RM2.00 untuk sebijik telur.



Kami merancang datang ke sini lagi mungkin pada bulan Disember ini

Oklah...lain-lain lauk saya tak nak komen sebab itu cuma pelengkap... saya bagi ⭐⭐⭐⭐⭐ untuk rasa ikan patin tempoyak..  InshaAllah bila isu Covid 19 sudah reda kami merancang untuk datang ke mari lagi.


#Nota : selepas makan kami pergi ke Kubang Gajah Waterpark tidak jauh dari situ...

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN BEST DI TERENGGANU : NASI LEMAK BAWAH RUMAH (NASI LEMOK WOMOH)

CARA PENJAGAAN IRON PHILIPS STEAM AGAR LEBIH TAHAN LAMA

KEM KAIZEN, GUNUNG PULAI, PONTIAN JOHOR