MELEWATI REMBAU, MENJEJAKI SEREMBAN, MENYINGGAHI KUALA LUMPUR SERTA MELENCONG KE KUANTAN

BERGERAK KE NEGERI SEMBILAN Ini adalah sambungan cerita cuti-cuti Melaka pada Cuti Tahun Baru Cina 2018. Boleh rujuk pada link ini untuk membaca cerita sebelumnya.《 SARAPAN ROTI CANAI KAYU ARANG 》 MELAKA, 16 FEBRUARI 2018 - Lebih kurang jam 10 pagi, saya memandu kereta keluar dari Bandar Melaka menuju Negeri Sembilan. Target saya adalah untuk ke Kuala Pilah kerana saya pernah tertarik dengan satu program dalam televisyen mengenai Kuala Pilah. Seperti biasa saya menggunakan google maps untuk membantu saya menjejaki Kuala Pilah. google maps ini telah membawa saya melalui jalan Durian Tunggal. Ketika melalui kawasan ini, saya melihat kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan pohon sawit samada yang sudah matang atau pun yang masih baru ditanam. Hasrat untuk ke Kuala Pilah tidak kesampaian kerana faktor merasakan jalan ke situ agak sunyi dan saya memilih melalui Jalan Rembau, Jalan di atas saya lalui dari Warung Roti Canai Dapur Arang, Bakar Batu melalui Durian Tunggal. Perjal...