TEMPAT MAKAN BEST DI KOTA BHARU DAN MACHANG : MEE POK JEN KAMPUNG JOH, LABOK, MACHANG
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat pembaca blog saya sekalian.
Musim cuti sekolah ni, sudah tentu ada diantara kita mengambil peluang bercuti di serata tempat. Sudah menjadi habit para traveller jika ke sesuatu tempat pasti pada masa yang sama mencari tempat makan yang mempunyai menu yang lain dari yang lain. Rugilah kalau kita melawat ke satu-satu tempat kita makan makanan yang boleh kita dapat di tempat kita seperti di restoran makanan segera atau ala Thai.
Sama jugalah dengan saya dan isteri. Kami boleh dianggap sebagai 'street food hunter' (pemburu makanan jalanan) kerana kami lebih suka singgah di warung atau gerai tepi jalan di tempat yang kami lawati. Kebiasaan jika ingin makan di sesuatu tempat, saya tidak malu untuk bertanyakan harganya terlebih dahulu. Jika mencukupi dengan duit yang ada dalam poket barulah saya berani order.
MAKAN Di WARUNG MEE POK JEN KG JOH
Hari ini saya dan keluarga berpeluang merasai hidangan mee istimewa di Warung Mee Pok Jen Kampung Joh. Sebenarnya warung ini agak popular dikalangan penduduk Machang, Kok Lanas, Tanah Merah dan kawasan sekitar. Cuma saya sahaja yang belum tahu dan merasainya. Jarak warung ini dari rumah saya di Kampung Marak Mukim Banggu kira-kira 37 kilometer. Dalam 45 minit jugaklah untuk sampai di situ. Jika anda kebetulan ada di kawasan Kota Bharu atau Machang dan kawasan sekitarnya bolehlah search di google maps dengan menaip 'mee pok jen kg joh' pasti akan jumpa.
Dekorasi Warung Mee Pok Jen cantik. Kedai pun bersih. Layanan pekerja pun bagus. |
Warung Mee Pok Jen Kg Joh ini mula beroperasi pada jam 12.45 tengah hari hingga ke 10.30 malam. Jadi anda janganlah datang pada waktu pagi. Kalau datang jugak memang sia-sia sajalah.
Saya ke situ setelah dibawa oleh biras saya yang bekerja di Kem Desa Pahlawan, Jalan Kota Bharu - Kuala Krai (Kok Lanas). tidak jauh dari warung ini. Katanya dia selalu datang ke sini untuk makan tengah hari. Kedudukan warung ini terletak di tepi jalan kawasan perkampungan. Kami datang dengan 2 buah keluarga dengan anak-anak kecil berjumlah 8 orang semuanya. Termasuk kami yang dewasa ini menjadikan rombongan kami seramai 12 orang semuanya.
ORDER MAKANAN
Dah nama pun MEE POK JEN KG JOH sudah tentulah warung ini hanya terdapat menu mee sahaja. Kebiasaannya di Kelantan selain mee celup dan mee goreng, terdapat satu lagi mee yang popular iaitu mee kuah. Mee kuah ni biasanya kuahnya datang dari air rebusan dagimg. Jadi di warung ini, menu utamanya adalah mee kuah spesial.
Oleh kerana ini pertama kali saya datang, biras sayalah yang menguruskan semua order kami agar kami tidak terlepas merasai kelazatan mee kuah special ini. Makanan dan minuman yang kami order adalah seperti berikut :-
1 ) 3 mangkuk mee kuah special
2 ) 5 mangkuk mee kuah biasa
3 ) 2 pinggan mee goreng
4 ) 4 botol air gas kampung ( 7 gelas air batu kosong)
5 ) 2 cawan teh panas
RASA MEE KUAH YANG ENAK SAMBIL PEKENA AIR BOTOL GAS KAMPUNG
Mee yang kami order tadi mengambil masa hampir 20 minit jugalah untuk siap. Jam pada waktu itu menghampiri 3.00 petang. Pelanggan juga makin ramai masuk ke dalam kedai. Kalau dilihat dari gaya, mereka sama seperti kami iaitu datang dari luar daerah Machang.
Setelah hidangan sampai, saya melihat presentationnya terlebih dahulu. Cara persembahan mee ini dalam mangkuk agak menarik juga dengan ada 8-9 ekor udang bersaiz standard di susun di bahagian atas bersama hirisan cili padi merah. Ia umpama daya tarikan orang melihat untuk datang ke sini. Di dalam mee ini terdapat sebiji telur dan cebisan potongan daging lembu bersaiz kecil.
Rasa mee kuah ini memang sedap dengan rasa kuah daging lembu. Bila di makan bersama udang kelazatannya begitu sempurna. Sesekali saya mengigit cili padi putih jeruk untuk membuat mee yang saya makan itu menjadi lebih pedas dan macam. Saya boleh bagi ๐๐๐๐๐untuk rasa dan presentation mee kuah ini. Sayangnya saya tidak dapat merasai nikmat air botol rare. Ya lah pada waktu itu hari gelap nak hujan. Cuaca sejuk. Jadi saya orderlah minuman panas.
Selesai makan, kakak ipar saya membayar harga makanan kami yang berjumlah RM79.00. Saya rasa harga itu berpatutan dengan 10 mee dan 6 minuman yang kami order tadi. Harga mee saya anggarkan dalam RM6.00 semangkuk. Saya tak pasti sebab tak ingat nak tanya harga detail kepada cashier.
Sekian, wassalam....
Menu yang patut pelanggan order : Mee Kuah Special |
Air gas botol kampung rare ni. Kalau dulu botol gelap tapi brand lainlah |
Rasa mee kuah ini memang sedap dengan rasa kuah daging lembu. Bila di makan bersama udang kelazatannya begitu sempurna. Sesekali saya mengigit cili padi putih jeruk untuk membuat mee yang saya makan itu menjadi lebih pedas dan macam. Saya boleh bagi ๐๐๐๐๐untuk rasa dan presentation mee kuah ini. Sayangnya saya tidak dapat merasai nikmat air botol rare. Ya lah pada waktu itu hari gelap nak hujan. Cuaca sejuk. Jadi saya orderlah minuman panas.
Saya dan biras yang bekerja sebagai tentera berpengkalan di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas |
Selesai makan, kakak ipar saya membayar harga makanan kami yang berjumlah RM79.00. Saya rasa harga itu berpatutan dengan 10 mee dan 6 minuman yang kami order tadi. Harga mee saya anggarkan dalam RM6.00 semangkuk. Saya tak pasti sebab tak ingat nak tanya harga detail kepada cashier.
Sekian, wassalam....
boleh rekomen tempat makan best yg berhampiran homestay salaam suites ? hehe
ReplyDelete