Penggemar murtabak sekitar Johor Bahru dan kawasan berdekatan boleh cuba menikmati keenakan murtabak cheese meleleh di Murtabak Majid Special Cheese No.1 di Jalan Kurniaan, Kampung Kurnia, Johor Bahru. Pada saya, rasa murtabak ini terbaik dan memenuhi cita rasa dan selera orang Johor tetapi saya sebagai orang pantai timur lebih menggemari murtabak yang dicicah kuah cuka bawang yang berwarna merah. Akan tetapi pencicah ini tidak disediakan di sini. Walau bagaimanapun pelanggan boleh mencicah murtabak ini dengan kuah kacang dhal yang tetap enak dimakan. ☆☆☆☆☆
|
Murtabak cheese yang kami order di Warung Murtabak Majid Special |
|
Mee Rebus Johor juga dijual di warung ini |
|
Warung Murtabak Majid Special Cheese No.1 Johor Bahru menerima ramai pengunjung setiap hari
|
Comments
Post a Comment