HUD & SIBLINGS TOUR BAHAGIAN 12 : GAMIT KENANGAN DI PANGKOR

SUNGAI PINANG BESAR - JETI PANGKOR (2 KM)

SUNGAI PINANG BESAR, PANGKOR, 7 FEBRUARI 2019 - Sebelum pulang saya melawat dalam kampung Sungai Pinang Besar dengan tujuan untuk berkunjung ke rumah ibu saudara saya Mak Teh atau yang keluarga saya panggil sewaktu kecil Che Dah. Terkejut juga apabila sekitar kawasan rumahnya sedang dibangunkan projek perumahan sederhana mewah. Pada masa itu saya merasakan beliau tidak lagi tinggal di situ. Saya biarkan persoalan ini terbuku sementara saya bertanyakan tentang hal itu kepada Paksu Isa.

Jeti Nelayan Sungai Pinang Besar adalah pusat kegiatan perikanan kecil masyarakat Melayu di Pulau Pangkor

Ikan talang masin yang di jemur di jeti nelayan

Saya melawat rumah yang pernah arwah Tokwan Siron (datuk) dan Tok Sariah (nenek) tinggal dulu. Rumah itu separuh batu dan separuh kayu. Dahulu rumah itu seratus peratus kayu (pada tahun 70-an, 80-an dan 90-an). Ruang utama rumah pada masa itu agak tinggi. kolongnya mencecah paras kepala, Sekarang sebelah rumah itu diduduki oleh sepupu saya Mona. Saya selalu rindukan untuk bermalam di rumah itu setiap kali datang ke Pulau Pangkor. Di situlah segala memori saya terpahat bersama Tok Siron dan Tok Sariah serta arwah ibu. Masih saya ingat ibu yang saya panggil mok selalu menceritakan kehidupan sewaktu kecil di Pangkor seperti mengutip siput, mencari remis dan teritip. Bercerita tentang ayahnya  yang garang (Tok Siron), bapa saudaranya Pak Lang Desa yang baik hati serta bersekolah menggunakan papan tulis dengan batu kiwi. 


Rumah arwah Tok Siron (datuk) dan Tok Sariah (nenek)
Jalan antara Dewan Sg Pinang Besar dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Dahulunya dewan ini merupakan tapak sebuah panggung wayang
Anak-anak turut merakam tempat yang pernah dijejaki oleh moyang, datuk, nenek serta ayahnya beberapa dekad lamanya
Sebuah apartment didirikan di Sg. Pinang Besar. Dahulunya tapak itu merupakan tapak kilang air batu untuk perikanan (gambar diambil hadapan rumah paksu)

Saya juga berjalan ke jeti melihat kalau-kalau bot bapa saudara saya Pak Andak sudah memunggah hasil tangkapannya. Semasa berada di jeti itu, sepupu seusia saya turut datang melihat bot pak andak. Beliau turut di temani oleh isteri dan anak-anaknya. Sempat saya bertanya khabar tentang kehidupannya sekarang.

Pagi di Jeti Nelayan Sungai Pinang Besar, Pangkor
Bawa anak-anak meniti jeti sambil melihat ikan belacak yang banyak terdapat di bawah jeti
Bergambar di Jeti Nelayan Sg. Pinang Besar. Di belakang sebelah kanan belakang sana saya merupakan bot Pak Andak yang sedang memunggah ikan setelah pulang kelaut
Di belakang merupakan sepupu seusia saya bersama 3 orang anaknya yang turut mahu melihat pak andak menaikkan ikan dari botnya

Lebih mengambil beberapa keping gambar, saya singgah di sebuah warung tidak jauh dari situ. Seperti biasa saya memesan laksa mee tetapi laksa mee yang saya makan di Jeti Pangkor lebih sedap dari yang ini. Rasanya sedikit tawar sama ada sambal, kacang goreng mahupun kuah sup ikannya. Lepas makan saya pulang ke rumah paksu dan meminta isteri supaya bersiap untuk pulang. Paksu membelikan kami sarapan pagi seperti laksa mee, laksa pangkor dan nasi lemak. Kami makan hidangan tersebut. Pada waktu itu saya rasa seperti makan makanan yang disediakan oleh ibu bapa sendiri. sudah lama sebenarnya saya tidak merasai nikmat seperti itu sejak ibu meninggal dunia kira-kira 8 tahun yang lalu.


Tenang dan Damai

Pada jam 9.30 pagi, kami keluar meninggalkan rumah Paksu Isa ke Jeti Pangkor. Paksu dan Maksu turut mengiringi pemergian kami. Setibanya di jeti, saya menghantar kancil biru yang disewa kepada pemiliknya yang sentiasa berada di sekitar Jeti Pangkor. Bergambar berlatar belakangkan Van Pink Pangkor (Kereta Sewa) kami bersalaman dengan paksu dan maksu seterusnya mengucapakan selamat jalan.

Bersarapan di rumah paksu sebelum berangkat pulang
Jika mahu menyewa kereta ini semasa di Pangkor boleh hubungi nombor yang tertera pada cermin. Homestay turut ditawarkan kepada pelancong jika mahu

Keluar dari rumah kedai paksu

Bergambar kenangan dengan paksu dan maksu di Jeti Pangkor sebelum pulang

Menaiki feri ke Lumut pada jam 9.30 pagi
Dalam feri ketika perjalanan pulang

Wafiy dan Ismah di atas dek feri yang sedang bergerak

Pisang Emas dibawa belayar, masak sebijik di atas peti

Di darat sana terdapat kapal perang dan peronda TLDM sedang berlabuh

Pukul 10.00 pagi kami naik feri yang baru sampai dan bergerak 10 minit kemudian. Pada kali ini feri yang kami naik boleh naik ke bumbung. Feri ini juga mempunyai tempat duduk dua tingkat. Lebih kurang pukul 10.40 pagi kami tiba di Terminal Feri Lumut. Saya bergegas mendapatkan kereta yang saya park di perkarangan hotel sementara isteri dan anak-anak menunggu di tempat menunggu terminal.

Berhenti di ruang menunggu untuk mengambil isteri dan anak-anak

Lumut Waterfront seakan mengucap selamat jalan kepada kami

Kami merakamkan beberapa gambar di Lumut Waterfront dan sejurus lepas itu pulang menuju ke arah selatan.


Klik link di bawah untuk baca BAHAGIAN sebelum atau selepas

Bahagian 11    <   >  Bahagian AKHIR








Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN BEST DI TERENGGANU : NASI LEMAK BAWAH RUMAH (NASI LEMOK WOMOH)

KEM KAIZEN, GUNUNG PULAI, PONTIAN JOHOR

CARA PENJAGAAN IRON PHILIPS STEAM AGAR LEBIH TAHAN LAMA