Jika anda berada di Kuala Terengganu, jangan lupa untuk untuk mencuba makan nasi lemak bawah rumah. Nasi lemak bawah rumah mendapat nama kerana pemilik perniagaan itu menjual nasi lemak di bawah rumahnya (kolong rumah). Rumah Limas Terengganu : Nasi Lemak Bawah Rumah terletak di Kampung Gelong Bilal, Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Beroperasi pada awal pagi hingga ke subuh setiap hari. Kedudukan terletak betul-betul di persimpangan lampu isyarat Kampung Gelong Bilal. Bagi orang bukan dari Kuala Terengganu, untuk ke sini anda perlu mengambil jalan ke Kampung Bukit Besar seterusnya ke Kampung Pasir Panjang. Kedudukannya atas sedikit dari Pasir Panjang. Bagi yang mengetahui selok - belok jalan sekitar Kuala Terengganu boleh juga melalui Jalan Gong Kapas - Panji Alam - Gong Tok Nasek - Bukit Bayas. Sebenarnya jalan ini merupakan jalan lingkaran seperti kuih pau. Boleh menembusi antara satu sama lain. Ia beroperasi pada larut malam hingga ke waktu subuh. Say...
BERAKTIVITI DI KEM KAIZEN GUNUNG PULAI Pada 19 hingga 21 September 2019, Sekolah Kebangsaan Kota Masai, Pasir Gudang telah mengadakan aktiviti 'perkhemahan' di Kem Kaizen, Gunung Pulai, Pontian Johor. Pintu masuk ke Kem Kaizen 2019 Kedudukan Kem Kaizen dari Kota Masai sebenarnya agak jauh. Jaraknya kira-kira 70 kilometer dengan masa yang diambil untuk ke sana lebih kurang 1 jam. Saya yang bertugas bagai Ketua AJK BBQ turut serta dalam aktiviti ini. Tambahan anak sulung saya iaitu Wafiy turut mengambil bahagian. Saya tiba di Kem Kaizen pada jam 6.00 petang, 20 September 2019 Tugas sebagai Ketua AJK BBQ saya pegang sejak melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Kokurikulum sekolah pada tahun 2016. Bermula dari tahun itulah setiap kali camping sekolah diadakan, saya akan membakar ayam-ayam untuk peserta dan guru bertugas. KEMUDAHAN TERDAPAT DI KEM KAIZEN Menurut cerita yang saya dengar Kem Kaizen sudah beroperasi lebih 20 tahun iaitu sejak tahun ...
Salah satu tempat unik untuk bergambar bagi pengunjung yang kebetulan lalu di Jalan Kota Tinggi - Mersing dan Jalan Kluang - Jemaluang ialah Tasik Jemaluang atau di panggil Tasik Hijau. Keunikan tasik ini adalah terletak pada kehijauan airnya serta pemandangan kawasan sekeliling. Saya bergambar di Tasik Jemaluang @ Tasik Hijau, Mersing Johor. Saya tidak pasti apakah yang menjadi punca air tasik kecil tersebut menjadi berwarna hijau. Akan tetapi mengikut kebiasaan di Malaysia, kebanyakan air tasik atau kolam yang berwarna biru atau hijau ini merupakan bekas kawasan lombong. Mungkin Tasik Jemaluang ini dulu adalah kawasan perlombongan mineral ataupun kuari. Kalau benar ia kawasan tinggal lombong pastinya air tasik ini tidak sesuai untuk kegunaan makan, minum dan mandi-manda. Tasik Jemaluang dengan kehijauan dan ketenangan airnya Walaubagaimana pun view tasik ini amat cantik seolah-olah ia terhasil dari proses semulajadi alam. Kedudukannya yang terletak di penghujung ...
Comments
Post a Comment