BAGAIMANA MEMBUATKAN ARTIKEL BLOG KITA DAPAT DI SEARCH DALAM GOOGLE
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat pengunjung blog sekalian.
Artikel berkenaan Pasar Karat Rengit adalah antara artikel saya yang sering menerima kunjungan pelawat setiap hari. Ia juga berada dalam top result sekiranya anda membuat carian google menggunakan kata kunci 'Pasar Karat Rengit' |
Kali ini saya akan berkongsi tips buat para blogger amatur seperti saya tentang bagaimana cara membolehkan setiap artikel yang kita sudah publish dapat di cari dalam indeks google. Pada awal-awal pembabitan saya dalam dunia maya sebagai blogger amatur memang agak sukar untuk menerima pengunjung 'luar'. Blog saya itu hanya dikunjungi rakan-rakan terdekat mahupun jauh yang terdapat dalam friend list facebook apabila saya share dalam feeds facebook. Jika penulisan saya itu menarik akan terdapatlah 30-40 pengunjung yang membaca artikel saya itu. Kalau tak menarik adalah dalam 5 - 10 orang yang membacanya.
Pada masa itu, saya cuba membuat carian dalam google artikel-artikel yang pernah saya publish. Apa yang mengejutkan tiada satu pun artikel-artikel saya itu terpamer dalam indeks carian google dari halaman pertama hinggalah ke halaman terakhir.
Saya sememangnya seorang yang jahil bab-bab webmaster ni. Tetapi disebabkan oleh semangat untuk berkarya itu tinggi, saya mencari dan membaca tips - tips yang diketengahkan oleh blogger-blogger profesional dan juga mereka yang mahir dalam ICT. Kaedah-kaedah mereka agak complicated juga untuk blogger amatur seperti saya memahaminya terutamanya istilah-istilah ICT yang digunakan. Saya tetap mencuba juga menggunakan tips-tips yang disampaikan tetapi hasilnya tetap sama. Artikel atau blog saya tetap tidak wujud atau terjana dalam google search.
Saya berputus asa juga. Ya lah apalah guna menulis kalau tiada pembaca. Itu namanya syok sendiri. Tambahan dalam masyarakat generasi kini memang tidak suka membaca. Mereka lebih gemar menonton rakaman video yang terdapat di youtube, facebook dan lain-lain terutama video-video viral yang disebarkan. Pelakonnya pula sanggup berbuat apa sahaja untuk menaikkan view. Namun begitu masih terdapat peminat blog dari kalangan mereka yang suka membaca dan ingin mencari bahan rujukan terutamanya orang yang suka melakukan travel atau backpacker. Oleh kerana sikap putus asa itu saya perlahankan sedikit menulis artikel baru pada tahun 2018.
BLOG MULA BOOM SEDIKIT DEMI SEDIKIT
Di akhir tahun 2018 saya menulis artikel berkenaan dengan pengalaman pergi ke Pekan Golok dengan kereta. Ternyata ia mendapat kunjungan pembaca hampir setiap hari melalui google search. Sebelum itu saya membuat pengubahsuaian terhadap artikel lama berkenaan dengan pengalaman menginap di Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang. Ternyata artikel itu juga menerima kunjungan pembaca setiap hari dan ia merupakan hot artikel kerana menerima kunjungan pembaca antara 15 hingga 20 orang setiap hari.
Orang sering bertanya dapat duit ker? Saya ingin nyatakan di sini bahawa duit bukanlah keutamaan saya. Apa yang penting bagi saya adalah kepuasan. Ia adalah hobi dan hobi saya adalah menulis. Walaupun sebenarnya ia boleh menjana pendapatan tetapi saya tidak berbuat demikian. Hobi orang ni macam-macam. Ada yang suka main game online walaupun dah tua. Ada yang suka memancing. Ada yang suka naik motor, kayuh basikal. Saya pasti itu semua tak menjana duit pun. Keluar duit lagi adalah. Tapi nak buat macamana kan dah hobi dan kita rasa puas bila kita berjaya dalam hobi yang dilakukan.
Berbalik pada blog tadi, bila artikel dalam blog mula mendapat sambutan. Pada tahun 2019, saya kembali aktif menerbitkan artikel. Artikel-artikel saya mula dapat dicari dalam enjin pencari google. Malah ada artikel saya terjana dalam halaman pertama indeks google jika menaip menggunakan kata kunci tertentu. Kebanyakan artikel saya berkisar tentang pengalaman berkunjung ke satu tempat. Saya lebih suka membuat promosi percuma terutamanya kepada usahawan-usahawan Melayu dengan membuat review dalam artikel.
SIAPA PENGUNJUNG BLOG SAYA?
Di sini saya ingin nyatakan 92 % pengunjung blog saya datangnya dari orang yang tidak saya kenali. Ini dapat dilihat melalui traffict source yang menunjukkan pengunjung datang dari sumber google dan enjin carian lain . Manakala hampir 8 % datangnya dari rakan-rakan friend list facebook yang terdiri daripada rakan-rakan dekat dan jauh serta sanak - saudara.
BAGAIMANA CARA MEMBUAT ARTIKEL DAPAT DI CARI DALAM ENJIN CARIAN GOOGLE
Saya lebih fokus kepada google search sebab ia merupakan enjin carian popular. Enjin carian lain peratusan untuk menaikkan view pembaca hanyalah kecil sahaja. Ok ini ada beberapa cara bagaimana untuk membolehkan artikel yang kita publish terpampang pada halaman google search.
1. Tulis Tajuk dengan Menggunakan Perkataan yang Popular di Minda Pencari Maklumat
Tajuk artikel merupakan keywords utama yang akan diproses oleh enjin pencari google setiap kali pengguna menaip kata kunci ketika mencari maklumat. Google akan memadankan kata kunci yang ditaip dengan tajuk artikel yang ditulis oleh blogger untuk dipaparkan di halaman indeks google skrin pencari maklumat.
Sebaiknya jangan guna tajuk yang terlalu retorik atau simbolik. Kalau guna tajuk sebegini alamatnya dalam setahun mungkin seorang dua jer lah yang berkunjung ke blog anda. Saya sendiri akan memantau melalui statistik blog kekerapan setiap artikel menerima view. Jika kurang maksudnya tajuk itu tidak sesuai dan perlu diubah. Antara artikel yang pernah saya tukar adalah Travelogue Hari Kedua : Dari Alor Nan ke Georgetown kepada tajuk Travelogue 3 : Hari Kedua Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang. Sebaik sahaja tajuk ditukar artikel ini terus terpapar di halaman pertama dan menerima view setiap hari. Sudah tentunya pengunjungnya terdiri daripada kakitangan kerajaan gred 41 dan ke atas.
Saya tengok tajuk popular yang sering orang kunjungi adalah blod berkenaan iklan jawatan kosong. Walaupun sebenarnya tak ada pun jawatan kosong. Tujuan sebenar hanyalah untuk meningkatkan view sahaja.
2. Tulis Artikel yang Panjang dan Berkualiti
Artikel yang ditulis perlukan panjang kerana mungkin sebahagian ayat dalam artikel akan menjadi kata kunci kepada maklumat yang ingin dicari. Saya ada terbaca juga dalam blog lain yang pihak google mengutamakan artikel yang panjang dan berkualiti untuk dipaparkan dalam indeks google.
3. Artikel Mesti Tulin
Artikel yang anda publish di ruang maya seharusnya dari anda sendiri dan bukannya hasil dari copy paste artikel yang diterbitkan oleh orang lain. Pihak google dan penyedia media sosial lain juga semakin berhati-hati dengan setiap bahan yang ingin di upload oleh pelanggan mereka terutamanya bahan yang dilindungi oleh undang-undang hak cipta. Jika tidak dilindungi hak cipta sekalipun artikel itu akan bersaing sesama sendiri di laman maya google. Sudah tentulah blog yang sudah popular akan naik dan bukan blogger amatur seperti kita ni.
4. Tulis Artikel Secara Konsisten
Untuk menaikkan artikel blog anda dalam ruang indeks google juga anda perlu menerbitkan artikel secara konsisten. Saya sebelum ini hampir putus asa pabila kurangnya sambutan dari kalangan pembaca. Namun setelah aktif menulis pada 2019, blog saya menerima kunjungan sehingga 1800 view setiap bulan. Oklah tu kan untuk blogger amatur.
Tahun 2019 sahaja saya menerbitkan 42 cerita. Dalam 42 tu ada cerita yang laku dan ada cerita yang tak laku. Biasalah tu. Seminggu dua lagi mungkin ada 4 - 5 artikel akan diterbitkan. Bila anda rajin menerbitkan artikel, blog anda akan menjadi familiar dengan google. Jadi bila kata kunci ditaip, artikel anda akan menang dalam persaingan dengan beratus atau beribu blog lain di maya berebut halaman depan google.
5. Bersabar Sebelum Artikel Terjana Di Indeks Google
Tips yang seterusnya adalah sabar jer lah. Jika anda baru muat naik hari ni kemudian mahu terus ada dalam enjin carian google memang tak dapatlah. Sekurang-kurangnya tiga hari. Kalau tak pun seminggu baru dapat tembusi enjin pencari. Mungkin pihak google mengambil masa untuk membuat screening terhadap maklumat yang ingin anda sebar.
Begitu juga sekiranya anda melakukan pengubahsuaian tajuk. Tempoh yang sama juga diambil untuk artikel anda masuk dalam indeks google.
6. Rajin-rajin Share di Medium lain
Sebelum artikel anda dapat dicari dalam enjin google, sharelah dulu di medium lain seperti facebook, insta dsb. Ia umpama mengukuhkan tapak artikel itu. Zaman ni kan zaman viral. Biasanya artikel di halaman pertama indeks google adalah yang paling popular bagi sesuatu kata kunci.
Jadi bila anda share di medium lain kemudian dapat 10 - 15 view, artikel itu dapatlah masuk dalam indeks. Masuk halaman 10 - 11 pun takpa. Lepas tu merangkaklah sikit-sikit hingga ke front page.
Oklah itu sahaja tips dari saya buat blogger amatur. Buat yang dah pro tak payah ikutlah sebab anda memang dah mahir selok belok ict ni. Saya cuma beri panduan buat buta kayu ict macam saya ni hanya belajar melalui pengalaman.
Sekian, wassalam....

10 artikel yang menduduki carta menerima pelawat teramai. Kedudukan ini akan berubah kerana terdapat 3 - 4 artikel baru yang menjadi pilihan pelawat |

nice.. tq
ReplyDeletesama2 sis...semoga blog sis dikunjungi ramai pembaca
DeleteMaaf bertanya. Maknanya..awl awl kalau kita publush memang dia takkan munculbdkt google lagi la ye? Mohon replg..tqq
ReplyDeleteYer..dari pengalaman artikel2 dalam blog saya, artikel2 yg baru di publish tidak akan muncul di google dlm tempoh 3 hingga 4 minggu
Delete