Posts

SARAPAN DI ROTI CANAI KAYU ARANG

Image
JALAN-JALAN CARI SARAPAN BAKAR BATU  MELAKA, 16 FEBRUARI 2018 - Seawal jam 7.30 pagi, kami mendaftar keluar Hotel Asiatic untuk ke lokasi percutian seterusnya. Adik-adik receiptionist telah memberikan kami 5 bungkus nasi lemak ikan bilis sebagai sarapan pagi untuk kami. Apabila membuat permohonan untuk mendaftar keluar hotel, seorang kakitangan lelaki hotel telah pergi memeriksa bilik yang kami inap. Apabila berpuashati dengan keadaan bilik, adik receiptionist hotel memulangkan semula wang deposit RM100.00 yang dikenakan semalam. SARAPAN ROTI CANAI DAPUR ARANG Selepas semua urusan keluar hotel selesai, kami bergerak ke Warung Roti Canai Kayu Arang yang terletak di Kampung Bakar Batu, Bachang yang jauhnya kira-kira 6 km dari hotel kami menginap semalam. Oleh kerana tidak biasa dengan selok-belok jalan-jalan di Melaka, saya menggunakan panduan pemetaan google untuk memberi saya petunjuk ke lokasi tersebut. Ternyata google maps ini membawa saya melalui jalan-jalan taman ...

PERTAMA KALI BERMALAM DI MELAKA

Image
BERMALAM DI KOTA LAKSAMANA KOTA LAKSAMANA, MELAKA, 15 FEBRUARI 2018 - Dalam perjalanan ke Bandar Melaka, saya dan isteri memandang ke kiri dan kanan jalan kalau ada ternampak bangunan hotel yang boleh kami inap. Setibanya di Kota Laksamana, kami ternampak hotel di sebelah kiri jalan. Kelihatan terdapat dua buah hotel yang berdekatan antara satu sama lain. Mula-mula saya bertanya bilik di Hotel 707. Receiptionist memberitahu masih terdapat 1 bilik kosong yang mempunyai tiga katil bujang. Harga yang ditawarkan untuk bilik ini ialah RM179.00 bagi satu malam. Saya bertanyakan isteri adakah mahu menginap di situ. Isteri meminta saya mencari hotel yang lebih murah. Kemudian saya bertanyakan hotel di sebelah bangunan sana. Receiptionist hotel itu menyatanya masih terdapat 1 bilik deluxe yang kosong. Bilik ini mengandungi 1 katil bersaiz king dan satu bersaiz bujang. Harga yang ditawarkan kepada saya sebanyak RM158.00, RM21.00 lebih murah dari hotel sebelah. Saya bertanyakan isteri ...

PERCUTIAN DI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Image
TIBA DI BANDA HILIR MELAKA, 15 FEBRUARI 2018 - Percutian di Melaka pada kali ini lebih sempurna berbanding dengan lawatan-lawatan sebelum ini kerana saya boleh menjangka kedudukan dan lokasi tempat yang hendak dituju. Ia lebih menjimatkan masa dan tenaga saya ketika memandu. Situasi ini membolehkan saya bergerak ke lebih banyak tempat dalam ruang masa yang cukup sebagai pelawat untuk meneroka keunikan sesuatu tempat. Setibanya di Medan Samudera, isteri saya sempat membeli Tshirt Melaka untuk kami anak beranak. Tshirt berharga RM10.00 setiap satu ditambah dengan RM5.00 untuk cop nama pada baju. Kami juga tidak melepaskan peluang membeli magnet peti ais untuk menambah koleksi di peti sejuk rumah kami. Selepas itu, kami melawat tempat-tempat sekitar Banda Hilir dengan menggunakan khidmat dua buah beca dengan bayaran RM25.00 bagi setiap beca. Antara tempat yang kami lawati semasa menaiki beca ialah Menara Taming Sari, Muzium pengangkutan Melaka, Kota A Famosa dan kawasan sekitar. P...

PERJALANAN PERCUTIAN KE MELAKA

Image
CUTI-CUTI MELAKA KOTA MASAI, 15 FEBRUARI 2018 -  Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina 2018 saya tidak melepaskan peluang untuk pergi bercuti ke beberapa buah negeri. Seperti biasa saya lebih selesa bercuti di dalam negara berbanding ke luar negara memandangkan saya masih lagi mempunyai anak kecil dan masih dalam kategori kanak-kanak walaupun isteri saya sering memujuk untuk melancong ke luar negara. Pada pagi hari Khamis 15 Februari 2018 jam lebih kurang 7.00 pagi, saya mengisi petrol di Petronas Jalan Mangga sebanyak RM98.00. Kemudian saya membeli beberapa bungkus nasi lemak untuk sarapan ahli keluarga. Selepas bersarapan, isteri dan anak bergegas menyiapkan diri masing-masing. Pada pukul 10.00 pagi, kami bertolak dari Kota Masai, Pasir Gudang, Johor melalui Lebuhraya Senai-Desaru. Saya memilih jalan ini bagi mengelakkan kesesakan trafik musim perayaan Tahun Baru Cina kerana kenderaan kurang melalui laluan ini. Lagi pun lal...

TRAVELOGUE 10 : HARI KELIMA DAN KEENAM (CHUCHOH PUTERI)

Image
SEKERAT JALAN (EPISOD AKHIR) 15.12.2017 - 16.12.2015 (Jumaat - Sabtu) GUA MUSANG - SINDIYAN - CHUCHUH PUTERI - KOTA BHARU Pada kali ini saya akan rangkumkan sekalu catatan perjalanan kami untuk hari kelima dan keenam. Ingatan saya terhadap perkara-perkara yang saya lihat, yang saya alami dan yang saya rasai sepanjang perjalanan pada hari kelima dan keenam semakin berkurang. Lagi pun saya perlu mempercepatkan catatan ini kerana musim cuti sekolah sudah ke penghujung. Saya perlu kembali ke Pasir Gudang pada minggu hadapan untuk persiapan sesi persekolahan sesi 2018. Malam sebelum itu, kami tidur di rumah PPR Gua Musang yang ditumpangi oleh mummy kepada kami. Rumah yang dikhaskan untuk golongan berpendapatan rendah itu boleh dikatakan agak selesa juga. Ia mempunyai 3 bilik yang agak sempit dan sesuai dengan harganya. Kawasan perumahan itu boleh dikatakan masih baharu kerana ia baru tiga tahun diduduki. Mummy dan suaminya tidak tinggal di situ kerana rumahnya yang terletak di...

TRAVELOGUE 9 : HARI KEEMPAT (AIR TERJUN GUNUNG STONG, GUA MUSANG)

Image
GUNUNG RENG ADA KISAHNYA 14.12.2017 (Khamis) KG BATU MELINTANG - BANDAR GUA MUSANG (112 KM) Selepas selesai solat di surau kedai makan Batu Melintang, kami bergerak semula. Kami bukannya bergerak untuk pulang ke rumah sebaliknya mahu menyambung percutian kami di Cameron Highland. Lagipun biras saya itu makin bersemangat kerana keretanya telah siap dibaikpulih oleh mekanik di Kampung Batu Melintang. Bekalan pakaian yang dibawa pun semua telah dicuci pada pagi itu di Kuala Kangsar. Jadi perjalanan kami pada petang ini (4.30 petang) agak lancar. Saya bingkas berpesan kepada biras agar memandu keretanya dalam 'run-in' (pantang) kerana head enjin keretanya baru dimesin untuk diratakan permukaan yang bengkok itu belum serasi dengan dinding pelapik (gasket)  dan gam. Sudah tentu terdapat ruang salah padan dalam enjin yang menyebabkan ada ketirisan kecil dan halus yang kita tidak nampak. Jadi saya berpesan agar membawa 'slow-slow' untuk 500km pertama ini. Sebenar...

TRAVELOGUE 8 : HARI KEEMPAT (JALAN TIMUR-BARAT GERIK)

Image
PENGORBANAN DALAM KENANGAN 14.12.2017 (Khamis) LALUAN GERIK - JELI (125 KM) Selepas berhenti rehat di stesen minyak shell sambil makan jambu dan mangga potong yang dicicah dengan kuah rojak Mak Bee, kami beredar menuju ke Jeli, Kelantan. Isteri dan anak-anak agak ralit dengan santapan maggi cup yang dibelinya di stesen minyak itu tadi. Laluan Timur - Barat yang kami lalui itu merupakan jalan yang agak sunyi walaupun banyak juga kenderaan yang lalu lalang terutama kenderaan dari negeri-negeri utara semenanjung yang mahu ke timur dan begitu juga sebalik. Laluan ini dibuka secara rasmi pada tahun 1982 setelah menempuh pelbagai onak duri sebelum berjaya disiapkan. Pembinaannya oleh kerajaan mempunyai strategi serampang dua mata iaitu pertama jalan pintas perhubungan antara timur dan barat semenanjung. Yang kedua sebagai strategi membendung ancaman komunis yang berleluasa di kawasan itu. Sewaktu negara masih dalam ancaman komunis (sebelum tahun 1989), kawasan Baling, Pengkalan Hulu...