TEMPAT BERSEJARAH DI JOHOR BAHRU : KILOMETER KOSONG DI JOHOR BAHRU (KILOMETER SIFAR : KM0 JB)

Kita tentu pernah mendengar pepatah Melayu berbunyi "Sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan". Tapi adakah anda tahu dimanakah terletaknya pangkal jalan di Semenanjung Malaysia. Pangkal jalan bermaksud tempat bermula iaitu di situlah sesuatu ukuran jarak bermula.

Saya bergambar di batu penanda asal KM0 Johor Bahru berdekatan Pejabat Pos Malaysia JB.

Di Malaysia ukuran jarak bagi jalan raya menggunapakai ukuran metrik Kilometer atau KM. Kalau Amerika Syarikat dan United Kingdom lebih cenderung menggunakan ukuran metrik batu atau miles. Ok menjawab soalan saya di atas iaitu "Dimanakah terletaknya pangkal jalan di Semenanjung Malaysia". Sebenarnya pangkal jalan atau tempat bermulanya ukuran KM di Semenanjung terletak di Johor Bahru iaitu berhampiran dengan Pejabat Pos Malaysia JB. 

KM0 JB merupakan permulaan kiraan bagi 3 Laluan Persekutuan Semenanjung Malaysia FT1, FT3 dan FT5

Dari posisi lain batu tanda KM0 dari arah Teluk Danga

Berhampiran dengan pejabat pos itu terdapat sebuah batu tanda asal KM0 Johor Bahru. Di situlah kiraan permulaan KM di ambil. Tidak seperti kebiasaan di negara-negara lain, permulaan kiraan jalan raya terletak di ibu kota negara masing-masing. Kalau diikutkan resam negara-negara lain sepatutnya jalan di Kuala Lumpurlah terletaknya KM0 ini.

Batu tanda baru KM0 berbentuk sebuah tugu dibina berhadapan Pejabat Pos Malaysia Johor Bahru

Batu tanda baru menunjukkan jarak tempat lain

Jalan di Pejabat Pos Malaysia JB ini terpilih kerana kedudukannya yang paling selatan bukan sahaja di Semenanjung Malaysia malah bagi Tanah Besar Asia. Jalan ini juga termasuk dalam tiga laluan (jalan persekutuan) tulang belakang Semenanjung Malaysia iaitu Laluan Persekutuan 1 FT1 (JB - Bukit Kayu Hitam, Kedah) yang jaraknya 826.6km, Laluan Persekutuan 3  FT3 (JB - Rantau Panjang, Kelantan) yang jaraknya 739.06km  dan Laluan Persekutuan 5 FT5 (JB - Jelapang, Perak) yang jaraknya 655.8km.

IMPIAN SAYA

Jika kesihatan mengizinkan serta mempunyai masa dan kewangan yang mencukupi, saya mempunyai keinginan untuk melakukan penjelajahan bermotosikal (kapcai) tidak kiralah secara solo ataupun berkumpulan menyusuri tiga laluan utama semenanjung ini (FT1, FT3 dan FT5) bermula di point paling selatan ini hingga ke point paling utara.

Hanya impian tapi sukar dilaksanakan iaitu menjelajah di tiga laluan iaitu FT1, FT3 dan FT5 bermula di starting point ini

SINGGAH DI SINI

Sepanjang saya tinggal di Pasir Gudang selama hampir 11 tahun, hanya dua kali sahaja saya datang ke sini iaitu pada 16 November 2019. Pertama kali saya datang dengan menggunakan kereta manakala untuk kali ini saya datang dengan motosikal.

Saya datang dari Padang Sri Gelam kemudian singgah di Masjid Sultan Abu Bakar. Dalam perjalanan pulang ke Pasir Gudang singgah di sini sekejap.

Sudut lain

Bagi sayalah seorang pengembara atau rider tulen seharusnya memasuk kan tempat KM0 ini sebagai salah satu checkpoint yang wajib disinggah untuk merakam kenangan. Diminda seorang pengembara tulen akan selalu berkira-kira dengan jarak dan masa dan akan menghargai setiap kilometer yang ditempuhinya. Sebaliknya jika anda hanya seorang pelancong tak perlulah singgah kerana tiada apa-apa yang menarik di sini kerana ia cumalah  sebatang jalanraya biasa.

Sekian, wassalam.....

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN BEST DI TERENGGANU : NASI LEMAK BAWAH RUMAH (NASI LEMOK WOMOH)

KEM KAIZEN, GUNUNG PULAI, PONTIAN JOHOR

CARA PENJAGAAN IRON PHILIPS STEAM AGAR LEBIH TAHAN LAMA