MASJID CANTIK DI TERENGGANU : MASJID RAJA CHENDERING @ MASJID SULTAN ISMAIL KUALA TERENGGANU

Oleh : Amizam bin Mohamed

KUALA TERENGGANU, 10 Disember 2019 - Hari ini saya berpeluang untuk singgah untuk solat dan beristirahat di sebuah masjid yang menggamit memori zaman kanak-kanak di pertengahan tahun 80-an. Masjid yang dimaksudkan adalah Masjid Sultan Ismail, Cendering, Kuala Terengganu atau dikenali oleh penduduk setempat sebagai masjid raja.


Masjid Sultan Ismail, Kg. Raja Chendering. Penduduk Chendering mengenali Masjid ini dengan panggilan Masjid Raja

Terletak di tepi jalan utama Kuala Terengganu - Kuantan, rupa bentuk masjid raja sekarang totally sudah berubah 100%. Kalau dulu masjid ini adalah masjid dibina daripada kayu, kini binaannya daripada keseluruhannya daripada konkrit cuma dari segi ukiran eksesori sahaja daripada kayu. Dicat dengan warna putih pada keseluruhan bangunan masjid seolah-olah ia menjadi kembar kepada Masjid Sultan Zainal Abidin (Masjid Putih) yang terletak di dalam Bandar Kuala Terengganu.


Masjid Raja Chendering termasuk antara masjid terindah di Terengganu

MASJID MESRA TRAVELLER

Hari ini merupakan kali pertama saya menjejak kaki di masjid raja sejak ia berwajah baru ini. Yang berwajah lama pun kali terakhir saya bersolat didalamnya pada tahun 1990. Selepas tahun itu, saya lebih suka bersolat di masjid hijau di Simpang 4 Chendering.


Masjid Raja atau Masjid Sultan Ismail terletak di tepi Jalan utama Kuala Terengganu - Kuantan. Terletak juga di tengah-tengah dua warung nasi dagang terkenal.

Saya hanya mahu parking kereta di luar pagar sahaja kerana menjangkakan saiz kawasan masjid sama seperti dahulu. Rupa-rupanya di bahagian dalam pagar masjid terdapat banyak ruang tempat letak kereta. Mungkin kerajaan sudah membeli tanah-tanah berhampiran kawasan masjid ketika mahu membuat pembesaran bangunan. Jadi jemaah tidak perlu risau mahu letak kereta dimana.


Terdapat kemudahan menyewa homestay masjid yang diuruskan oleh Jawatankuasa Masjid

Masjid juga menyediakan sebuah tandas yang besar, bersih dan selesa. Jika orang jauh seperti saya ni datang, saya boleh membersihkan diri kerana terdapat bilik mandi di dalam tandas ini.

Kita juga boleh menginap di masjid ini dengan menyewa homestay diuruskan oleh jawatankuasa masjid. Homestay ini juga berada dalam kawasan Masjid Raja ini.

MASJID RAJA ADALAH TIMELINE ZAMAN KANAK-KANAK SAYA

Zaman kanak-kanak adalah zaman paling indah dalam fasa kehidupan. Jika diberi peluang oleh Maha Pencipta memilih untuk waktu kembali, pasti saya memilih zaman kanak-kanak. Bila saya lihat masjid ini, saya terbayang rakan-rakan sepermainan yang dah puluhan tahun tak berjumpa.


Di zaman kanak-kanak saya akan solat Jumaat di masjid ini setiap 4 minggu kerana Sultan Mahmud Shah akan turut solat di sini. Kanak-kanak akan diberikan duit

Pada waktu itu, bila tiba minggu keempat setiap bulan, saya dan kawan-kawan akan datang ke Masjid Raja ini untuk bersolat Jumaat. Pada minggu keempat ini, Sultan Terengganu pada waktu itu, Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah akan datang solat Jumaat di masjid ini. Yang bestnya, kanak-kanak akan ramai-ramai duduk di ruang solat kanak-kanak. Tak lama kemudian akan muncul pegawai raja akan mengagihkan duit sebanyak RM2.00 kepada kami.



Laluan jalan kaki yang selalu saya gunakan untuk ke Masjid Raja

Nilai RM2.00 pada tahun 80-an begitu besar. Bayangkanlah harga beras pada masa itu hanya 70 sen sekilo. Minyak tanah (digunakan untuk memasak) 30 sen sebotol cuka. Dua ringgit tu boleh belanja mewah seminggu bagi kanak-kanak. Sebenarnya jarak masjid ini agak jauh dari rumah saya di Pantai Pandak. Kebiasaannya pada minggu-minggu lain, saya akan ke Masjid Hijau Simpang 4 Chendering melalui kawasan baruh kering. Di musim tengkujuh, kawasan baruh akan ditenggelami air maka saya akan menggunakan laluan jalan raya kawasan bukit Pelabuhan Chendering. Tapi ia lebih jauh. Letihlah budak seperti saya berjalan kaki untuk ke masjid. 

Untuk ke Masjid Raja, saya perlu menyeberang baruh juga. Terdapat 2 laluan jalan kaki di baruh tu. Jalan pertama agak jauh dengan melalui rumah-rumah orang kampung. Kemudian menyeberang sebuah jambatan kayu pejalan kaki panjang kira-kira 35-40 meter. Bila lalu jambatan ni yang seronoknya dapat melihat banyak ikan sekilau jantan betina dalam pelepah nibung dalam baruh. 

Satu lagi jalan ialah jalan bypass. Saya perlu mengharung air baruh separas lutut. Bila meredah air tu akan ada berpuluh-puluh ekor lintah mengejar dan cuba melekat pada kaki kita. Kalau tak nak lintah tu dapat kaki, kita perlu berjalan dengan laju. Tapi habislah kaki seluar akan basah. Kemudian saya akan menyusuri denai kebun kelapa dekat dengan kilang Romi Batik (masa tu Romi Batik tak ada lagi). Kemudian beberapa buah rumah penduduk kampung baru sampai ke jalan besar. Lebih kurang 200 meter akan sampai di Masjid Raja. Begitulah rutin saya ketika solat jumaat setiap empat minggu.

GAMBAR-GAMBAR RUANG DAN DI SEKITAR MASJID RAJA CHENDERING



Tempat letak kereta hadapan

Tangga masuk utama

Ruang mimbar masjid

Ruang solat tambahan

Taman deko tengah

Belakang Masjid

Ruang tambahan solat

Pintu masuk sebelah barat

Ukiran bahagian atas

Arah turun pintu masuk utama

Menara hadapan

Ruang masuk dan parkir Diraja

Bangunan solat wanita

Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN BEST DI TERENGGANU : NASI LEMAK BAWAH RUMAH (NASI LEMOK WOMOH)

KEM KAIZEN, GUNUNG PULAI, PONTIAN JOHOR

CARA PENJAGAAN IRON PHILIPS STEAM AGAR LEBIH TAHAN LAMA