HUD & SIBLINGS TOUR BAHAGIAN 7 : MERAH DI KUALA LUMPUR

BANDAR BARU SELAYANG - SOGO KUALA LUMPUR (16.5 KM)

BANDAR BARU SELAYANG, 5 FEBRUARI 2019 - Walaupun tidur dengan nyenyak, saya masih bangun seawal jam 5.00 pagi. Bandar Baru Selayang agak sunyi atau mungkin rumah flat yang saya inap kedudukan di atas bukit menyebabkan ia agak tenang. Menjelang 6.00 pagi saya mandi untuk solat tubuh. Tubuh pada waktu itu masih letih setelah memandu dengan agak jauh. Hari ini saya merancang untuk menjelajah Negeri Perak. Negeri kelahiran ibu saya. Negeri yang saya punyai ramai saudara mara walaupun kurang rapat tambah-tambah sejak ibu meninggal dunia pada 2 Januari 2011. Bila isteri bangun tidur saya memberitahunya hari ini kita akan ke Teluk Intan yang memakan masa 3 jam perjalanan dari Bandar Selayang.

Tajuk entri 'Merah di Kuala Lumpur sebab tema pakaian kami berwarna merah pada hari itu (Gambar di ambil dalam LRT)

Sementara isteri dan anak saudara menyiapkan sarapan, saya dan anak-anak turun ke bawah untuk melihat kawasan setempat. Anak-anak turun kerana ingin bermain skuter di jalan yang cerun menuruni bukit. Selepas jemu menunggu mereka bermain, saya mengajak mereka naik ke rumah untuk mandi dan bersiap. Kami kemudiannya makan sarapan mee goreng dan keropok yang disediakan oleh anak saudara. Bila jam hampir 10.00 pagi kami bertolak ke Sogo Kuala Lumpur yang turut ditemani oleh anak saudara dan isterinya.

Wafiy meluncurkan skuter di jalan yang cerun menuruni bukit di kawasan perumahan Bandar Baru Selayang

Melihat anak-anak meluncurkan skuternya di jalan bawah flat tempat penginapan kami

BERTANDANG DI SOGO

Kami tiba di tempat letak kereta bawah Sogo. Ruang parkir di bawah masih banyak jadi saya memperoleh ruang letak yang bagus dan hampir dengan pintu keluar-masuk. Aimy pula membuat permintaan untuk menaiki keretapi (LRT) kerana dia nampak keretapi lalu di atas flyover sewaktu dalam kereta. Tetapi isteri terlebih dahulu pergi ke ruang jualan handbag. Setiap kali isteri pergi ke Sogo ia pasti akan menyambar sekurang-kurang dua handbag serta membeli kasut atau sandal.Sedang isteri memilih bag-bag, saya membawa anak-anak keluar ke pintu hadapan iaitu di Jalan Tunku Abdul Rahman untuk mengambil gambar. Biasanya terdapat buskers yang membuat persembahan di halaman Sogo. Oleh kerana masih awal, kelibat mereka belum muncul.



Bila datang ke sini teringat inilah tempat lepak dan termenung sambil mengelek sijil 
ketika berusaha mencari kerja selepas tamat pengajian universiti
Beza antara pelancong (isteri) dan pengembara (saya). Pelancong pergi ke sesuatu tempat dalam fikirannya untuk membeli manakala pengembara ingin menikmati keunikan sesuatu tempat dan mahu keluar dari zon selesa
Anak saudara dan keluarganya menunggu-nunggu isteri saya memilih barangan yang hendak diborong. Nampak seperti sudah bosan menunggu
Membuat bayaran handbag di kaunter Sogo tingkat bawah

Selesai membayar handbag di kaunter, kami naik ke tingkat 4 kerana isteri mahu membeli pakaian anak-anak. Agak lama juga berada di situ sehingga anak saudara meminta izin untuk pulang kerana isterinya akan bertugas pada jam 2.00 petang. Bosan menunggu saya membawa anak-anak ke playground yang disediakan di tingkat yang sama. Pada pukul 11.30 pagi kami keluar dari Sogo menuju ke Stesen LRT Bandaraya melalui tingkat 2 Sogo (terdapat jambatan yang bersambung terus dengan stesen tersebut).

Anak-anak bermain di playground Sogo sementara menunggu ibunya membeli
Idea yang bagus oleh pengurusan Sogo kerana menyediakan tempat permainan percuma untuk anak-anak pelanggan

MEMBERI PENGALAMAN ANAK-ANAK MENAIKI LRT

Oleh kerana hanya untuk memberi Aimy dan anak-anak lain merasai pengalaman menaiki train LRT saya hanya membeli tiket untuk jarak yang dekat iaitu dari Stesen Bandaraya ke Stesen Sultan Ismail dengan tambang 5 orang sebanyak RM6.50 pergi dan RM6.50 balik. lebih kurang 12.10 tengah hari anak-anak pula mengadu lapar dan dahaga. Jadi saya membeli pula 3 set happy meal McD yang berharga RM8.50 setiap satu di aras bawah Sogo. Harganya rasa lebih mahal berbanding set yang sama di Mc tempat lain. Mungkin kerana kos sewa yang mahal.Sejurus mendapat hidangan kami bergegas ke destinasi seterusnya. Harga bayaran parkir kenderaan di Sogo kami dapat percuma kerana kami dapat menebus rebet setelah isteri melepasi jumlah belian minimum yang dikehendaki,


Menunggu LRT tiba di Stesen Bandaraya berhampiran Sogo

Kami berada dalam LRT hanya pergi ke stesen paling dekat iaitu Stesen Sultan Ismail kemudian berpatah balik ke stesen Bandaraya

Isteri dan anak-anak menggunakan sistem self order & pay McD Sogo

Selepas menerima set McD yang ditempah, kami masuk ke kenderaan dan anak-anak segera memakannya. Manakala saya meneruskan pemanduan ke arah Jalan Kucing seterusnya mengambil Jalan Ipoh untuk bergerak ke arah utara semenanjung.

Tunggu sambungan bahagian 8. Terima kasih.....



Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN BEST DI TERENGGANU : NASI LEMAK BAWAH RUMAH (NASI LEMOK WOMOH)

KEM KAIZEN, GUNUNG PULAI, PONTIAN JOHOR

CARA PENJAGAAN IRON PHILIPS STEAM AGAR LEBIH TAHAN LAMA