PASAR BESAR KEDAI PAYANG
Satu tempat yang menjadi ikonik bagi Kuala Terengganu ialah Pasar Besar Kedai Payang. Terletak berhampiran dengan muara Sungai Terengganu, ia menjadi pilihan kepada para pelancong datang untuk singgah di sini ketika melawat negeri ini.
Nama Pasar payang diambil dari nama perahu payang yang digunakan oleh masyarakat tepi pantai Terenganu dahulu untuk berdagang dan menangkap ikan. Jadi mungkin tapak pasar payang ini merupakan tempat berlabuh dan pemunggahan hasil laut dan barang lain menggunakan perahu payang. Nama pasar ini kekal hingga ke hari ini. Apa pun orang Terengganu juga memanggil nama tempayan dengan payang. Tetapi yang lebih sinonim dengan masyarakat sini yang rata-rata bekerja sebagai nelayan adalah perahu payang.
KENANGAN DI PASAR PAYANG ERA 80-AN, 90-AN DAN ERA MILINIUM
Kehidupan Pasar Payang dengan keluarga saya amat rapat. Ayah saya di zaman remajanya sejak tamat persekolahan rendah tahun 60-an telah bekerja di Pasar Payang sebagai pembantu tukang masak sebuah restoran. Itu menurut ceritanyalah. Saya tidak berapa tahu sangat.
Perahu Payang berlabuh di Pasar Payang setengah abad yang lalu. Kredit gambar : heritagemalaysia.bl |
Kemudian beliau berhijrah ke Pulau Pangkor, Perak pada lewat tahun 1960-an sebelum berkahwin dengan ibu saya (awal 70-an). Pada waktu itu ayah bekerja sebagai pemukat bilis di Pulau itu. Pada tahun 1974 mungkin, ayah membawa emak pulang ke Kampung Fikri, Setiu sebelum saya dilahirkan pada Julai 1975. Kemudian ayah berhijrah ke Kuantan tahun 1976 membuka perniagaan nasi minyak di Jeti bot penambang Kuantan - Tanjung Lumpur. Waktu itu kami menyewa rumah di Jalan Bukit Ubi. Pada bulan awal tahun 1982, ayah membawa kami pulang semula ke Kampung Fikri setelah emak saya memujuk ayah pulang ke Terengganu.
Sewaktu pulang ke Kampung Fikri, kehidupan mula keluarga susah. Kereta toyota wagon ayah ditarik oleh pihak bank kerana tidak membayar ansuran. Ya lah tiada kerja yang ayah boleh lakukan pada waktu itu. Walaupun Kampung Fikri tu kawasan terpencil zaman itu, ejen penarik kereta bank masih mampu mencari dan menariknya
Kemudian sekitar awal tahun 1983, ayah menjual motor vespanya untuk dibuat modal berniaga. Ayah telah berhijrah ke Bandar Terengganu (Kuala Terengganu). Tinggallah emak dan kami 6 beradik termasuk Shikin adik perempuan yang masih kecil pada waktu itu tinggal di Kampung Fikri. Tetapi waktu itu, kami turut dijaga oleh Tokki Ali (datuk) dan Tok Hajar (nenek).
Hidup tanpa suami disisi membuatkan hidup emak jadi tidak menentu. Tambahan pula emak saya mempunyai sakit misteri yang sewaktu sakitnya menjadi seorang kemurungan. Baiknya cuma 2-3 bulan kemudian sakit semula. Orang kampung pula selalu buat cerita tentang ayah di bandar.
Satu hari ibu nekad membawa kami adik beradik menaiki bas ke Bandar Terengganu. Dari Kampung Fikri jika mahu ke Terengganu perlu pergi ke Kampung Guntung Luar dahulu. Jaraknya lebih kurang 8 km. Untuk ke situ perlu naik kereta prebet atau berjalan kaki. Bas Kuala Terengganu - Jerteh hanya melalui jalan itu pada waktu itu.
Emak mengusung kami 5 beradik yang masih kecil dari Kampung Fikri ke Stesen Bas Kuala Terengganu mencari ayah yang waktu itu bekerja di Pasar Payang. Kredit foto : wassupifang blog |
Kami 5 beradik dan emak menaiki bas tingkap kayu berwarna merah oren Terengganu Bus Co. Ke bandar Kuala Terengganu. Cuma yang tak ikut Kak Amnah kerana dia duduk di asrama SM Tengku Ibrahim. Sewaktu sampai di stesen bas bandar, emak tak tahu mencari ayah kat mana sebab alamat tak ada. Orang ramai kehairanan melihat emak bersama deretan anak-anak kecil mencari orang bernama awang (panggilan nama ayah). Orang ramai mengerumuni kami.
Orang ramai bertanya emak cari siapa. Mak hanya cakap cari Awang kerja di Pasar Payang. Kebetulan di situ ada Mat Zin (peniaga buah-buahan terkenal Pasar Payang) yang mengenali ayah saya. Mat Zin lah yang bagi tahu ayah yang mak ada kat stesen bas (depan Paya Bunga Mall sekarang).
Apa kaitan gambar artis ni? Sebenarnya perempuan sebelah Syeqal penyanyi itu adalah anak Pak Mat Zin yang saya cerita di atas. Jadi Syeqal adalah menantu Pak Mat Zin. Kredit foto : Astro Awani |
Ayah datang jumpa kami dan bawa kami ke Hotel Bunga Raya untuk bermalam. Kemudian dalam beberapa hari itu ayah mencari rumah sewa sekitar Kampung Tanjung. Sejak dari itu emak dan adik-adik tinggal di Kampung Tanjung. Manakala kakak Sulung saya Amnah, kakak kedua Dah dan saya dibawa pulang ke Kampung Fikri tinggal bersama tok dan tokki. Ini kerana kami masih bersekolah di situ. Kak Amnah sekolah menengah di Sekolah Tengku Ibrahim, Kampung Buluh. Manakala saya dan Kak Dah bersekolah di SK Kampung Fikri.
Ayah pada waktu itu bekerja di Pasar Payang dengan menjadi anak kuli Awang Poksu. Awang Poksu menjual buah pisang secara borong. Adakalanya buah limau manis. Ayah menjadi driver lori kecil mengambil pisang dan buah limau di Johor. Kemudian buah itu di jual di Pasar Payang. Tapak Pasar Payang pada waktu itu di kaki Bukit Puteri.
Setelah Awang Poksu meninggal dunia setahun kemudian, ayah berniaga sendiri di Pasar Payang tersebut. Pada tahun 1984 ayah membawa kami bertiga tinggal bersama di Kampung Tanjung. Kak Amnah bersekolah di SM Panji Alam. Manakala saya dan Kak Dah di SK Paya Bunga. Waktu ini saya berumur 9 tahun.
Pada umur 9 tahun ini, saya mula membantu ayah berniaga di Pasar Payang. Pada waktu itu ayah menjual bawang. Saya masih ingat pada waktu itu menjual bawang mengunakan cupak.
Di musim durian seronok melihat ayah menjual buah durian di Pasar Payang. Harga durian ditentukan oleh saiz dan warna isi durian. Bila pembeli dah setuju dengan harganya, ayah akan mengikat buah durian dengan tali rafia. Menurut ayah, zaman dahulu kala, orang hulu (merujuk masyarakat Kuala Berang) mengangkut buah durian menggunakan rakit buluh mudik ke Pasar Payang yang terletak di kuala sungai. Lepas jual mereka akan pulang ke hulu sama ada dengan bas atau berjalan kaki.
Di waktu lain, saya membantu ayah menjual buah-buahan dari Siam seperti limau manis dan mempelam. Biasanya menjual itu mengikut biji atau longgok. Sama ada 4 atau 5 biji seringgit. Kalau pula, buah disusun mengikut bentuk piramid mengandungi 10 biji buah. Harga satu longgok biasanya dua ringgit. Waktu yang paling untung berniaga ialah pada 'petang megang' (esok puasa atau raya petang tersebut dipanggil petang megang).
Bila perniagaan di Pasar Payang kurang memberansangkan kerana tidak mampu bersaing dengan peniaga lain yang sering menjual murah di bawah harga modal, ayah berniaga tembikai pula di Pasar Magrib, Bukit Besar. Cuma bila musim menjual buah durian barulah ayah menjual di perkarangan Pasar Payang.
Di Tahun 1995 selepas tamat ambil STPM, saya membantu ayah menjual semula di Pasar Payang. Oleh kerana tiada tapak berniaga di Pasar Payang, kami sering dihalau oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Terengganu. Bila penguatkuasa tiada kami jual semula di tapak itu (perkarangan Surau Pasar Payang). Bila sering sahaja dihalau, kami jual pula di bahagian belakang pasar. Di situ pun sama juga tapi taklah seteruk menjual di bahagian depan.
Pada awal tahun 1996, MPKT membuka peluang menyewa gerai niaga dalam Pasar Payang. Ayah menyuruh saya memohon dan saya buatlah permohonan. Permohonan menyewa gerai diluluskan MPKT namun saya pula tak dapat berniaga kerana pada waktu itu saya mendapat tawaran kerja di Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu.
Hanya setakat itu pengalaman saya berniaga di Pasar Payang. Kini jika saya ke sana bukan lagi sebagai peniaga atau penjaja tetapi sebaliknya sebagai pelawat dan pelanggan.
MELAWAT PASAR PAYANG BARU
Sudah lama juga saya tak melawat Pasar Payang sehingga tidak tahu Pasar Payang lama telahpun diroboh. Terkilan juga sebelum ini tak merakam gambar ketika berkunjung ke tapak lama.
Pada 28 Oktober 2019, saya membawa isteri dan anak-anak datang melawat Pasar Payang Baru. Terkejut juga tengok. Kalau diikutkan kedudukan tapak baru, rasanya ia berada di atas kawasan yang ditambak. Namun tapak baru ini lebih memberi keselesaan kepada pelawat kerana jalan kurang sesak dan lebih teratur. Tempat letak kereta juga banyak jadi tidak sukar mencari tempat parking kosong.
Cuma saya kasihankan peniaga kain dan pakaian kerana keluasan lot agak sempit. Tidak banyak barang dapat diletak dan dipamer berbanding tapak lama.
Kami sampai di Pasar Payang jam 5.00 petang melalui Jalan Pesisir Payang. Walaupun sudah agak petang, orang ramai terutama pelancong luar tidak putus-putus masuk untuk membeli belah. Kebetulan semasa saya sampai, terdapat kereta yang baru keluar dari parking. Jadi saya mendapat tempat yang agak dekat dengan pasar.
Tujuan asal saya masuk ke pasar ini untuk membeli kasut anak kecil saya Hud Naufal. Kasutnya telah hilang. Jadi saya perlu menggantikannya kalau tak, kenalah saya mendukungnya kalau pergi ke mana-mana.
Pada pengamatan saya, Pasar Payang baru lebih teratur dan bersih. Ya lah tempat barukan mestilah bersih. Walaubagaimanapun, pasar baru ini menjadikan saya beginner semula mengenai selok-belok kawasan ini. Pasar lama sudah tentu saya sudah expert dan tahu semua tempat dan arah jika ingin mencari sesuatu barang.
Untuk pasar baru saya perlu merujuk papan tanda untuk mencari arah. Bila masuk ke Pasar Payang nafsu membeli meluap-luap apabila melihat barang-barang dijual terutamanya makanan dan jeruk tradisional.
Isteri membeli kasut Hud di bahagian tengah pasar kerana kedudukan lot-lot menjual pakaian, makanan dan selipar terletak di kawasan itu. Harga yang diletak oleh peniaga bagi sepasang kasut getah untuk Hud adalah RM15.00 selepas ditawar dapatlah harga RM13.00.
Kecur mulut saya apabila melihat rojak kateh (jeruk urat keting lembu). Kalau dahulu saya suka makan rojak kateh ini dengan mihun atau mi goreng. Namun begitu saya tidak membelinya kerana rojak kateh hanya selera dimakan waktu pagi dan tengah hari. Kalau saya membelinya hari itu saya perlu makan diwaktu malam.
Kami berada di Pasar Payang Baru tidak lama. Lebih kurang setengah jam sahaja. Di bulan Oktober dan November biasanya kami sudah stop membeli pakaian dan stok makanan kerana cuti panjang persekolahan dan tak lama. Lebih kurang 4 minggu sahaja. Jadi membazir bagi kami membeli barang yang banyak. Waktu ini, kami akan menghabiskan stok makanan yang ada sebelum bercuti.
Pukul 5.30 petang, kami beredar dari Pasar Payang. Selepas itu kami meneruskan baki cuti sempena perayaan Deepavali dengan merasai keseronokan menaiki bot penambang dari Pasar Payang ke Seberang Takir yang boleh anda baca dengan klik link di bawah......
MENAIKI BOT PENAMBANG KE SEBERANG TAKIR
Sekian, wassalam.....

Pasar Payang Lama yang telah dirobohkan untuk dibangunkan dengan satu mercu tanda baru. Foto dari Harian Metro |

Pintu hadapan Pasar Payang Baru |
Pada 28 Oktober 2019, saya membawa isteri dan anak-anak datang melawat Pasar Payang Baru. Terkejut juga tengok. Kalau diikutkan kedudukan tapak baru, rasanya ia berada di atas kawasan yang ditambak. Namun tapak baru ini lebih memberi keselesaan kepada pelawat kerana jalan kurang sesak dan lebih teratur. Tempat letak kereta juga banyak jadi tidak sukar mencari tempat parking kosong.
Pasar Payang Baru dan ruang kosong di tengah adalah tapak Pasar Payang lama yang sedang dibangunkan. |
Cuma saya kasihankan peniaga kain dan pakaian kerana keluasan lot agak sempit. Tidak banyak barang dapat diletak dan dipamer berbanding tapak lama.
Bahagian belakang (Pesisir Payang) Pasar Payang |
Kami sampai di Pasar Payang jam 5.00 petang melalui Jalan Pesisir Payang. Walaupun sudah agak petang, orang ramai terutama pelancong luar tidak putus-putus masuk untuk membeli belah. Kebetulan semasa saya sampai, terdapat kereta yang baru keluar dari parking. Jadi saya mendapat tempat yang agak dekat dengan pasar.
Lot keropok dan jajan Pasar Payang |
Tujuan asal saya masuk ke pasar ini untuk membeli kasut anak kecil saya Hud Naufal. Kasutnya telah hilang. Jadi saya perlu menggantikannya kalau tak, kenalah saya mendukungnya kalau pergi ke mana-mana.
Beli kasut getah Hud dulu |
Pada pengamatan saya, Pasar Payang baru lebih teratur dan bersih. Ya lah tempat barukan mestilah bersih. Walaubagaimanapun, pasar baru ini menjadikan saya beginner semula mengenai selok-belok kawasan ini. Pasar lama sudah tentu saya sudah expert dan tahu semua tempat dan arah jika ingin mencari sesuatu barang.
Buah keranji (orang Terengganu panggil buah kadeh) dan buah celagi dijual di luar Pasar Payang |
Untuk pasar baru saya perlu merujuk papan tanda untuk mencari arah. Bila masuk ke Pasar Payang nafsu membeli meluap-luap apabila melihat barang-barang dijual terutamanya makanan dan jeruk tradisional.
Isteri membeli kasut Hud di bahagian tengah pasar kerana kedudukan lot-lot menjual pakaian, makanan dan selipar terletak di kawasan itu. Harga yang diletak oleh peniaga bagi sepasang kasut getah untuk Hud adalah RM15.00 selepas ditawar dapatlah harga RM13.00.
Rojak kateh ni makanan kegemaran saya. Suka makan dengan mihun atau mi goreng. |
Kecur mulut saya apabila melihat rojak kateh (jeruk urat keting lembu). Kalau dahulu saya suka makan rojak kateh ini dengan mihun atau mi goreng. Namun begitu saya tidak membelinya kerana rojak kateh hanya selera dimakan waktu pagi dan tengah hari. Kalau saya membelinya hari itu saya perlu makan diwaktu malam.
Telur penyu banyak dijual di Pasar Payang sejak zaman berzaman |
Kami berada di Pasar Payang Baru tidak lama. Lebih kurang setengah jam sahaja. Di bulan Oktober dan November biasanya kami sudah stop membeli pakaian dan stok makanan kerana cuti panjang persekolahan dan tak lama. Lebih kurang 4 minggu sahaja. Jadi membazir bagi kami membeli barang yang banyak. Waktu ini, kami akan menghabiskan stok makanan yang ada sebelum bercuti.
Kalau pergi ke mana-mana isteri suka pergi ke bahagian suvernir |
Sudut lain |
Pukul 5.30 petang, kami beredar dari Pasar Payang. Selepas itu kami meneruskan baki cuti sempena perayaan Deepavali dengan merasai keseronokan menaiki bot penambang dari Pasar Payang ke Seberang Takir yang boleh anda baca dengan klik link di bawah......
MENAIKI BOT PENAMBANG KE SEBERANG TAKIR
Sekian, wassalam.....
Comments
Post a Comment