HUD & SIBLINGS TOUR BAHAGIAN 8 : MENARA CONDONG TELUK INTAN

SOGO KUALA LUMPUR - LUMUT  (228 KM)

KUALA LUMPUR, 5 FEBRUARI 2019 - Saya memilih laluan Jalan Persekutuan ke Perak melalui Jalan Batang Kali - Kuala Kubu Baru - Tanjung Malim seterusnya menuju ke Ipoh. Melalui kawasan itu saya melintasi sebuah jambatan darat yang panjang merentasi hutan berbukit-bukau. Jambatan itu sungguh tinggi hinggakan hanya sayup-sayup kelihatan pokok dan bangunan di bawah. Laluan ini sangat asing bagi saya kerana tiada pengalaman melaluinya. Ia merupakan jalan alternatif bagi penduduk Lembah Klang yang mahu ke Genting Highland tanpa mahu membayar tol. Laluan ini juga digunakan bagi mereka yang mahu ke Fraser Hill melalui Kuala Kubu Baru. 

Salah satu tempat yang kami singgah dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lumut
Stesen minyak caltex dekat Kalumpang di Kuala Kubu Baru yang saya singgah

SINGGAH DI KAMPUNG KALUMPANG, KUALA KUBU BARU

Jam 1.50 tengah hari, Aimy pula rasa sakit perut kerana ingin membuang air besar. Saya memberhentikan kereta di Stesen Minyak Caltex Kalumpang, Kuala Kubu Baru. Cuaca pada ketika ini agak panas maklumkan sudah memasuki waktu petang. Tidak jauh dari stesen petrol ini terdapat sebuah warung kecil yang menjual laksa jadi saya singgah di situ kerana perut sudah lapar. Saya memesan tiga mangkuk laksa dan dua teh o ais yang berharga RM15.00 kesemuanya. Saya bertanyakan pelayan warung masjid yang paling dekat dan kemudian saya meneruskan perjalanan mencari dan singgah di masjid untuk mandikan anak serta solat.

Singgah makan laksa di Laksa D'Pokok Kalumpang pada jam 2.00 petang

Laksa dan minuman berharga RM15.00 di Warung Laksa D'Pokok Kalumpang, Kuala Kubu Baru

Masjid Kampung Kalumpang tempat kami singgah untuk solat dan mandikan anak. Ramai musafir singgah di sini sama ada dari arah Kuala Lumpur mahu pun Ipoh

Sejuknya air kolah masjid yang Hud mandi di Masjid Kampung Kalumpang

Selesai semuanya, kami bergerak semula ke jalan menuju Tanjung Malim. Di pertengahan perjalanan kami melintasi Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim kemudian melalui Slim River dan Sungkai, Perak.

Peta laluan Jalan Persekutuan Kuala Lumpur - Lumut yang saya lalui. Saya tiba di Lumut pada jam 6.40 petang

Salah sebuah fakulti UPSI terletak di tepi laluan Jalan Persekutuan Kuala Lumpur - Ipoh

Bandar Ilmu Tanjong Malim yang saya lalui. Tidak jauh dari situ juga terletaknya Bandar Proton City yang menempatkan kilang utama Proton

Jalan persekutuan yang saya lalui ini menghubungkan beberapa daerah penting di Negeri Perak antaranya seperti yang saya sebut sebelum ini iaitu Slim River, Sungkai dan Bidor. Sepanjang laluan ini terdapat gerai-gerai yang menjual hasil tempatan seperti durian, rambutan, jambu air, jambu batu, duku langsat, manggis dan sebagainya. Mujur juga perjalanan yang memakan masa 5 hingga 6 jam ini, anak-anak tidak membuat karenah yang tahap major. Karenah tahap minor tu biasalah memang berlaku sepanjang perjalanan tu. Saya singgah di Jalan Kuala Bikam untuk membeli buah-buah. Sebenarnya di situ terdapat satu gerai popular iaitu Roti Benggali Dapur Kayu tetapi saya tidak membelinya kerana masih kenyang dengan laksa Kalumpang tadi. Cuma saya membeli sejabir (bahasa pantai timur 1 plastik) jambu air berharga RM10.00 manakala Manggis Jepun berharga RM13.00 sekilogram. Agak mahal manggis tu tetapi terpedaya dengan pujuk rayu peniaga saya membelinya.


Berhenti di Jalan Kuala Bikam - Sungkai untuk membeli buah-buahan. Kanopi biru di hujung sana merupakan Gerai Roti Benggali Dapur Kayu yang ketika itu pelanggan sedang beratur panjang

MENARA CONDONG TELUK INTAN

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Teluk Intan yang jaraknya kira-kira 38 km dari gerai buah-buahan tadi. Keadaan trafik pada masa itu tenang dan selesa walaupun pada hari itu merupakan Cuti Tahun Baru Cina. Kami sampai di Bandar Teluk Intan pada pukul 4.25 petang. Singgah di Menara Condong lebih kurang 30 minit sebelum menyambung perjalanan ke Lumut. Bandar Teluk Intan kurang sibuk pada masa itu mungkin kerana hari sudah petang. Di sebelah kanan Menara terdapat sebuah Mall manakala di seberang jalan bahagian hadapan terdapat sebuah pasar awam dan medan selera makan.

Papan tanda Selamat Datang menyambut kami yang baru tiba di Teluk Intan pada jam 4.25 petang


Ismah tidak terlepas dengan skuternya manakala saya lebih selesa berselipar jepun ketika berada di perkarangan Menara Condong Teluk Intan

Isteri dan anak-anak mendaki anak tangga menaiki tingkat atas menara condong


Menara condong dari sudut
Pasar Teluk Intan

MENUJU LUMUT

Lebih kurang 5.15 minit petang, kami meneruskan perjalanan ke Lumut melalui jalan Sabak Bernam-Bagan Datok. Kira-kira 5 km menara condong saya mengambil simpang kanan kerana di situ jalan ke Bandar Sitiawan itu bandar utama bagi Daerah Manjung. Untuk sampai ke Lumut masih ada 60 km lagi untuk kami lalui.

Kenderaan makin bertambah ketika saya melalui jalan ini. Sukar untuk memotong kereta di hadapan kerana kenderaan banyak dari kedua-dua arah. Jalan pula tidak rata dan terdapat kerja-kerja pembesaran jalan dilakukan. Kelajuan pemanduan yang dapat dipecut dalam sekitar 60 hingga 70 km sejam.

Sitiawan pada 6.12 minit petang

Kami sampai di Bandar Sitiawan pada jam 6 petang. Banyak kedai-kedai di ditutup pada hari ini kerana rata-rata dimiliki oleh kaum Cina yang menyambut tahun baru pada hari ini. Saya meneruskan perjalanan ke Manjung yang kedudukannya kira-kira 15 km dari Sitiawan. Berbanding Sitiawan Bandar Manjung dihuni oleh majoriti orang Melayu.

Tiba di Lumut Waterfront pada 6.40 petang. Keadaan masa tu agak sesak dengan kenderaan keluar masuk

Kedudukan antara bandar Manjung dan lumut tidak jauh lebih kurang 5 hingga 6 km sahaja. Banyak kenderaan yang keluar masuk dari Pekan Lumut yang terdiri dari orang luar yang datang ingin melancong sama ada di Lumut ataupun di Pulau Pangkor. Jam 6.40 petang tiba di Pekan Lumut. Saya meronda-ronda sekitar pekan untuk mencari hotel tempat menginap.









Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN BEST DI TERENGGANU : NASI LEMAK BAWAH RUMAH (NASI LEMOK WOMOH)

KEM KAIZEN, GUNUNG PULAI, PONTIAN JOHOR

CARA PENJAGAAN IRON PHILIPS STEAM AGAR LEBIH TAHAN LAMA