Kota Masai ( Eco Tropics)

Saya tiba buat pertama kali di Kota Masai pada 30 Disember 2008 pada jam 3.00 petang. Pada masa itu, Kota Masai sebuah pekan kecil tetapi mempunyai penduduk yang ramai. Kota Masai terletak kira-kira 7.5 km dari Bandar Pasir Gudang dan 33 km dari Bandaraya Johor Bahru. Di sini terdapat beberapa petempatan penduduk mengikut nama-nama jalan iaitu :-

1. Jalan Betik
2. Jalan Ciku
3. Jalan Bacang
4. Jalan Duku
5. Jalan Durian
6. Jalan Tembikai
7. Jalan Nenas
8. Jalan Jambu
9. Jalan Mangga
10. Jalan Pulasan
11. Jalan kuini
12. Jalan Cermai
13. Jalan Rambai
14. Jalan Markisa
15. Bandar Bistari Perdana

Selain itu, terdapat beberapa pusat perniagaan yang menempatkan lot-lot kedai yang juga mengikut jalan-jalan iaitu :-

1. Perkedaian Jalan Betik
2. Perkedaian Jalan Bacang
3. Perkedaian Jalan Tembikai
4. Perkedaian Jalan Mangga
5. Perkedaian Jalan Rambai
6. Perkedaian Jalan Jambu
7. Ecotropics Business Park

Di Kota Masai juga terdapat beberapa sekolah yang menjadi pusat menimba ilmu bagi anak-anak di Kota Masai iaitu :

1. SK Kota Masai - Jalan Jambu
2. SK Kota Masai 2 - Jalan Tembikai
3. SK Kota Masai 3 - Jalan Ciku
4. SMK Kota Masai - Jalan Bacang
5. SMK Kota Masai 2 - Jalan Tembikai
6. Sekolah Agama Taman Kota Masai 
7. Sekolah Agama Taman Kota Masai 2

Bagi masjid pula terdapat 2 buah masjid yang menjadi pusat ibadat muslimin dan muslimat iaitu :

1. Masjid At-Taqwa Jalan Nenas
2. Masjid Almunawarah Jalan Ciku

Stesen minyak :

1. Stesen Minyak Caltex Jalan Betik
2. Stesen Minyak Petronas Jalan Bacang
3. Stesen Minyak Petronas Jalan Mangga

BANK DAN MESIN ATM

Tiada bank yang beroperasi di Kota Masai tetapi terdapat mesin-mesin ATM yang beroperasi di premis-premis berikut : -

1. ATM Bank Islam - Stesen Minyak Caltex Jalan Betik
2. ATM Meps - Stesen Petronas Jalan Bacang
3. ATM/CDM CIMB - Stesen Minyak Petronas Jalan Mangga
4. ATM Maybank - Stesen Minyak Jalan Mangga
5. ATM AMBank - 7 Eleven Jalan Bacang

Sekiranya ingin berurusan dengan kaunter bank bolehlah pergi ke Pusat Bandar Pasir Gudang kerana di situ terdapat beberapa buah bank beroperasi iaitu Bank Islam, RHB, CIMB dan Maybank.

PASAR MALAM DI KOTA MASAI
PASAR MALAM

Terdapat 3 pasar malam yang beroperasi di Kota Masai iaitu Pasar Malam Jalan Mangga 2, Pasar Malam Jalan Tembikai dan Pasar Malam Jalan Bacang.

Pasar malam Jalan Mangga 2 beroperasi pada setiap hari Ahad bermula jam 5.00 petang sehingga 12.00 malam. Pasar malam ini Tidaklah besar kerana ia baru beroperasi lebih kurang satu tahun.

Pasar Malam Jalan Mangga 2 beroperasi setiap hari Ahad

Nanti jika berkesempatan saya akan memuatnaik gambar-gambar kawasan sekitar Kota Masai..

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN BEST DI TERENGGANU : NASI LEMAK BAWAH RUMAH (NASI LEMOK WOMOH)

KEM KAIZEN, GUNUNG PULAI, PONTIAN JOHOR

CARA PENJAGAAN IRON PHILIPS STEAM AGAR LEBIH TAHAN LAMA