TIP TRAVEL DENGAN KERETA BERSAMA ANAK-ANAK KECIL

Ramai di antara kita suka melancong atau melawat ke sesuatu tempat tetapi terhalang oleh anak-anak kecil jika berniat mahu melakukan travel melebihi tiga hari. Di sini saya kongsikan beberapa tip yang mungkin boleh membantu anda membuat persediaan sebelum melakukan travel.

1. SEDIAKAN TIGA BEG PAKAIAN 
    MENGIKUT HARI

Saya mempunyai 4 orang anak di bawah umur 12 tahun ditambah saya dan isteri menjadikan ahli kami seramai 6 orang. Jadi saya syorkan kepada anda agar menyediakan 3 beg mengikut hari. Setiap bag perlu dimasukkan 2 pasang baju bagi setiap ahli (termasuk pakaian dalam dan kain pelikat). Sepasang pakaian siang dan sepasang untuk malam. Untuk bag kedua dan ketiga, isi jumlah pakaian yang sama seperti beg pertama. Kemudian tandakan setiap bag hari 1 dan 4 untuk beg 1. Hari 2 dan 5 untuk beg 2. Hari 3 dan 6 untuk beg 3. Bila semua pakaian dalam bag pertama dan bag kedua sudah digunakan, kita boleh pergi kedai dobi layan diri untuk mencucinya.

Tiga beg mengikut hari yang kami bawa ketika melakukan travel. Sebaik sahaja bag ke-3 digunakan kami akan mencuci beg pertama dan kedua di kedai dobi layan diri. Bila dah cuci beg 1 akan jadi beg 4 manakala beg 2 akan jadi beg 5.

Beg 1 dan beg 2 perlu dicuci di dobi sebaik sahaja pakaian beg 3 mula kita gunakan. Sebaiknya guna dobi layan diri kerana lebih menjimatkan.
Kelebihan Menyediakan 3 beg mengikut hari.

a. Jimatkan ruang dalam kereta. Bayangkan kalau 6 ahli mempunyai bag masing-masing sudah tentu ruang kereta bertambah sempit.
b. Hanya perlu mengangkat 1 beg bersaiz sederhana kecil sahaja untuk dibawa ke bilik/rumah penginapan. Bayangkan anda membawa sebuah beg yang sangat besar mengandungi semua pakaian travel. Sudah tentu menyusahkan bukan?
c. Boleh menetap dan merancang warna baju mengikut hari dan tempat dituju.

Pakaian dipakai anak-anak mengikut warna yang sudah ditetapkan dalam setiap bag

2. SEDIAKAN FIRST AID ATAU BEKALAN UBAT

Kita seharusnya menyediakan satu bekalan ubat-ubatan (peti 1st aid) samada untuk kegunaan luar badan atau pun makan. Belilah peti 1st aid jika anda tidak memilikinya. Jika anda sudah pun mempunyainya periksalah samada ubat yang ada masih boleh digunakan atau tidak. Top up lah mana yang perlu. Anda seharusnya tahu penyakit yang sering dan mudah dihadapi oleh ahli keluarga supaya dapat membeli ubat yang sesuai. Contohnya isteri saya yang sering sakit kepala maka saya membeli panadol active 5. Saya pula yang sakit lutut dan gigi maka saya membawa minyak panas dan ubat sakit gigi. Hud Naufal mengidap ekzema jadi saya membawa ubat sakit kulit. Aimy mudah demam jika dalam kereta terlalu lama maka saya membelikan cool fever dan ubat demam makan di klinik.

Kelebihan bawa 1st aid dan bekalan ubat

a. Sebagai rawatan awal penyakit
b. Persediaan semasa perjalanan di kawasan pedalaman atau tiba-tiba kenderaan bermasalah atau hari sudah lewat malam.
c.Mengurangkan kos rawatan semasa perjalanan.
d. Mengurangkan risiko tiada bekalan ubat (bagi penyakit kronik)

Bekalan ubat yang saya bawa ketika melakukan travel

3. BAWALAH BEKALAN JAJAN

Walaupun saya seorang guru tidak bersetuju dengan jajan atau makanan ringan kerana khasiatnya. Tetapi apabila melakukan travel saya berubah karakter mengiktiraf jajan sebagai alat terapi kanak-kanak mengawal tingkahlaku disamping menjadi pengalas perut di sepanjang perjalanan.

Kelebihan bawa jajan semasa travel

a.Terapi tingkahlaku anak-anak dalam kenderaan semasa dalam perjalanan.
b.Pengalas perut ketika lapar dalam kenderaan
c.Persiapan kecemasan sekiranya kenderaan breakdown
d.Persediaan sekiranya kedai makan tidak buka, tidak halal atau lapar ketika lewat malam.

Bekalan makanan ringan yang saya bawa semasa travel

4. BEKALAN AIR PERLU BAWA JUGA

Semasa travel juga jangan lupa bawa bekalan air minuman dan untuk yang lain. Untuk air minuman bawalah yang sudah dimasak atau tapis. Boleh juga membeli air kotak sebagai variasi pilihan anak-anak. Selain itu bawa air untuk mencuci najis atau mandi yang diisi dalam botol mineral besar. Bila dah guna top up semula semasa berhenti di stesen minyak atau masjid.

Bekalan air yang dibawa

5. SEDIAKAN BEG PLASTIK RENYUK

Kanak-kanak bila dalam perjalanan jauh dengan kereta biasanya akan mudah pening kepala, terasa loya dan muntah. Anak-anak boleh muntah ke dalam beg plastik jika tiba-tiba mahu termuntah ketika dalam kenderaan. Beg plastik juga boleh dijadikan beg sampah makanan jajan yang dibawa. Beg-beg plastik ini perlu diletakkan sama semua poket seat dalam kereta. Beritahu anak-anak agar muntah dan buang sampah dalam plastik terbabit.

Plastik renyuk letakkan dalam poket seat agar senang dicapai anak-anak ketika mahu muntah

Letak dalam dashboard juga

5. BAWA PERMAINAN, BUKU ATAU KERTAS MEWARNA

Travel adalah satu aktiviti untuk enjoy. Yang banyak gembira sudah tentulah kita orang yang tua ni. Tapi bagi kanak-kanak mereka jarang gembira semasa travel atas faktor berada dalam kenderaan terlalu lama. Jadi perkara yang boleh membuat mereka turut gembira dengan membiarkan mereka bermain permainan, mewarna lukisan atau membaca buku-buku ringan.

Skuter yang dibeli di Rengit akan tunggang anak-anak setiap kali berhenti di sesuatu tempat

Gun permainan yang turut dibeli di Rengit menjadihiburan Wafiy dalam kenderaan

6. BERHENTI REHAT DI SETIAP 100 HINGGA 150KM

Perjalanan jauh memang meletihkan Walaupun bagi penumpang yang tidak memandu kenderaan tambahan pula kita memandu secara santai ia memakan masa yang agak lama untuk sampai ke sesuatu destinasi. Kadangkala berada dalam dalam kenderaan terlalu lama menyebabkan tingkah laku anak-anak menjadi sukar dikawal Mungkin kerana bosan ataupun tidak selesa kerana berada dalam tempat yang sempit. Oleh itu sewajarnya sebagai pemandu kita memberhentikan kenderaan pemanduan sudah mencapai 100 km atau lebih. Pilihlah tempat yang sesuai dan teduh untuk berehat serta mempunyai kemudahan seperti tandas, air untuk mandi dan padang untuk bermain. Ini akan dapat meredakan tekanan dan kebosanan yang dihadapi oleh anak-anak semasa travel.

Berehat di Taman Permainan Banda Hilir

Anak-anak sempat bermain skuter ketika saya menunaikan solat di Tanjung Keling, Melaka

Berehat dan mandi manda di Pantai Port Dickson semasa singgah di situ

7. BEKALAN KUASA

Bekalan kuasa amat penting terutamanya untuk memastikan segala gadget sentiasa hidup dan berfungsi sebagai alat komunikasi serta hiburan. Dia juga bertindak sebagai backup sewaktu ketiadaan elektrik kerana anak-anak takutkan kegelapan.

Lampu led, power bank dan charger wajib dibawa


8. TULIS NOMBOR KECEMASAN DAN BERITAHU ANAK-ANAK APA PATUT MEREKA BUAT WAKTU KECEMASAN

Anak-anak masih kecil dan mereka tak tahu apa-apa tentang sesuatu tempat yang kita pergi. Mereka juga berisiko untuk sesat atau tiba-tiba terputus hubungan sesama ahli keluarga ketika travel ataupun situasi kecemasan yang dihadapi oleh ibu bapa seperti kemalangan atau ditimpa penyakit secara tiba-tiba. Oleh itu saya syorkan supaya tulislah nombor-nombor telefon penting dalam sekeping kertas kemudian masukkan ke dalam poket seluar mereka. Beritahu mereka supaya menghubungi nombor nombor ini sekiranya berada dalam situasi kecemasan. Nombor nombor telefon tulis itu seharusnya yang anak-anak kenal seperti nombor kita sendiri, ibu dan bapa saudara, datuk dan nenek serta jiran rapat.

9. BAWA TILAM TOTO DAN SELIMUT

Saya sarankan anda membawa tilam toto dan selimut kerana ada masa kita memperoleh bilik yang mempunyai 1 katil kerana bilik lain sudah penuh di tempah. Anak-anak masih boleh tidur dengan selesa di lapik dengan tilam tersebut. Kos bilik penginapan pun akan dapat kurangkan dengan menyewa bilik bajet.

Semoga tip yang saya sarankan ini berguna untuk anda. Jangan jadikan mempunyai anak-anak kecil yang ramai sebagai penghalang anda untuk pergi ke sesuatu tempat. Sebenarnya waktu inilah paling sesuai untuk kita untuk travel kerana kosnya masih rendah (membayar atas kapasiti kanak-kanak seperti harga tiket, pas masuk dan sebagainya).

Nota : Kadang-kadang ayat mengandungi kesalahan bahasa dari segi struktur, tatabahasa atau tanda baca kerana penulis punyai kekangan waktu dan ruang untuk mengedit dan memurnikan ayat. Bila pulang bercuti nanti baru penulis akan menilai semula setiap isi ayat setiap entri yang di post.


Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN BEST DI TERENGGANU : NASI LEMAK BAWAH RUMAH (NASI LEMOK WOMOH)

KEM KAIZEN, GUNUNG PULAI, PONTIAN JOHOR

CARA PENJAGAAN IRON PHILIPS STEAM AGAR LEBIH TAHAN LAMA