TRAVELOGUE 10 : HARI KELIMA DAN KEENAM (CHUCHOH PUTERI)

SEKERAT JALAN (EPISOD AKHIR) 15.12.2017 - 16.12.2015 (Jumaat - Sabtu) GUA MUSANG - SINDIYAN - CHUCHUH PUTERI - KOTA BHARU Pada kali ini saya akan rangkumkan sekalu catatan perjalanan kami untuk hari kelima dan keenam. Ingatan saya terhadap perkara-perkara yang saya lihat, yang saya alami dan yang saya rasai sepanjang perjalanan pada hari kelima dan keenam semakin berkurang. Lagi pun saya perlu mempercepatkan catatan ini kerana musim cuti sekolah sudah ke penghujung. Saya perlu kembali ke Pasir Gudang pada minggu hadapan untuk persiapan sesi persekolahan sesi 2018. Malam sebelum itu, kami tidur di rumah PPR Gua Musang yang ditumpangi oleh mummy kepada kami. Rumah yang dikhaskan untuk golongan berpendapatan rendah itu boleh dikatakan agak selesa juga. Ia mempunyai 3 bilik yang agak sempit dan sesuai dengan harganya. Kawasan perumahan itu boleh dikatakan masih baharu kerana ia baru tiga tahun diduduki. Mummy dan suaminya tidak tinggal di situ kerana rumahnya yang terletak di...